by on 12/09/2023 364
Sorotan Utama |
|
Pusat Jagaan StartRight Playhouse merupakan institusi berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) dan juga Majlis Bandaraya Subang Jaya (MPSJ). Visi pusat penjagaan ini adalah jelas dan mendalam; ia tertumpu untuk memberi setiap kanak-kanak PERMULAAN YANG BETUL dalam hidup, memperkasa dan mengubah mereka menjadi versi terbaik diri mereka. Menyedari kepentingan tahun-tahun awal kanak-kanak, StartRight Playhouse berusaha mewujudkan persekitaran yang memupuk. Ini seterusnya mewujudkan asas untuk pembelajaran dan kejayaan sepanjang hayat.
Di Pusat Jagaan StartRight Playhouse, mereka percaya bahawa zaman kanak-kanak harus dipenuhi dengan kegembiraan dan penerokaan. Guru-guru di sini mengalu-alukan bayi dan kanak-kanak berumur 0 hingga 3 tahun. Ia adalah kejayaan setiap hari mereka mereka melihat wajah-wajah ceria dan gembira si kecil apabila mereka belajar melalui pengalaman, deria dan juga melalui rakan sebaya di sekeliling mereka. Dengan pemahaman yang jelas dalam kuasa transformatif tahun-tahun formatif ini, mereka menekankan persekitaran yang merangsang – Persekitaran yang mampu memupuk pertumbuhan optimum setiap kanak-kanak dalam semua aspek, daripada perkembangan kognitif hinggalah sosial-emosi.
Untuk bayi dan kanak-kanak kecil, keselamatan dan sokongan adalah sangat penting. Ibu-bapa boleh menarik nafas lega kerana guru-guru StartRight adalah komited sepenuhnya untuk memupuk hubungan yang penuh kepercayaan dan sokongan untuk pelajar paling muda dalam jagaan mereka ini. Mereka faham bahawa kanak-kanak benar-benar dapat belajar dan meneroka apabila mereka berasa selamat.
Persekitaran pembelajaran direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan unik dan minat yang berkembang bagi pelajar-pelajar muda. Ruang fizikal ini selamat dan fleksibel, serta memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak yang sentiasa berubah. Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis bahan deria motor yang boleh diakses dan digunakan oleh bayi dan kanak-kanak mengikut rentak mereka sendiri.
Pusat penjagaan ini mempunyai langkah keselamatan yang ketat serta akses terkawal yang memerlukan pengesahan identiti. Selain itu, mereka mengutamakan penggunaan produk bebas kimia berbahaya untuk membersihkan fasiliti mereka. Mereka juga mengekalkan jadual tetap untuk membersihkan mainan, justeru memastikan kesejahteraan setiap kanak-kanak.
StartRight Playhouse menggunakan rangka kerja pembelajaran yang selaras dengan piawai pendidikan awal Malaysia dan juga terinspirasi daripada pendekatan HighScope – pendekatan pendidikan awal kanak-kanak yang diperakui di peringkat antarabangsa yang menekankan pendidikan aktif, amali dan juga menyokong perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai aspek melalui rutin harian berstruktur
Permainan dengan matlamat (purposeful play) menjadi titik tumpuan dalam sesi pembelajaran untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Melalui permainan, mereka dapat meneroka konsep bagaimana pelbagai benda berfungsi, membina kemahiran sosial dan juga mengembangkan kebolehan fizikal dan kognitif. Setiap aktiviti dan peralatan permainan dipilih secara teliti untuk menyokong objektif pembelajaran. Daripada pengembaraan sensori yang mengajak deria si kecil untuk bergerak secara ritma hinggalah aktiviti mudah yang kreatif untuk mengasah imaginasi dan kemahiran motor halus, kanak-kanak juga didedahkan dengan permainan olok-olok atau “roleplay” untuk mencerminkan situasi di dunia nyata serta masa untuk beriadah – semua aktiviti ini direka untuk membantu pembelajaran dan menjadikan setiap hari menyeronokkan untuk si kecil.
Kanak-kanak diberi keistimewaan "Choice Time" di mana mereka dapat memilih rakan sepermainan, aktiviti dan juga apa yang mereka mahu lakukan. Apabila kanak-kanak diberi pilihan, mereka menjadi lebih cenderung untuk terlibat secara mendalam dalam aktiviti pilihan mereka untuk tempoh yang lebih lama. Guru-guru menggunakan peluang ini untuk pembelajaran tidak berstruktur, dan dapat berinteraksi dengan kanak-kanak secara individu.
Selain “Choice Time,” StartRight Playhouse juga meluangkan masa untuk sesi berkumpulan kecil dan besar yang merangkumi aktiviti seperti muzik, tarian, yoga dan bercerita, di samping masih mengekalkan nisbah guru-pelajar yang rendah (1:3 hingga 1:7).
Immersi bahasa juga merupakan program bernilai di StartRight Playhouse, dengan hari – hari yang dikhaskan untuk setiap bahasa – Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin – untuk mengasah kemahiran dalam setiap bahasa tersebut.
Melalui tenaga pengajar yang menjadi nadi StartRight Playhouse, kanak-kanak berkembang maju dalam kembara pembelajaran mereka. Pendidik-pendidik yang berdedikasi di sini mewujudkan kemesraan dan juga responsif dalam penjagaan mereka terhadap anak-anak kecil. Mereka memastikan bayi dan kanak-kanak kecil menerima perhatian dan sokongan yang diperlukan untuk pertumbuhan mereka. Mereka terlibat dalam permainan yang selari dengan tahap perkembangan kanak-kanak, menggunakan pertuturan lisan dan bukan lisan untuk memudahkan interaksi yang bermakna. Mereka menghormati pilihan yang dibuat oleh setiap kanak-kanak dan tidak menolak emosi mereka. Untuk memberikan rasa selamat dan keselesaan kepada kanak-kanak, guru-guru penyayang di sini mewujudkan rutin yang konsisten tetapi fleksibel yang memenuhi keperluan dan karenah si kecil. Melalui pemerhatian berterusan, mereka merancang pengalaman pembelajaran yang selaras dengan minat kanak-kanak, memupuk perkembangan dalam suasana mesra dan penuh kasih sayang.
Secara asasnya, Pusat Jagaan StartRight Playhouse adalah lebih dari sebuah tempat penjagaan kanak-kanak; ia adalah tempat selamat untuk si kecil berkembang maju, meneroka dan juga menemui kegembiraan pembelajaran. Bersama-sama, pasukan StartRight Playhouse berharap mereka dapat membentuk masa depan yang lebih cerah untuk setiap kanak-kanak, yang dipenuhi dengan harapan, rasa ingin tahu dan kemungkinan yang tidak berkesudahan.