by on 02/08/2025 48140
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Active Special Needs merupakan program senaman (gim) inovatif yang mewakili usaha perintis di Malaysia untuk menyediakan aktivti fizikal yang disesuaikan untuk keperluan kanak-kanak khas berusia tiga hingga 10 tahun. Program ini beroperasi daripada cawangan-cawangan Headstart Academy di Shah Alam dan Glo Damansara, menawarkan akses kepada kemudahan kelas gim seperti dinding mendaki batu (rock climbing wall) dan peralatan sensori. Melalui kelas yang dipimpin oleh pakar serta persekitaran yang menyokong, Active Special Needs menawarkan faedah yang jelas kepada keseluruhan kesejahteraan dan perkembangan peserta-peserta mudanya.
Alisther Intervention & Rehabilitation Centre ialah harapan untuk kanak-kanak dengan keadaan perkembangan seperti Autism, ADHD, Disleksia, dan GDD. Ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Puan Aliaa Azura dan Puan Aicezsther, pusat ini menyediakan program holistik yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan unik setiap kanak-kanak, termasuk terapi pertuturan, terapi okupasi, dan program intervensi awal. Dengan pasukan pakar yang kepelbagaian serta kemudahan canggih, Alisther memupuk kemahiran akademik, sosial, dan kehidupan untuk membangunkan kanak-kanak serta menyediakan mereka untuk berintegrasi ke dalam masyarakat.
Apple King Special Education Centre, Sungai Chua menawarkan perkhidmatan pendidikan dan terapi untuk kanak-kanak yang mempunyai, atau berisiko, dalam keperluan khas. Perkhidmatan di sini terbuka kepada kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke atas. Melalui proses saringan, penilaian, dan intervensi langsung, matlamat pusat ini adalah untuk membantu keluarga dalam membekalkan penjagaan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Kepakaran di sini merangkumi pelbagai spektrum termasuklah autism, ADHD, disleksia, masalah pembelajaran, dan maslaah perkembangan otak. Tidak kira apa jua cabaran, khidmat pemulihan di sini disesuaikan untuk kanak-kanak individu berdasarkan keperluan masing-masing dalam persekitaran yang positif dan kurang tekanan.
Ditubuhkan pada tahun 2016, ABC (Autism Behavioral Center) adalah pusat terapi ABA (Applied Behavior Analysis), yang menawarkan kurikulum intensif 1: 1 terapi intensif kepada kanak-kanak dan remaja dengan kebanyakan cabaran pembelajaran termasuk autisme, ADHD, GDD, kelewatan pertuturan, sosial & cabaran tingkah laku, bermula seawal usia 18 bulan. ABC adalah pusat yang terbesar yang menawarkan terapi ABA di Malaysia yang terletak di Bangunan Bangsaria di sepanjang Jalan Maarof di Bangsar. Di samping itu, mereka adalah satu-satunya pusat terapi sehingga kini, yang dilengkapi dengan bilik ‘one-to-one’ untuk semua kanak-kanak; sebanyak 45 bilik individu!
Dengan konsultan yang berkelayakan tinggi dan terlatih dalam ABA, Autism dan SPED secara umum, ABC berusaha untuk menjadi yang terbaik dari segi terapi ABA dan sokongan Autisme dalam masa terdekat.AvidAscent Enrichment Centre (Pusat Pengayaan AvidAscent) merupakan sebuah pusat terapi pelbagai disiplin khusus untuk kanak-kanak dan dewasa bekeperluan khas. Pusat ini menawarkan pengalaman yang menggayakan untuk para pelajar mereka, memenuhi keperluan pendidikan mereka menerusi program yang direka khas, di samping mewujudkan tempat yang selamat di mana mereka boleh bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Program School Age menerima kanak-kanak dari usia 7 hingga 14 tahun, menyimbangkan kemahiran akademik dan juga bukan akademik, di mana para pelajar akan diajar kemahiran bahasa seperti membaca, menulis, mendengar, dan bertutur, selain kemahiran bukan verbal seperti kelas muzik dan pergerakan, pendidikan jasmani, dan lain-lain lagi. Perkhidmatan terapi seperti terapi pekerjaan (Occupational therapy) dan terapi pertuturan (Speech therapy) turut tersedia, dikendalikan oleh pakar profesional.
HappyLand adalah pusat terapi pelbagai disiplin untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya atau kelewatan perkembangannya. Pusat ini berusaha memberikan harapan dengan menawarkan perkhidmatan dalam persekitaran menyeronokkan dan bebas tekanan yang membolehkan individu memaksimumkan potensi sepenuhnya. Oleh kerana setiap kanak-kanak unik dengan keperluan yang sangat spesifik, Happyland mengambil kira perbezaan ini dengan pemahaman bahawa program yang dibuat secara individu lebih berkesan. Fokus utama terletak pada kerjasama dengan ibu bapa, pendidik dan profesional sekutu lain untuk mendapat keputusan positif.
Selama 18 tahun, kakitangan Happyland yang terlatih telah membantu beratus-ratus kanak-kanak dengan cabaran seperti autisme, ADHD, gangguan integrasi deria dan Sindrom Asperger. Banyak kanak-kanak mungkin mempunyai diagnosis keseluruhan yang sama, tetapi sangat berbeza dalam tahap kemampuan mereka. Oleh itu, adalah mustahak untuk berkunjung ke pusat dan bertemu dengan kakitangan Happyland agar mereka dapat merangka program yang disesuaikan secara individu untuk mengatasi cabaran yang unik. Cadangan terapi akan diberikan setelah penilaian penuh dilakukan sendiri oleh kakitangan Happyland.Miles Autism Academy adalah satu pusat sehenti yang pakar dalam menyediakan khidmat diagnosis rasmi, rawatan & intervensi, dan juga khidmat penjagaan harian untuk mereka yang didiagnos dengan autism atau keperluan khas lain. Ahli pasukan utamanya mempunyai 8 hinggan 15 tahun pengalaman meluas dalam berkerja dengan komuniti ini, termasuklah Penganalisis Tingkah Laku Diperakui Lembaga (Board Certified Behavior Analyst – BCBA) untuk memastikan khidmat paling berkualiti tinnggi diberikan kepada semua keluarga.
Pine Hills International School (Special Needs Programme), Subang Jaya adalah cawangan Sekolah Antarabangsa Pine Hills yang menyediakan sokongan akademik dan terapi untuk pelajar berkeperluan khas. Pusat ini memenuhi keperluan kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 10 tahun dengan pelbagai ketidakupayaan. Matlamat utama adalah untuk memperkasakan pelajar untuk mengatasi cabaran pembelajaran mereka agar mereka dapat beralih ke persekolahan aliran perdana dan menghadapi pelajaran akademik dan bersosial. Mereka menangani spektrum keistimewaan yang luas, termasuk tetapi tidak terhad kepada: sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD), autisme, disleksia, gangguan pemprosesan auditori, diskalkulia, disgrafia, gangguan pemprosesan bahasa, lewat perkembangan secara umum (GDD), dan kanak-kanak yang mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan kelas aliran perdana.
Seed Connections Child and Family Psychology and Learning Center, Bukit Jalil menawarkan perkhidmatan psikologi dan pembelajaran untuk kanak-kanak dan remaja yang bertumpukan keperluan emosi, tingkah laku, dan perkembangan mereka. Program utama termasuklah Early Intervention (juga dikenali sebagai Inclusive Learning Club) untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 7 tahun, Terapi Permainan (Play Therapy) untuk mengalakkan luahan emosi, Brain Builders untuk meningkatkan fungsi esekutif, dan Social Playgroup untuk membolehkan kanak-kanak membina hubungan sesame rakan sebaya. Pusat ini menawarkan servis penilaian yang komprehensif dan mereka program pembelajaran khas bagi menyokong keperluan individu. Tenaga pengajarnya yang berdedikasi memastikan keselamatan psikologi dan bekerjasama dengan ahli keluarga melalui sesi bimbingan dan bengkel.
Membayangkan sebuah masyarakat yang ideal di mana individu berkeperluan khas dapat menikmati setiap aspek kehidupan yang setara dengan orang lain, SI World menyediakan terapi khusus untuk kanak-kanak dengan keperluan khas bergantung pada keperluan mereka setelah penilaian menyeluruh.
Dengan begitu banyak cawangan di seluruh Malaysia, sekolah ini ingin menjadi sekolah yang mudah diakses dan menyokong setiap keluarga, dengan latihan ibu bapa individu yang disediakan untuk membantu anak-anak di rumah. SI World juga menawarkan "Backup Education" untuk kanak-kanak yang tidak sesuai di tadika atau sekolah tradisional. Beberapa terapi yang disediakan oleh SI World adalah ‘Sensory Integration Therapy’, ‘Occupational Therapy’, ‘Physiotherapy’ dan ‘Speech Therapy’, yang dilakukan oleh ahli terapi mereka yang terlatih. Untuk senarai penuh lokasi SI World, klik di sini: Cheras, Kajang, Kepong, Klang, Old Klang Road, Puchong, Serdang, Shah Alam & Sungai Petani, KedahDitubuhkan pada tahun 2011, Taarana Special Needs Centre, Petaling Jaya menyokong keperluan perkembangan kanak-kanak bekeperluan khas. Terbuka kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 18 tahun yang mempunyai autism, sindrom Down, masalah perkembangan global dan kekangan pembelajaran, pusat ini menawarkan pelbagai program yang dapat membantu mereka menjadi ahli masyarakat yang yakin dan berkemampuan. Antara program utama mereka termasuklah Program Intervensi Awal (EIP), Program Transisi, dan Program Pra-Vokasional.
Akademi Integratif (TIA) ialah pusat keperluan pendidikan khas kanak-kanak yang terletak di Suite Enesta Kepong. Mereka menawarkan program pembelajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas dari umur 3 hingga 15 tahun. Pusat ini menawarkan dua program holistik: Program Intervensi Awal (3-6 tahun), dan Program Sekolah Rumah Rendah (7 hingga 15 tahun). Pelajar yang menyertai akan dipupuk untuk mengembangkan kemahiran sosial & akademik mereka, integrasi deria & kemahiran fizikal, kemahiran hidup, dan bermain & kognisi. TIA mempunyai kawasan gim yang besar, selamat dan serba lengkap untuk pelajar mereka.
Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.
If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.