Kiddy123 Frame
Small Wonder Malaysia
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
The children's house
Little Mandarin House, Bangsar Park, Bangsar
Little Angel Kindergarten

Tadika Pilihan di Semenyih

by on 10/03/2024 21258

Also available in : English , 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 28 Februari 2024.

Mencari tadika yang boleh dipercayai pada masa kini agak membebankan. Sebagai ibu bapa, kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak memulakan perjalanan pembelajaran mereka. Jangan khuatir, berikut adalah senarai tadika yang telah kami lawati secara peribadi di Semenyih, sebuah bandar yang kecil namun sentiasa berkembang!

 

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


Sama seperti cawangan Eduwis yang lain, sekolah ini menawarkan pendekatan tematik bersepadu yang bertujuan untuk merangsang pembelajaran bagi minda yang ingin tahu, kreatif dan berbakat. Program ini menyepadukan 8 pendekatan pendidik yang berbeza dengan menggabungkan unsur terbaik setiap pendekatan untuk melahirkan pendidikan holistik yang memberikan tumpuan kepada semua aspek perkembangan kanak-kanak. Aktiviti direka bentuk sebagai pengalaman amali si kecil supaya mereka tidak berasa bosan dan sentiasa teruja dengan persekitaran mereka.Walau bagaimanapun, penilaian berterusan dibuat untuk memantau perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Setiap hari mereka dapat belajar dan meneroka pelbagai bidang pembelajaran agar memperoleh pendidikan yang menyeluruh. Para pelajar diwajibkan untuk mengambil kelas piano di pusat ini. Eduwis percaya latihan piano yang diadakan ketika Sesi Pembelajaran Perseorangan dalam tempoh masa yang pendek dapat mengekalkan perhatian mereka dan membantu perkembangan keseluruhan, selain membantu mereka dalam pelajaran mereka.

Eduwis Eco Majestic menawarkan program harian penuh dan separuh hari untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun. Sekolah ini beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang untuk program separuh hari, manakala pelajar harian penuh dibolehkan untuk berada di sekolah hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat.

Baca Selanjutnya

Eduwis Eco Majestic, Semenyih

25-2, Jalan Eco Majestic 9/1A, Eco Majestic, Semenyih, Selangor 43500
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Strawberry Wonderland mempunyai reputasi yang baik dalam menyediakan pendidikan prasekolah yang berkualiti tinggi selama lebih 10 tahun lamanya. Kurikulum prasekolah yang memenangi anugerah ini direka untuk memberi asas yang kukuh dalam alam persekolahan kelak. Guru-guru di sini akan mendorong dan memberi panduan dalam: Pemahaman awal dalam celik huruf, numerasi, sains, seni, muzik, dan kemahiran hidup; Perkembangan bahasa (Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin); Aktiviti perkembangan otak; Pembentukan peribadi dan nilai-nilai murni; Sukatan pelajaran KSSR yang menyeronokkan; Ucapan Awam (Public Speaking); Kelas komputer; Kemahiran berdikari dan kepimpinan; Pendidikan sosial; Perkembangan fizikal dan kesihatan; Kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan penyelesaian masalah serta Pembelajaran kreatif.

Baca Selanjutnya

Strawberry Wonderland, Taman Pelangi Semenyih, Semenyih

No. 52A, Jalan TPS 1/12, Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Selangor 43500
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.