by on 15/02/2024 390
Sorotan Utama |
|
Dengan kedudukan yang strategik di Setia Alam, Small Wonder Malaysia, Setia Eco Park menawarkan persekitaran yang optimum bagi ibu bapa yang mencari sekolah yang sesuai bagi perkembangan anak-anak mereka. Sebagai kampus kedua Small Wonder di bawah payung jenama Busy Bees, bangunan moden jenis “semi-D” ini merangkumi tiga tingkat, dengan persekitaran yang selesa dan selamat.
Small Wonder Malaysia, Setia Eco Park terletak di tempat yang terkenal dengan pemandangan dan alam semulajadi yang indah dikelilingi laluan air semulajadi dan juga taman-taman yang penuh kehijauan. Persekitaran semulajadi ini sangat sesuai bagi mewujudkan suasana yang dinamik, di mana rasa ingin tahu dan pertumbuhan minda muda dapat berkembang pesat.
Dengan keluasan 18,300 kaki per segi, kawasan sekolah dapat menampung seramai 150 orang kanak-kanak, dan dirancang dengan teliti supaya dapat merangsang minda serta minat mereka untuk belajar. Ia juga memiliki pelbagai kemudahan yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak, serta mengalakkan pembangunan mereka secara menyeluruh. Ini termasuklah ruang Art Cove, di mana artis-artis kecil dapat mengekspresikan diri secara kreatif di samping meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi tangan dan mata.
Taman permainan yang luas membekalkan pengalaman sensorik yang menyenangkan untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur, mengalakkan mereka untuk membuat kajian, penyelesaian masalah, dan kreativiti. Bilik Drama dan Muzik pula berfungsi sebagai tempat di mana kanak-kanak boleh menunjukkan ekspresi mereka, dan tidak melupakan ruang Young Chef Studio, sebuah dapur mesra kanak-kanak di mana mereka boleh menyertai aktiviti yang bermakna dalam kehidupan seharian seperti persediaan makanan, memasak, dan banyak lagi.
Di Small Wonder Setia Eco Park, mereka percaya bahawa kanak-kanak harus dipupuk dengan rasa ingin tahu dan cinta terhadap ilmu. Oleh itu, kelas dilengkapi dengan ruangan yang luas bagi membekalkan kanak-kanak dengan tempat yang sesuai untuk membina keyakinan diri dan kapasiti mental bagi pencapaian akademik dan perkembangan secara menyeluruh.
Kurikulum awal yang menarik dan merangsangkan menggabungkan sukatan pendidikan tempatan dan antarabangsa dari Malaysia (KSPK), Singapura (NEL) dan UK (EYFS). Program-program ini menekankan pembelajaran secara tematik dan secara inkuiri. Pendekatan ini memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan diri setiap kanak-kanak, membentuk mereka menjadi warganegara global dan ahli masyarakat yang bertanggungjawab, berdikari, dan memiliki rasa belas kasihan, yang dapat menyumbang kepada komuniti mereka.
Pasukan guru yang berdedikasi memupuk rasa ingin tahu dan cinta terhadap ilmu dalam setiap kanak-kanak bagi memaksimakan pengalaman pendidikan mereka. Justeru itu, kanak-kanak dapat belajar dengan gembira dan tidak berasa hambar untuk menghadiri sekolah setiap hari.
Program pendidikan awal (Early Years) di Small Wonder merangkumi kumpulan Playgroup dan Nursery 1 (18 hingga 36 bulan), dengan sukatan pelajaran yang holistic dan bertumpukan perkembangan kanak-kanak. Ia mengutamakan pembangunan kemahiran komunikasi dan bahasa, kemahiran fizikal, serta perkembangan peribadi dan sosial. Kurikulum yang komprensif ini menggabungkan empat komponen utama, iaitu kognitif, sosial, emosi, dan fizikal, bagi memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang menyeluruh.
Apabila kanak-kanak melangkah ke peringkat Nursery 2 (empat tahun), kurikulum lebih menekankan perkembangan kognitif dan pembelajaran secara konstruktif. Sepanjang tahun-tahun penting ini, tumpuan diberikan kepada matlamat holistik, kemahiran hidup, cara pembelajaran yang sesuai untuk setiap kanak-kanak, serta kecekapan akademik. Kurikulum bersepadu ini ditambahbaik lagi dengan kemahiran interaktif yang mengalakkan pembelajaran yang berorientasikan proses, bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman konsep dalam diri anak-anak.
Small Wonder Setia Eco Park komited terhadap menyediakan persekitaran sekolah yang mengalakkan dan merangsangkan minda anak-anak dan memupuk rasa cinta terhadap ilmu. Dengan sukatan pelajaran yang komprensif, ditambah lagi dengan pasukan guru yang berdedikasi, Small Wonder menyediakan kanak-kanak untuk masa depan yang cerah, di mana mereka dilengkapi dengan kemahiran yang sesuai untuk menghadapi cabaran di dunia luar.