by on 03/05/2019 1402
Organisasi Small Wonder merupakan batu loncatan bagi mempelajari pelbagai kemahiran yang akan dibentuk oleh kanak-kanak sepanjang hidup mereka. Para guru di sini mengiktiraf bakat dan potensi individu kanak-kanak supaya mereka dapat menjadi apa sahaja yang mereka inginkan. Dengan adanya bimbingan yang betul, keinginan ini dapat dipupuk dan kanak-kanak mampu menjadi seorang yang berdikari serta percaya akan kebolehan diri mereka dan orang lain.
Model Pendidikan Inovatif
Small Wonder telah berjaya menjalankan program yang memberi pendidikan dan penjagaan kanak-kanak secara holistik, menyokong dan menyeronokkan selama hampir empat dekad. Sekolah ini menawarkan pendidikan awal yang melibatkan kaedah pembelajaran berdasarkan bukti. Pendekatan ini sangat penting bagi memastikan perkembangan diri kanak-kanak, perkembangan akademik serta masa depan mereka terjamin.
Kurikulum di sini memperkenalkan konsep baharu melalui pengalaman sensori pelbagai, aktiviti fizikal dan pembelajaran interaktif. Pendekatan yang dirancang secara terperinci ini mampu menawarkan pendidikan awal yang berkualiti kepada kanak-kanak.
Pendedahan Tri-bahasa
Di tadika ini, kanak-kanak didedahkan dengan persekitaran tri-bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin. Bagi kanak-kanak berbangsa Cina, mereka dibimbing melalui program khas yang direka oleh professor pendidikan awal dari Taiwan. Interaksi dengan bahasa tambahan akan menjadikan kanak-kanak lebih menghargai sesuatu budaya dan turut memberikan kelebihan kepada mereka kelak.
Ruang Pembelajaran yang Selesa
Setiap aspek persekitaran fizikal manggambarkan falsafah sekolah itu sendiri. Oleh itu, reka bentuk di sini menggunakan ruang dengan sebaik-baiknya bagi menggalakkan rasa cinta kanak-kanak untuk belajar dan membantu mereka menjadi lebih kreatif serta berdikari. Bahan dan sumber di sini sangat mudah untuk digunakan oleh kanak-kanak supaya mereka dapat belajar sendiri. Bukan itu sahaja, ruang di sini turut direka bersesuaian untuk menjalankan aktiviti kumpulan.
Tumpuan secara Individu
Di sini, tumpuan diberikan sepenuhnya kepada kanak-kanak. Para guru merancang sesi pembelajaran yang akan diberikan berdasarkan profil pembelajaran individu malah kaedah pembelajaran akan diubah suai bagi memenuhi keperluan dan kupayaan kanak-kanak tersebut.
Asas Kukuh bagi Kemahiran Hidup
Perkembangan kanak-kanak baik dari segi sosial, emosi, fizikal dan kognitif disokong dan diperkukuhkan di sini bagi menyediakan asas kemahiran hidup yang baik. Penyertaan kanak-kanak dalam pelbagai pengalaman yang menggalakkan mereka untuk menjadi aktif, penerokaan dan eksperimen mampu memberi pengetahuan dan kemahiran berguna kepada mereka.
Kejayaan tadika Small Wonder ini adalah disebabkan oleh barisan guru yang bersemangat untuk mendidik kanak-kanak mempelajari perkara baharu. Mereka merupakan kumpulan para pengajar yang dinamik dan dilatih secara profesional untuk berhubung dengan kanak-kanak dengan menyatukan kaedah pendidikan awal "tried-and true" - terbukti berkesan sejak dulu lagi. Hal ini melahirkan persekitaran yang kreatif dan mampu mempersiapkan kanak-kanak ke sekolah rendah. Para guru di sini turut menjalinkan hubungan baik dengan keluarga kanak-kanak.