Choo Choo Train Baby & Child Care Centre
Kiddy123 Frame
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
British Montessori, Ampang
The children's house
Small Wonder Malaysia

Tadika dan Prasekolah Pilihan di Taiping, Perak

on 29/12/2021 1772

Also available in : English , 中文版

Artikel ini dikemaskini pada 17 Februari 2022

Taiping, terletak di barat laut Ipoh, adalah bandar kedua terbesar di Perak. Dengan perkembangan pesat, dunia pendidikan di sini turut berkembang. Berikutan siri Artikel Prasekolah Terpilih kami, kami menyenaraikan prasekolah yang dipercayai ibu bapa dengan kurikulum yang menakjubkan, persekitaran yang selamat & pasukan pendidik yang teladan di Taiping dalam artikel ini.

Note: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.

Baca juga: Prasekolah Pilihan di Ipoh


Pusat Asuhan Kanak-Kanak Happy Days, Taiping berdedikasi untuk menyediakan pendidikan awal kanak-kanak dan program penjagaan kanak-kanak yang cemerlang bagi memenuhi keperluan ibu bapa dalam masyarakat sekeliling. Dengan dikendalikan oleh guru penyayang dalam persekitaran yang serba lengkap, pusat ini berusaha untuk mengembangkan potensi penuh kanak-kanak dengan kurikulum kreatif berpandukan ajaran Maria Montessori.

Di sini, guru memahami lumrah kanak-kanak yang serba ingin tahu. Mereka berusaha untuk memupuk keinginan semula jadi kanak-kanak untuk belajar daripada hanya mengisi mereka dengan fakta dari buku. Dalam persekitaran yang disediakan, kanak-kanak dapat meneroka minat mereka sendiri dalam bidang bahasa, matematik, deria, sains, geografi, kehidupan praktikal, budaya dan banyak lagi. Terdapat juga banyak masa aktiviti luar yang dijadualkan untuk kanak-kanak menghargai dan menghormati alam semula jadi. Walaupun semuanya menyeronokkan dan menarik, ia dirancang dengan teliti mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.

Baca Selanjutnya

Happy Days Childcare Centre (Sunflower Group of Education), Taiping

111, Jalan Paduka Setia, Kampung Susur Paduka Setia, Kampung Boyan Taiping, Perak 34000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tadika Kiddo Kidz berfungsi sebagai penyedia pendidikan sehenti yang boleh memberikan keyakinan kepada ibu bapa apabila mengetahui bahawa anak mereka menerima bimbingan yang terbaik sepanjang tahun-tahun pembentukan awal mereka yang paling penting. Sekolah ini merangkumi pengalaman pendidikan yang menyeluruh untuk pelajarnya. Kanak-kanak diberikan sokongan oleh guru-guru mereka untuk mengembangkan pengetahuan akademik dalam pelbagai bidang subjek yang meluas, berserta literasi dan kemahiran celik angka yang disepadukan dalam banyak aktiviti yang mengujakan. Program utama termasuk bahasa Inggeris Cambridge, Program Membaca Smart Ants dan Kiddo Science. Terdapat banyak peluang untuk pelajar bermain, meneroka, berekspresi secara kreatif, dan mengambil bahagian dalam lawatan sambil belajar di luar bilik darjah. Melalui penggunaan pendekatan berbilang kepintaran yang telah terbukti berkesan untuk pengajaran, para pelajar akan terlibat secara mendalam dalam setiap aspek perkembangan, termasuk sosioemosi dan kemahiran sosial.

Tadika Kiddo Kidz memperuntukkan sumber yang besar dalam merekrut dan mengekalkan para guru yang merupakan pendukung tegar bidang pendidikan. Mereka bukan sahaja mengenali semua pelajar dengan nama mereka, tetapi lebih penting lagi, mengenali sifat mereka. Hal ini membolehkan mereka benar-benar menyesuaikan arahan mengikut keperibadian, berdasarkan kebolehan peribadi pelajar dan kadar pembelajaran.

Baca Selanjutnya

Kiddo Kidz Kindergarten, Taiping, Perak

34, 1st Floor, Jalan Medan Saujana 3, Kamunting Taiping, Perak 34600
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.