on 26/07/2018 2782
Sejak penubuhannya pada tahun 1986, R.E.A.L Kids (dahulu dikenali sebagai CEC) telah berkembang sebagai salah satu tadika terbesar yang dioperasi oleh pemiliknya sendiri di Malaysia, dengan lebih 30 pusat dan 5,000 orang pelajar di seluruh negara. Di Pulau Pinang, satu-satunya pusat R.E.A.L Kids yang masih beroperasi adalah R.E.A.L Kids Relau. Pusat ini direka khas dengan ruang khas dan mempunyai kemudahan mesra kanak-kanak, termasuklah bilik darjah berhawa dingin, kolam renang, makmal komputer, perpustakaan, bilik Google, kantin mini dan lain-lain lagi. Bagi menyediakan kanak-kanak ke alam persekolahan secara formal, konsep sekolah rendah dipraktikkan di pusat ini.
Kurikulum tadika R.E.A.L Kids ini dibentuk khas untuk menyuntik keseronokan dalam proses pembelajaran melalui aktiviti secara amali.
Dengan mengajar kanak-kanak asas untuk memproses informasi dan pengetahuan, kita dapat membina kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif di samping membentuk mereka untuk berdikari dan bertanggungjawabPuan Lily Lim, Pengetua R.E.A.L Kids Relau
Selain itu, kurikulum ini juga menggunakan bahan dan pendekatan yang memudahkan proses pembelajaran termasuklah pembelajaran berasaskan projek Multiple Intelligences (MI),dan belajar sambil bermain. Pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan semulajadi apabila kanak-kanak berminat untuk sering meneroka dunia mereka di samping menyelesaikan masalah atau sesuatu cabaran dengan cara mereka sendiri.
Bukan itu sahaja, kurikulum R.E.A.L Kids juga mampu menyediakan pembelajaran yang seimbang dengan menawarkan aktiviti kokurikulum seperti gimnastik dan berenang. Kanak-kanak bukan sahaja dapat mempelajari kemahiran hidup malah mereka turut dapat menerapkan cara hidup yang sihat dan aktif. Hal ini dapat menyumbang kepada perkembangan diri mereka. “Kami turut membiayai khidmat jurulatih professional bagi mengajar teknik berenang dan gimnastik yang betul kepada para pelajar,” tambah Puan Lily.
Tanpa para guru yang unik, pembelajaran yang unik tidak dapat dicapai. Di samping menyampaikan pengetahuan melalui pelbagai kaedah dan bahan, guru di R.E.A.L Kids turut memainkan peranan penting dalam membentuk dan membimbing pelajar. Para guru di sini prihatin, kreatif dan bermotivasi. Mereka ialah pengajar yang berpengalaman dalam mempraktikkan pendekatan dan kaedah yang sesuai dengan pembelajaran kanak-kanak. Justeru, ini akan meningkatkan pembelajaran dan keyakinan mereka untuk belajar.
Namun demikian, falsafah R.E.A.L Kids lebih menekankan kepada ‘pembelajaran kanak-kanak’ daripada ‘pengajaran guru’. Perkara ini membolehkan pelajar untuk menyedari potensi mereka sendiri. Para guru di sini dilatih untuk menyesuaikan proses pembelajaran dengan tahap dan cara pembelajaran kanak-kanak yang tertentu, seterusnya melahirkan persekitaran yang menyokong pembelajaran kanak-kanak secara optimum.
R.E.A.L Kids Relau berusaha untuk melahirkan persekitaran yang riang dan menarik untuk menggalakkan proses pembelajaran di samping membentuk ‘ekosistem’ dinamik atau hubungan di antara pelajar, guru, kurikulum dan seluruh proses pembelajaran. Ekosistem ini bersifat luas dan bertujuan untuk memenuhi minat, keperluan dan matlamat para pelajar. Hal ini bertujuan untuk memupuk minat belajar individu sejak awal lagi.
Ruang yang selamat dan menarik sangat penting untuk kanak-kanak melibatkan diri dalam pembelajaran di bilik darjah dan aktiviti kokurikulum. Justeru itu, pusat ini dibina bersesuaian untuk pembelajaran prasekolah dengan adanya pelbagai kemudahan seperti perpustakaan dan ruang membaca yang luas, pentas bagi persembahan pelajar, bilik darjah berhawa dingin yang kondusif, makmal komputer, bilik lakon peranan bertujuan untuk para pelajar mengekspresikan diri mereka melalui lakonan, kolam renang serta kantin mini untuk para pelajar menikmati makanan bersama-sama.
Ditubuhkan pada tahun 1986, R.E.A.L Kids merupakan sebahagian daripada kumpulan R.E.A.L Education Group (ahli Paramount Education) dan salah sebuah pra-sekolah yang dikendalikan pemilik terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 30 buah pusat di seluruh negara. Semua pusat R.E.A.L Kids menyediakan program sepenuh hari (8.00AM- 3.30PM) termasuklah kelas pengayaan dan aktiviti ko-kurikulum. Ini melengkapkan kurikulum yang holistik yang menawarkan silibus kebangsaan dan antarabangsa. Program lebih masa juga disediakan untuk membantu ibu bapa yang sibuk dan berkerja. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-5631 8000 atau lawati laman web www.realkids.edu.my dan halaman facebook REAL.Kids.Malaysia
Untuk info lebih lanjut tentang R.E.A.L Kids Relau, sila hubungi 016-551 3017 atau e-mel relau@realkids.edu.my