by on 30/05/2024 2149
Sorotan Utama |
|
Ditubuhkan pada tahun 2016 oleh sekumpulan pendidik yang berdedikasi, Roots & Wings Montessori Preschool menawarkan program yang progresif dan menyeluruh untuk kanak-kanak berusia 12 bulan hingga enam tahun.
Terletak di sebuah rumah bungalow bertingkat dua di kawasan taman perumahan yang tenang, nama sekolah mencerminkan visinya: untuk menanam 'akar' yang kuat dan asas yang kukuh, di samping melengkapi kanak-kanak dengan 'sayap' untuk terbang tinggi, sama ada di sekolah mahupun kehidupan secara lazimnya.
Di Roots & Wings Preschool, kanak-kanak dialu-alukan ke dalam suasana yang mesra dan seperti rumah sendiri dan juga kondusif untuk pembelajaran mereka. Bilik-bilik darjah disusun dengan sudut-sudut pembelajaran yang berlainan, yang dipenuhi dengan bahan-bahan dan alat-alatan sensori yang pelbagai untuk mencapai matlamat pembelajaran yang berbeza.
Pendekatan Montessori merupakan tunjang rangka kurikulum di sini, terutamanya untuk kanak-kanak yang lebih kecil. Semasa peringkat ini, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk meneroka, mencuba benda-benda baru, dan memenuhi rasa ingin tahu mereka secara semulajadi bagi memupuk perasaan cinta akan ilmu.
Kanak-kanak turut diajar kemahiran hidup praktikal, mengupayakan mereka menjadi individu yang berdikari dan dapat menyiapkan tugasan harian dengan yakin.
Apabila kanak-kanak maju ke peringkat prasekolah (4 - 6 tahun), kurikulum yang lebih berstruktur diperkenalkan dan menerapkan elemen-elemen dari Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Sekolah menekankan penguasaan tiga bahasa utama, iaitu Bahasa Melayu, Mandarin, dan Bahasa Inggeris, yang diajar sering dengan matapelajaran seperti Matematik dan Sains, bagi menyediakan kanak-kanak untuk sekolah rendah.
Progres kurikulum secara bertahap mencabar kanak-kanak mengikut keperluan perkembangan mereka: contohnya, kanak-kanak diajar Phonics untuk meningkatkan kemahiran lisan mereka, dan ini seterusnya membantu kemahiran membaca mereka juga. Kanak-kanak yang lebih kecil akan bermain menggunakan mainan blok atau tanah liat untuk meningkatkan daya motor halus mereka, sebelum beralih ke aktiviti menggengam pensel dan menulis.
Guru-guru di Roots & Wings sangat cekap dalam menggunakan pelbagai kaedah kreatif untuk menarik minat murid-murid, supaya mereka dapat belajar dengan cara yang menyeronokkan. Mereka tidak sahaja mendidik murid-murid menggunakan buku teks atau latihan, tetapi juga alatan mengajar seperti kad flash dan objek sebenar, di samping mengadakan sesi perbincangan, eksperimen, permainan berperanan (role play) dan sesi soal tanya, supaya kanak-kanak menjadi peserta yang aktif dalam pembelajaran mereka sendiri.
Nisbah guru ke pelajar yang rendah, iaitu dua orang guru kepada 12 pelajar dalam satu kelas, memastikan setiap kanak-kanak menerima perhatian yang rapi. Kumpulan-kumpulan yang kecil ini sesuai untuk kanak-kanak dan membolehkan mereka bersosial dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.
Kanak-kanak yang aktif adalah kanak-kanak yang sihat, oleh sebab itu, sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang mengalakkan pergerakan fizikal. Salah satu ciri utamanya adalah kolam renang yang luas, di mana kanak-kanak menghadiri kelas renang setiap minggu yang merupakan sebahagian daripada jadual waktu biasa mereka.
Kelas renang dikendali oleh jurulatih profesional dari Days Perfect Swim, salah satu akademi renang yang terkemuka di Malaysia. Mereka dikenali sebagai pakar khidmat kelas renang peribadi yang ditawarkan di rumah. Selain itu, sekolah juga mempunyai ruang-ruang yang luas untuk permainan pasir, permainan air, dan messy play. Sekolah ini adalah salah satu prasekolah yang mempunyai dinding memanjat dan gim dalamannya sendiri.
Aktiviti pengayaan pada waktu petang, yang merangkumi perkembangan fizikal dan juga akademik seperti Taekwondo dan kelas moden, melengkapi kurikulum sekolah yang cemerlang. Kelas-kelas pengayaan ini dikendalikan oleh profesional yang terlatih.
Ibubapa juga boleh mendaftar anak-anak mereka untuk kelas pengayaan Mandarin, yang membantu kanak-kanak mengembangkan kosa kata dan juga kemahiran berkomunikasi dalam bahasa tersebut
Manakala aktiviti kokurikulum pula melibatkan rombongan sambil belajar ke tempat-tempat seperti zoo haiwan peliharaan, mendedahkan kanak-kanak kepada dunia luar dan memberi mereka kenangan yang manis semas zaman prasekolah mereka.
Lebih daripada itu, Roots & Wings membekalkan suasana yang sealamt dan selesa di mana kanak-kanak menerima pendidikan holistik dan penjagaan rapi semasa ibubapa mereka bekerja.
Sekolah merupakan tempat yang bersih dan selamat, dilengkapi dengan CCTV, dan mengikuti prosedur kebersihan yang ketat. Makan minum kanak-kanak diuruskan dan mereka menikmati makanan yang dimasak segar setiap hari oleh tukang masak sekolah. Mereka juga diberikan masa untuk tidur petang dan beristirehat.
Ibubapa boleh percaya bahawa pihak sekolah dan juga guru-guru senantiasa mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Komunikasi dijalankan secara terbuka melalui applikasi LittleLives, atau semasa mesyuarat ibubapa dan guru.
Secara kesimpulannya, visi sekolah ini adalah untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi maksima mereka, sama ada dalam bidang fizikla, emosi, mahupun sosial, menurut pengetua sekolah Cik Rohetha Nagarajah. "Misi kami di sini adalah untuk mengupayakan kanak-kanak dengan asas yang kukuh dan sayap untuk terbang tinggi mencapai kejayaan, supaya mereka menjadi individu yang yakin dan berjaya pada masa hadapan," tambah beliau.