Kiddy123 Frame
The children's house
Small Wonder Malaysia
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
Little Angel Kindergarten

Prasekolah dan Tadika Terbaik di Johor Bahru

by on 21/08/2019 78962

Also available in : English , 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 15 Februari 2024

Kali ini, Kiddy123 berpeluang untuk meninjau institusi pendidikan awal kanak-kanak di Johor. Dengan pelbagai tadika dan prasekolah yang menawarkan pendekatan pembelajaran yang berbeza, kami telah menemui beberapa prasekolah yang bagus di selatan tanahair – yang mempunyai matlamat yang sama; untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak anda melalui pendidikan awal yang berkualiti yang akan akan mempersiapkan mereka menghadapi pelbagai kemungkinan apabila mereka membesar. Jom lihat senarai kami!

 

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan secara rawak. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


Diasaskan oleh Dr. Liew, pakar pediatrik yang berpengalaman, kurikulum AZ Preschool menyediakan pengalaman pendidikan diperibadikan yang menyokong kanak-kanak mengikut kemampuan dan keperluan unik mereka. Pengetahuan luas Dr. Liew mengenai perkembangan kanak-kanak memandu seluruh badan sekolah dalam usaha mereka untuk mereka kurikulum menarik yang memupuk pertumbuhan, kreativiti dan yang paling penting, kegembiraan belajar.

Di Prasekolah AZ, anak-anak dibudayakan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk menjadi pemimpin masa depan. Pendekatan pembelajaran campuran yang menggabungkan semua amalan pendidikan terbaik - Montessori, S.T.E.A.M., Play-based dan Integrated Thematic Learning - digunakan untuk meletakkan asas yang kuat untuk anak-anak berkembang maju di mana pun mereka berada dalam kehidupan.

Pendidikan AZ melampaui mempersiapkan anak-anak untuk persekolahan formal. Mereka mmemupuk anak-anak sebagai pelajar seumur hidup yang diperkasakan dengan pemikiran yang berbeza dan kemahiran menyelesaikan masalah, serta ketahanan untuk menangani situasi yang mencabar dalam kehidupan mereka.

Baca Selanjutnya

AZ Preschool, Taman Molek, Johor Bahru

No.01-06, 07, 08, Pangsapuri Molek Pulai, Jalan Persiaran Molek, Taman Molek, Johor Bahru, Johor 81100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Ibu bapa yang mencari prasekolah untuk anak mereka sangat faham bahawa pilihan mereka bukan sahaja harus berdasarkan kepada keperluan akademik si kecil, tetapi ia juga perlu membantu kanak-kanak dalam pembelajaran aktif, berfikir secara kritis, menjadi kreatif, dan bekerjasama dengan baik dengan rakan sebaya mereka. Dengan beberapa cawangan yang telah dibuka dan beroperasi, De Jowitop telah menjelmakan nilai-nilai tersebut sejak 2016 apabila ia mula membuka pintu kepada anak-anak kecil di Johor.

Dengan gabungan pendekatan pengajaran berstruktur dan tidak berstruktur, De Jowitop telah menghasilkan kurikulum unik yang berfungsi dengan baik untuk kumpulan umur yang berbeza. Penguasaan bahasa diberi tumpuan yang sewajarnya di De Jowitop untuk memastikan pelajar lulus dengan kemahiran bahasa yang akan membawa mereka lebih jauh dalam kehidupan mereka.

Secara keseluruhannya, De Jowitop akan menjadikan peralihan ke sekolaj rendah lebih lancar dan yakin. De Jowitop dikaitkan dengan keseronokan pelajar dan ibu bapa tahu bahawa anak-anak mereka sememangnya mendapat pendidikan prasekolah yang berkualiti tinggi.

Baca Selanjutnya

De JowiTop Preschool (Tadika Impian Terpintar), Skudai

No. 149 & 149A, Jalan Seri Impian 1, Taman Impian Emas, Skudai, Johor 81300
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Gem Preschool menawarkan pengalaman pendidikan Montessori autentik kepada kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun yang disepadukan dengan silibus tematik dan memenuhi keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran dilakukan menggunakan pelbagai sumber, penerokaan, pemerhatian dan pengalaman.

Selain daripada kurikulum yang menyeluruh, Gem Preschool juga mengadakan lawatan lapangan (field trips), sambutan perayaan, seminar ibu bapa, konsert, hari sukan dan aktiviti pengayaan lain untuk menambah dan meningkatkan keyakinan dan kesedaran kanak-kanak.

Gem Preschool, Pekan Nanas (Tadika Estetika), Johor Bahru

No. 28, Jalan Pulasan, Taman Puteri, Pekan Nanas, Johor 81500
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tempat kecil yang menggembirakan ini khas untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun lebih dari sekadar tadika biasa. Silibus yang bersesuaian dengan umur direka dengan cermat di Happy Villa Kindergarten untuk menyiapkan kanak-kanak untuk peralihan ke sekolah rendah serta untuk menyokong pembangunan kognitif, sosial dan fizikal mereka.

Ditambah pula dengan pelbagai aktiviti kokurikulum seperti Muzik, Seni dan Kraf, Aritmetik dan Taekwondo serta lawatan lapangan (field trips) dan konsert tahunan, persekitaran pembelajaran di sekolah ini penuh semangat agar kanak-kanak merasa dihargai selain dipupuk menjadi manusia yang lebih baik kelak.

Baca Selanjutnya

Happy Villa Kindergarten, Taman Bukit Indah, Johor Bahru

No. 1, Jalan Indah 2/1, Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor 81200
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.



Hey Preschool, Nusa Bestari, Johor Bahru sentiasa berusaha untuk menambah baik dan berminat untuk memaksimumkan peluang perkembangan untuk kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Sebelumnya dikenali sebagai prasekolah Superkidz, kini mereka akan beroperasi dengan nama Hey Preschool sambil mengekalkan kualiti penjagaan dan pendidikan yang luar biasa untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun.

Di Hey Preschool, mereka berusaha untuk menpergembangkan pendidikan awal tahun kanak-kanak dengan menerapkan kerangka yang ditetapkan oleh kurikulum prasekolah nasional kita, serta amalan yang diilhamkan oleh kaedah pendidikan Montessori. Kanak-kanak diasuh mengikut watak dan keperibadian masing-masing serapat mungkin. Kemahiran penting ditanamkan untuk membolehkan mereka beralih ke sekolah rendah, sama ada secara lokal atau di Singapura, dengan mudah dan cemerlang.

Selain menawarkan kurikulum yang sesuai untuk perkembangan, Hey Preschool sangat menekankan pembinaan hubungan ibu bapa-sekolah yang positif, serta menjaga standard pasukan pengajaran mereka. Dengan berkongsi kepercayaan bahawa komuniti prasekolah yang bekerjasama adalah kunci kejayaan Hey Preschool. Walaupun 10 tahun berlalu, prasekolah tetap akan berusaha untuk menawarkan peluang pendidikan yang sama untuk kanak-kanak di luar bandar.

Baca Selanjutnya

Hey Preschool, Nusa Bestari, Johor

4-01, Jalan Bestari 4/5, Taman Nusa Bestari 3, Skudai, Johor 81300
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 


Setiap kanak-kanak di Prasekolah KLC mendapat manfaat daripada kurikulumnya yang dinamik. Ia dirancang untuk membantu kanak-kanak berkembang secara holistik. Kaedah KLC mengajar kanak-kanak cara belajar, terutamanya cara yang mencetuskan kegembiraan dan minat untuk belajar yang akan kekal bersama anak-anak seumur hidup.

Ciri khas sistem pendidikan KLC ialah penggabungan Bahasa Isyarat Amerika (ASL) ke dalam proses pembelajaran. Telah terbukti bahawa kanak-kanak yang mempelajari bahasa isyarat mempercepat perkembangan lisan mereka, mengekalkan pengetahuan dengan lebih baik dan mengungguli rakan sebaya mereka dalam penilaian IQ.

Sejak usia dini, anak-anak dibimbing untuk berfikir di luar kotak. Mereka selesa untuk bertanya dan menyatakan diri mereka walaupun mereka mempunyai pandangan yang berbeza. Di samping itu, Prasekolah KLC mengajar anak-anak mengenai matlamat United Nation untuk planet yang mampan sehingga anak-anak memahami bahawa mereka perlu mengambil tindakan sebagai pemimpin yang berprinsip untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik.

Baca Selanjutnya

KLC Preschool, Johor Bahru

No. 32, Jalan Molek 1/4, Taman Molek, Johor Bahru, Johor 81100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Satu-satunya prasekolah di dunia yang menggunakan Mindset Champion untuk mendidik pelajar mereka, MindChamps bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak prasekolah hari ini untuk berjaya pada masa hadapan. Kurikulum yang unik, kemudahan berkelas dunia, program yang holistik dan guru yang berdedikasi menjadikan prasekolah ini kondusif untuk menyokong perkembangan kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 6 tahun. Aktiviti prasekolah memberi tumpuan kepada sensori, motor (muzik dan pergerakan), intelek, bahasa, emosi dan sosial (S.M.I.L.E.S).

Keselamatan di MindChamps amatlah dititik beratkan, dengan sistem pemeriksaan kesihatan dan pengawasan CCTV serta pegawai keselamatan yang ditempatkan di luar prasekolah.

Baca Selanjutnya

MindChamps PreSchool, Adda Heights, Johor Bahru

No. 236, 238 & 240, Jalan Adda 7, Taman Adda (Adda Heights), Johor Bahru, Johor 81100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


MindChamps PreSchool menyediakan pengalaman prasekolah premium yang akan melengkapkan kanak-kanak dengan asas untuk berjaya di sekolah, dan juga di kemudian hari. Dengan kemudahan mengagumkan dan kurikulum termaju berdasarkan penyelidikan pedagogi bertaraf dunia terkini, MindChamps telah diberi penghormatan dengan beberapa anugerah yang paling bernilai dalam sektor pendidikan. Prasekolah ini juga kekal sebagai pilihan yang sangat digemari dalam kalangan ibu bapa kerana mereka dapat melihat perbezaan dalam integriti dan standard kualiti yang terkandung dalam budaya kecemerlangan organisasi mereka.

Apa yang benar-benar membezakan MindChamps daripada prasekolah lain ialah falsafah MindChamps, komitmen kuat mereka terhadap kecemerlangan penyelidikan, dan semangat yang tidak berbelah bahagi untuk mengubah penemuan terkini menjadi inisiatif pendidikan yang berkesan. Kurikulum prasekolah yang berpandangan ke hadapan ini disokong penyelidikan oleh pakar terkemuka dunia daripada empat domain: Pendidikan, Neurosains, Psikologi dan Teater. Di samping itu, untuk menyampaikan standard tertinggi dalam pendidikan awal kanak-kanak, semua guru MindChamps menerima sehingga 200 jam latihan dan akreditasi yang meluas daripada ibu pejabat MindChamps di Singapura.

Baca Selanjutnya

MindChamps PreSchool, Straits View, Johor Bahru

3, Jalan Tengku Petrie 1, Kawasan Straits View, Johor Bahru, Johor 80200
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Berlokasi di zon Selatan Malaysia, iaitu Johor, Tadika Rainbow boleh dilihat sebagai jawapan kepada dilema ibu bapa yang sedang mencari tempat untuk menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan tadika yang akan membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Ia diasaskan oleh Datin Maureen Jafrey 32 tahun lalu, di mana dari dulu sampai sekarang ia masih berdiri bangga sebagai tadika yang diminati oleh keluarga-keluarga di Johor.

Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Johor Bahru, sistem pengajaran di Tadika Rainbow agak unik, di mana para pelajar tidak mengangkut buku-buku nota seperti yang dipraktikkan oleh kebanyakan tadika lain di Malaysia. Di Tadika Rainbow, guru akan merancang program mingguan yang selaras dengan tema tertentu. Pendekatan tematik dalam pengajaran inilah yang menjadikannya amat berkesan. Walaupun tiada kerja rumah atau buku kerja mahupun tugasan kerja untuk disiapkan, Tadika Rainbow menjalankan persidangan Ibu Bapa-Guru selepas setiap tempoh tematik di mana penilaian dilakukan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar.

Baca Selanjutnya

Rainbow Kindergarten, Johor Bahru

No. 14, Jalan Padi Mahsuri 16, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Dengan misi yang jelas untuk memupuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun agar menjadi kanak-kanak yang teruja untuk belajar, pemikir kritikal, penyelesai masalah dan pemimpin yang kompeten menggunakan Program Kepimpinan Shambala, Shambala Leadership Preschool di Molek menyediakan pengalaman pembelajaran yang akan menyiapkan kanak-kanak dengan kemahiran penting dan membantu memupuk keyakinan dan membina karakter mereka juga.

Sekolah ini dilengkapi kemudahan yang bersesuaian seperti bilik darjah, perpustakaan, kolam renang, fasiliti sukan, studio tarian, taman permainan tertutup (indoor playground) dan banyak lagi. Kelas di sekolah ini bersaiz kecil dan jurulatihnya berdedikasi, bersemangat dan bukan sahaja mempunyai kelayakan akademik tetapi mampu memahami kanak-kanak juga. Ibu bapa sentiasa dikemas kini mengenai perkembangan anak-anak mereka oleh jurulatih.

Baca Selanjutnya

Shambala Kidz Leadership Pre-School, Molek

No. 37, 37-1, 37-2, Jalan Molek 3/20, Johor Bahru, Johor 81100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tadika perdana (flagship) Small Wonder Malaysia di Taman Adda Heights, Johor Bahru terletak di kawasan penuh kehijauan, dengan ruang yang luas untuk kanak-kanak bermain dan belajar. Sebahagian daripada institusi pendidikan Busy Bees yang terkemuka, tadika ini menggabungkan konsep pendidikan yang diiktiraf bagi menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran hidup yang perlu bagi masa hadapan yang cerah. Tadika ini menerima kanak-kanak dari umur 18 bulan hingga enam tahun, dan menyesuaikan kaedah pengajaran untuk keperluan setiap murid. Kurikulum telah direka khas selaras dengan standard antarabangsa dan juga tempatan, dengan menerapkan elemen dari Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Malaysia, Early Childhood Curriculum Framework (NEL) dari Singapura, dan Early Years Foundation Stage (EYFS) dari United Kingdom.

Baca Selanjutnya

Small Wonder Malaysia, Adda Heights, Johor

1, Jalan Adda 1, Taman Adda, Johor Bahru, Johor 81100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Small Wonder, Setia Tropika menawarkan pengalaman pendidikan yang luar biasa untuk kanak-kanak, melalui kurikulum terbukti yang terbukti berkesan sejak tiga dekad yang lalu. Murid-murid disediakan untuk pendidikan formal di sekolah awam dan juga sekolah antarabangsa. Tadika ini menggunakan gabungan kurikulum yang diiktiraf di peringkat global, seperti KSPK dari Malaysia, Nurturing Early Learners (NEL) dari Singapura, dan Early Years Foundation Stage (EYFS) dari UK. Kurikulum yang komprehensif ini mengalakkan pembangunan secara menyeluruh, dari segi intelek, emosi, sosial, mahupun fizikal, di samping memupuk semangat penerokaan, kreatif, dan daya pemikiran kritis.

Baca Selanjutnya

Small Wonder Malaysia, Setia Tropika, Johor

No. 2, Jalan Setia Tropika, Johor Bahru, Johor 81200
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Small Wonder Malaysia menggunakan pendekatan pembelajaran holistik yang bertumpukan rasa hormat terhadap individualiti setiap kanak-kanak. Ianya menekankan kurikulum yang seimbang dan bersepadu, berserta kerjasama yang kukuh di dengan ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Dalam persekitaran pembelajaran yang prihatin ini, kelengkapan dan alatan yang sesuai digunakan bagi mencapai matlamat pembelajaran yang bermakna. Prasekolah ini menggabungkan sukatan pelajaran tempatan dan antarabangsa, termasuklah KSPK Malaysia, NEL dari Singapura, dan EYFS dari UK. Program-program ini menekankan pembelajaran secara tematik dan berdasarkan inkuiri, bagi mengalakkan kanak-kanak untuk meneroka dan menimba ilmu secara aktif. Kurikulum bersepadu ini juga selaras dengan pendidikan formal dan menyediakan murid-murid untuk memasuki sekolah awam mahupun antarabangsa, di samping memupuk rasa cinta terhadap ilmu.

Baca Selanjutnya

Small Wonder Malaysia, Taman Sutera, Johor Bahru

58, Jalan Sutera Emas 5, Taman Sutera Johor Bahru, Johor 81200
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Small Wonder Malaysia, The Seed terletak di kawasan berpagar dan berpengawal, memastikan keselamatan murid-murid sekolah. Dengan tenaga pengajar yang berdedikasi, prasekolah ini mewujudkan suasana yang ramah dan mesra, di mana kanak-kanak digalakkan untuk mendalami minat masing-masing. Kurikulum yang menyeluruh merangkumi pelbagai subjek dan aktiviti, termasuklah pembelajaran bahasa, matematik, sains, muzik, seni, dan pendidikan jasmani. Melalui gabungan pengalaman pembelajaran yang pelbagai, Small Wonder memupuk rasa gembira dan keinginan untuk belajar dalam diri setiap kanak-kanak.

Baca Selanjutnya

Small Wonder Malaysia, The Seed, Johor

The Seed Condominium, Taman Sutera Utama, Taman Sutera Utama, Johor 81200
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Stellar Sand & Stars Kindergarten, Larkin, Johor Bahru

Stellar Sand & Stars Kindergarten adalah sebuah prasekolah dua bahasa yang mempunyai misi untuk menyediakan peralihan yang lancar untuk pelajar memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan (J) Cina. Tadika ini menggunakan pendekatan tematik dan berdasarkan permainan untuk membantu si kecil berusia 3 hingga 6 tahun membina pengetahuan serta kemahiran hidup abad 21 yang penting. Daripada sudut pandangan akademik, pelajar muda diajar dan dipandu untuk cemerlang dalam Matematik dan Sains, di samping membentuk kefasihan bahasa dalam Bahasa Malaysia dan Mandarin. Sand & Stars telah lama dikenali sebagai pilihan yang tepat untuk ibu bapa yang mahukan anak mereka untuk memasuki SRJK Cina.

Guru-guru di Sand & Stars tidak mengharapkan pelajar mereka untuk hanya duduk dan mendengar apabila mereka menulis di papan hitam dalam kelas. Sebaliknya, mereka berinteraksi dengan pelajar untuk membuat aktiviti yang bermakna dan menyeronokkan, di masa yang sama mengajar secara amali. Mereka juga berusah bersungguh-sungguh untuk membimbing si kecil untuk menjadi individu yang bersopan santun, baik hati, dan hormat menghormati dengan watak yang menyenangkan hati.

Baca Selanjutnya

Stellar Sand & Stars Kindergarten, Larkin, Johor Bahru

G-09, Bistari Impian, Jalan Serantau, Taman Dato Onn, Johor Bahru, Johor 80350
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tadika Kastil Bukit Indah adalah antara pelopor pendidikan awal kanak-kanak di Johor Bahru. Tadika ini lengkap dengan ruangan penuh fungsi termasuklah mempunyai teater multimedia, perpustakaan, bengkel projek, bilik komputer dan audio, ladang kecil, taman permainan, dan kawasan khusus untuk pembelajaran interaktif dan kreatif . Ini adalah titik permulaan untuk kanak-kanak membesar menjadi individu yang ceria, cemerlang dan kreatif dan yakin.

Kurikulum Tadika Kastil direka untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun menggunakan Kaedah Pengajaran Kreatif Antarabangsa (ICTM). Ia adalah kaedah pengajaran yang unik - dicipta oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan sekolah itu sendiri - menyasarkan pembangunan otak kiri dan kanan.

Untuk memastikan otak kiri tajam, guru mendedahkan kanak-kanak kepada pelajaran seperti matematik, sains dan bahasa. Pengalaman ini membantu kanak-kanak mendapat asas pembelajaran akademik yang sesuai untuk peralihan ke sekolah rendah. Untuk menyuburkan sisi kreatif pelajar otak kanan, program seperti seni, biola, latihan kepimpinan dan pengurusan projek dilaksanakan. Kanak-kanak di sini memulakan tabiat dan mengasah kemahiran yang mereka boleh bawa bersama mereka sehingga dewasa apabila mereka belajar menyusun sumber yang diperlukan untuk menyiapkan projek, membuat persembahan di atas pentas dan membentangkan projek kepada kumpulan besar.

Baca Selanjutnya

Tadika Kastil @ Bukit Indah, Johor Bahru

No. 33, Jalan Indah 28/6, Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor 81200
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 

 

 

 


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.