by on 30/01/2024 1470
Sorotan Utama |
|
Small Wonder mengalu-alukan ahli terbaru dalam keluarganya iaitu cawangan Kota Kemuning. Setiap kanak-kanak, ibu bapa dan guru yang menyertai mana-mana tadika Small Wonder menjadi seperti sebahagian ahli keluarga. Small Wonder mendapat tempat yang istimewa dalam komuniti pendidikan awal tempatan. Terdapat ibu bapa yang pada mulanya pernah belajar di Peter & Jane dan kini mereka membawa anak-anak mereka kembali ke tadika ini. Suasana di sini meraikan semua pihak, prihatin dan menyokong.
Small Wonder percaya bahawa pengalaman pendidikan yang positif memerlukan hubungan simbiotik, di mana setiap pihak sedia untuk saling berbincang dan mendengar pandangan satu sama lain. Guru sedia untuk membincangkan kemajuan kanak-kanak di bawah bimbingan mereka, ibu bapa pula boleh menyuarakan sebarang kebimbangan mereka; malah pengasas sekolah juga turut terlibat dalam memberi sokongan padu terhadap tenaga pengajar sekolah. Semangat kerjasama untuk mencapai misi dan visi sekolah sekaligus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang luar biasa untuk kanak-kanak.
Perjalanan pembelajaran bermula dengan langkah pertama, iaitu mendaftar dalam program Small Wonder. Program-program di sini tiada bandingannya, dengan kandungan yang mengutamakan pendidikan kanak-kanak awal. Pasukan guru melakukan penilaian secara berterusan untuk memastikan keberkesanan dalam teknik mengajar mereka. Mereka juga terus menimba ilmu dan mencetuskan idea Baharu untk menyokong budaya pembelajaran yang mesra, disokong oleh komunikasi yang terbuka.
Konsep pembelajaran awal diajar menggunakan cara yang sesuai dengan Pembangunan individu kanak-kanak, di samping menerapkan elemen kreatif serta menyeronokkan. Kanak-kanak diberi pelbagai bahan dan peluang yang menggalakkan mereka untuk meneroka minat dan rasa ingin tahu masing-masing. Melalui pengamatan dan pelan pelajaran individu, kanak-kanak diberi pengalaman dan bimbingan tambahan untuk meningkatkan proses pembelajaran mereka, dan memastikan ianya diteruskan di luar bilik darjah.
Di Small Wonder, kanak-kanak dianggap sebagai pelajar yang kompeten yang mampu dan kreatif. Proses pemikiran mereka sangat dihargai dan keunikan mereka dipelihara dengan teliti. Guru menggunakan teknik pengajaran yang berasas penyelidikan semasa dalam pembangunan kanak-kanak, dan berpandukan amalan terbaik untuk persekitaran optimum. Dalam persekitaran yang konstruktif dan sosial ini, kanak-kanak belajar untuk berkomunikasi, berkongsi dengan rakan-rakan. dan menghormati perbezaan antara satu sama lain. Ia adalah masa yang ajaib untuk melihat kemahiran mereka mendatangkan hasil.
Sekolah ini percaya bahawa pilihan makanan yang sihat akan mempromosikan pertumbuhan dan pembangunan yang positif dalam diri anak-anak. Perhatian yang teliti diberikan kepada keseimbangan nutrient dan kepelbagaian makanan yang dihidangkan. Kanak-kanak diajar adab pemakanan di meja makan, kebersihan dan kesihatan untuk mengalakkan gaya hidup yang sihat. Peluang pembelajaran luaran melengkapi kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Kanak-kanak digalakkan menggunakan seluruh tubuh mereka, memuaskan rasa ingin tahu, dan menikmati keajaiban di sekeliling mereka.
Di Small Wonder, Kota Kemuning, kanak-kanak diberi permulaan yang hebat dalam pelajaran mereka, dan boleh menguasai Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Mandarin. Dengan keupayaan mereka berkomunikasi dalam pelbagai Bahasa, ia akan membantu pembelajaran mereka di masa hadapan dan membina asas yang kukuh dalam pendidikan keseluruhan mereka. Small Wonder akan sedia untuk membantu kanak-kanak dalam setiap langkah perjalanan mereka.