by on 15/02/2024 371
Sorotan Utama |
|
Small Wonder adalah contoh cemerlang dalam pendidikan awal kanak-kanak di Setia Tropika, Johor. Tadika ini adalah di bawah jenama Busy Bees yang terkenal, jadi ibu bapa boleh yakin sepenuhnya yang anak-anak mereka akan mendapat pengalaman pendidikan yang luar biasa, yang memanfaatkan kurikulum yang terbukti berkesan selama tiga dekad. Afiliiasi prasekolah ini dengan Busy Bees, yang diiktiraf di peringkat global, menunjukkan komitmen mereka terhadap kecemerlangan dan kejayaan kanak-kanak secara menyeluruh, dan menyediakan mereka untuk pendidikan formal dalam sistem sekolah awam mahupun sekolah antarabangsa.
Dikelilingi suasana yang penuh kehijauan, Small Wonder merupakan sebuah tempat di mana kanak-kanak boleh mencapai impian mereka, di mana rasa ingin tahu semulajadi mereka boleh dipupuk. Ini membolehkan mereka memupuk rasa cinta terhadap ilmu dan keinginan untuk meneroka, yang akan kekal seumur hidup. Bertempat di bangunan bertingkat dua dengan halaman yang luas, kanak-kanak mempunyai banyak ruang untuk bermain di luar dan menyertai pelbagai aktiviti praktikal atau berteraskan alam semulajadi. Semua pengalaman pembelajaran ini membolehkan Small Wonder untuk memupuk “The Wondrous Mind” (minda yang cilik) melalui pendekatan pembelajaran tematik dan berdasarkan inkuiri.
Para guru di Small Wonder, Setia Tropika sangat menghargai dan menghormati setiap kanak-kanak sebagai individu yang unik dan mengutamakan pelajaran berdasarkan kurikulum bersepadu, di samping membina Kerjasama yang positif di antara pendidik, ibu bapa, dan masyarakat sekeliling. Prinsip-prinsip ini menjadi panduan dalam kurikulum mereka yang direka secara teliti dan dilaksanakan dengan prihatin menggunakan alatan dan kemudahan yang bersesuaian.
Kurikulum di Small Wonder, Setia Tropika diwakili “Tapestry of Learning” yang mengutamakan hubungan antara kanak-kanak, komuniti, dan alam sekitar. Ianya merangkumi segala aspek kurikulum ini, memastikan pengalaman pembelajaran yang komprehensif.
Prasekolah ini komited dalam memberi pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti berdasarkan kurikulum yang diikitiraf di peringkat global, merangkumi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dari Malaysia, Nurtruing Early Learners (NEL) dari Singapura, dan Early Years Foundation Stage (EYFS) dari UK. Kurikulum yang komprehensif ini mengalakkan perkembangan secara menyeluruh, dari segi intelek, emosi, sosial, dan juga fizikal, di samping mengalakkan kanak-kanak untuk meneroka dan mengembang daya kreativiti dan daya pemikiran kritis.
Untuk kanak-kanak dalam program Early Years (18 bulan hingga empat tahun), kurikulum mereka bertumpu kepada meningkatkan Kemahiran komunikasi dan bahasa, Kemahiran motor, pengalaman sensori, serta Kemahiran sosial dan emosi semasa berinteraksi dalam kumpulan. Pendekatan yang holistik dan bertumpukan keperluan kanak-kanak merangkumi pelbagai aspek perkembangan mereka, termasuklah kognitif, sosial, emosi, dan fizikal.
Apabila kanak-kanak beralih ke peringkat Prasekolah pula (empat hingga enam tahun), kurikulum lebih mementingkan pendekatan berteraskan kognitif dan konstrutivis, membolehkan mereka mendapat ilmu dari interaksi dalam kehidupan seharian mereka. Tumpuan diberikan kepada proses menimba ilmu, memupuk sikap berdikari, kebolehan untuk berkomunikasi dan mencetus idea baru, pemahaman diri, membina keyakinan, bekerjasama dalam kumpulan, serta kesedaran sosial dan komuniti – memberikan asas yang kukuh kepada kanak-kanak yang boleh membantu mereka pada masa hadapan.
Sekolah Small Wonder mengutamakan keselamatan dan kebersihan, kerana ciri-ciri ini sememangnya wajib supaya kanak-kanak dapat belajar dan berkembang dalam suasana yang sejahtera. Selain ciri-ciri sekuriti yang mantap, tadika ini juga terletak di kawasan perumahan yang berpagar dan berpengawal, jadi ibu bapa tidak perlu khuatir tentang keselamatan anak-anak mereka. Pemeriksaan yang ketat dan audit dalaman juga dijalankan secara kerap untuk memastikan pematuhan ketat terhadap peraturan yang ditetapkan.
IKerjasama antara para guru dan ibu bapa sangat penting, kerana ibu bapa memainkan peranan utama dalam pembelajaran anak-anak mereka. Justeru itu, komunikasi secara terbuka digalakkan melalui aplikasi mobil seperti Little Lives dan juga secara bersemuka, supaya ibu bapa menerima maklumat terkini mengenai progres dan pencapaian anak-anak mereka, serta aspek-aspek yang perlu dibaiki. Melalui kaedah ini, ibu bapa boleh menglibatkan diri secara aktif dalam perkembangan serta pendidikan anak-anak mereka, dan mewujudkan sistem sokongan yang membolehkan mereka mencapai kejayaan.