My Little World Preschool, Kota Damansara
Kiddy123 Frame
Little Angel Kindergarten
Little Mandarin House, Bangsar Park, Bangsar
The children's house
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
Small Wonder Malaysia

Tadika dan Prasekolah Terbaik di Ipoh, Perak

by on 05/05/2024 41465

Also available in : English , 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 7th January 2025.

Ipoh merupakan bandar bersejarah yang kaya dengan warisan dan budaya dan tidak juga kurang dari menjadi hab pendidikan awal kanak-kanak di utara tanahair. Kami di Kiddy123 telah berjaya memilih beberapa prasekolah terbaik untuk rujukan ibu bapa di bandar ini.

Artikel ini merupakan kesinambungan siri Tadika dan Prasekolah Terbaik pilihan kami dan akan menyenaraikan beberapa buah tadika dan prasekolah di Ipoh untuk rujukan ibu bapa agar lebih mudah membuat pilihan sekolah terbaik buat anak-anak.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


Di dalam prasekolah yang luas dan bersih ini, kanak-kanak diajar menggunakan program 3Q™ yang telah diteliti dengan baik. Program ini telah terbukti holistic, menarik dan menyeronokkan. Melalui program pembelajaran dalam talian mereka, pelajar boleh mengakses portal melalui ID khas dan pembelajaran boleh dilakukan di rumah mengikut bab-bab tertentu, membolehkan mereka bersedia untuk pelajaran hari berikutnya serta berinteraksi dan mengeratkan hubungan bersama ibu bapa menggunakan platform tersebut.

Guru di tadika ini diberikan latihan di bawah program latihan 3Q dan kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Anda bukan dari Ipoh? Jangan risau, 3Q MRC Junior Mengelembu mempunyai tujuh pusat sekitar Perak.

 

Baca Selanjutnya

3Q MRC Junior Menglembu Ipoh (Tadika Junior Mahir)

No. 20, Persiaran Rishah (S), 1/9, Desa Rishah, Ipoh, Perak 30100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia bawah tiga tahun selalu menimbang-nimbang untuk menghantar anak-anak mereka ke prasekolah atau tidak. 3Q MRC Junior, Kampar Ipoh ialah tempat untuk memberikan kanak-kanak sebuah permulaan yang sempurna. Kanak-kanak memperoleh banyak manfaat apabila bersekolah di sini. Mereka didedahkan kepada huruf, perkataan, angka, warna, bentuk dan banyak lagi. Paling penting, mereka belajar untuk berkongsi dan bekerjasama dengan yang lain pada usia muda, sementara mereka belajar cara mengawal emosi mereka. Ramai pelajar terdahulu dari tadika ini memasuki sekolah rendah dengan konsep matematik asas yang lebih kukuh, kemahiran pra-membaca yang lebih kaya dan kemahiran sosioemosi yang lebih baik berbanding rakan sebaya dari sekolah lain. Semua ini ialah hasil daripada sistem pendidikan 3Q yang mantap penyelidikannya dan telah terbukti.

3Q memberikan banyak peluang yang disesuaikan ke arah pencarian bakat dalam kalangan kanak-kanak. Ini menjadikan perjalanan pendidikan lebih bermakna kerana dunia di luar sana memerlukan lebih daripada sekadar gred untuk berjaya tetapi juga orang yang kreatif, yakin dan boleh menyatakan pendapatnya dengan baik.

Baca Selanjutnya

3Q MRC Kampar (Tadika Junior Pintar)

No. 136, Jalan Perak 23, Taman Bandar Baru, Kampar, Perak 31900
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


CIC Casa Kayangan, Meru Ipoh merupakan pilihan yang bernas untuk ibubapa dan keluarga di Ipoh yang ingin mencari program pendidikan awal yang holistik bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun, yang berteraskan nilai-nilai Islam. Terletak di sebuah bangunan komersial, pusat ini lengkap dengan bilik-bilik darjah yang ceria dan terang, pameran dan bahan-bahan pelajaran yang interaktif, serta kemudahan yang lain untuk menyokong perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Terdapat 18 program yang ditawarkan yang bertumpukan bidang pelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal – disokong oleh pelbagai aktiviti praktikal untukj membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.

CIC Casa Kayangan, Meru Ipoh

No. 13, Jalan Meru Impian B2, Casa Kayangan @ Pusat Perniagaan Meru Impian, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak 30020
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


KinderJoy menawarkan program Comprehensive Thematic Learning kepada kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 6 tahun, yang telah direka mengikut garis panduan yang disediakan oleh Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Malaysia.

Demi memenuhi keperluan era globalisasi, kelas di KinderJoy memberi perhatian menyiapkan setiap kanak-kanak dengan kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Kemahiran seperti pemikiran kritikal (critical thinking), penyelesaian masalah (problem solving), kreativiti, pemikiran yang inkuisitif dan imaginatif, kemahiran berkomunikasi, semangat kerjasama dan banyak lagi adalah penting.

Di sekolah ini, terdapat bidang pembelajaran pelbagai guna, kawasan yang dikhaskan untuk aktiviti sains dan tempat untuk kanak-kanak belajar dan menjalankan aktiviti secara berdikari. Dengan rekod prestasi yang terbukti, KinderJoy telah menghasilkan ramai alumni yang berjaya dan ingin terus melakukannya di tahun-tahun yang mendatang.

 

Tadika KinderJoy, Ipoh

No. 221, Jalan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak 30250
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tiny-Tots Montessori Centre (TTMC), Ipoh berpengalaman selama 47 tahun dalam menyediakan kanak-kanak prasekolah berumur 2 hingga 6 tahun dengan pengalaman pembelajaran awal yang memupuk pertumbuhan holistik. Pusat ini mempunyai dua premis dan terletak di Ipoh Garden South, dalam persekitaran yang tenang dan selamat di mana setiap kanak-kanak berasa dialu-alukan. Selama bertahun-tahun, ia diterima baik oleh ibu bapa dalam komuniti setempat dan kanak-kanak bersetuju bahawa ia adalah tempat yang sangat menggembirakan.

Diilhamkan oleh keindahan pendidikan Montessori, TTMC menerima setiap kanak-kanak sebagai individu yang berkembang mengikut rentak mereka sendiri. Oleh itu, saiz kelas dikekalkan kecil, dengan kira-kira 5 hingga 8 pelajar setiap kelas, untuk membolehkan kanak-kanak mendapat perhatian peribadi yang mereka perlukan pada usia yang begitu muda. Guru di TTMC menggalakkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain dan menyeronokkan! Sama ada kanak-kanak belajar bahasa atau Sains, mereka melakukannya melalui pelbagai aktiviti yang interaktif dan melibatkan semua deria mereka. Ini secara semula jadi membuatkan mereka seronok dan suka belajar. Sambil menjadikan pembelajaran menyeronokkan, pusat ini juga memberi tumpuan yang sama untuk membina asas kemahiran akademik yang kukuh supaya kanak-kanak akan mengalami peralihan yang lancar ke sekolah rendah pada kemudian hari.

Baca Selanjutnya

Tiny-Tots Montessori Centre, Ipoh

No. 62 & 64, Tingkat Taman Ipoh 6, Ipoh Garden South, Ipoh, Perak 31400
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.