by on 11/11/2019 1025
Perjalanan di atas jalan raya dengan anak-anak boleh menjadi masa bersama yang menyeronokkan apabila ia dilakukan dengan betul. Dalam artikel ini, Kiddy123 akan menunjukkan anda cara kami memastikan si kecil selamat, kekal bersih dan terhibur sepanjang perjalanan!
Cari masa paling sesuai untuk memulakan perjalanan dengan menggunakan aplikasi navigasi (navigation app) anda untuk berhadapan dengan pemanduan yang panjang atau kemungkinan kesesakan lalu lintas. Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berjam-jam ketika anak-anak berkelahi atau menangis di kerusi belakang boleh menjadi satu mimpi buruk untuk ibu bapa! Pertimbangkan untuk mengembara apabila anak-anak sedang tidur nyenyak semasa dalam perjalanan. Sepanjang malam dan awal pagi merupakan masa yang sesuai tetapi jangan memandu jika anda letih atau mengantuk.
Pertama, dapatkan anak anda kerusi kereta (child car seat) yang sesuai jika perlu. Ini bukan sahaja penting dalam menjamin keselamatan mereka tetapi juga untuk keselesaan mereka. Kedua, guna pelindung tingkap yang boleh ditanggalkan untuk menghalang cahaya matahari yang teruk semasa perjalanan siang hari atau tambahkan selimut dalam aksesori kereta anda untuk memastikan ia hangat pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk. Pek bersama kit untuk menukar lampin di dalam kereta jika perlu.
Kalau anda risau dengan soalan tidak putus “Kita dah sampai ke?” dari anak anda, percayalah, kami faham! Jadi, sangat penting untuk anda sentiasa memastikan mereka terhibur. Pilih sumber hiburan yang sesuai untuk anak anda dari pelbagai pilihan seperti tablet digital, filem, permainan, buku audio, muzik atau beruang mainan untuk menarik & mengalih perhatian mereka. Lebih baik, main permainan bertemakan perjalanan anda atau benarkan mereka membawa beberapa permainan kegemaran mereka bersama. Berhenti setiap 2 atau 3 jam dan berikan mereka peluang untuk meregangkan kaki juga.
Anda tidak akan tahu bila anak-anak akan menumpahkan makanan atau minuman ke pakaian mereka. Jadi ibu bapa yang hebat dengan meramalkan perkara yang tidak diketahui: sentiasa pek pakaian dan lampin tambahan semasa melancong bersama mereka. Apabila keadaan jadi melekit dan merimaskan – baby wipes adalah sahabat anda!
Persekitaran yang tidak menyenangkan sepanjang perjalanan tidak akan pernah jadi sesuatu yang menyeronokkan. Gunakan bekas pakai buang atau beg plastik kedap udara untuk menyimpan sampah secara sementara di dalam kereta anda. Simpan lampin kotor dan pembalut plastik makanan ke dalam bekas/beg plastik tersebut untuk perjalanan yang lebih selesa dan juga untuk menjaga kebersihan dalam kenderaan anda. Ingat, kebersihan yang bersih adalah penting untuk kesihatan anak-anak anda.