on 07/02/2018 2248
R.E.A.L Kids, atau dahulunya dikenali sebagai Child Enrichment Centre (CEC) ditubuhkan pada tahun 1996. Kini, R.E.A.L Kids merupakan salah satu rantaian tadika terbesar yang dikendalikan sendiri oleh pemiliknya dengan lebih 30 pusat di seluruh negara. R.E.A.L Kids juga merupakan perintis dalam mengamalkan pendekatan Multiple Intelligences (diasaskan oleh Dr. Howard Gardner) di Malaysia.
Antara pusat terbaru R.E.A.L Kids adalah R.E.A.L Kids PV 21 Setapak yang mula beroperasi pada tahun 2017. Pusat ini menawarkan program separuh hari dan boleh didapati dalam medium bahasa Inggeris ataupun Mandarin. Terdapat beberapa kemudahan di pusat ini seperti kolam renang, gimnasium, makmal komputer, perpustakaan, taman permainan dan sebagainya.
Pembelajaran di R.E.A.L Kids bertujuan untuk mencipta pengalaman transformatif bagi membina keyakinan kanak-kanak untuk belajar. Dengan mengutamakan pelajar, kurikulum baru ini bukan sahaja merangkumi bahan pembelajaran tetapi juga reka bentuk ruang pembelajaran, teknologi terbaru, aktiviti dan penilaian pembelajaran. Keseluruhan konsep dan pembaharuan ini telah dikaji, direka dan diuji terlebih dahulu oleh pihak R.E.A.L Kids.
Kami di R.E.A.L Kids bersemangat untuk menyediakan pembelajaran terbaik bagi kanak-kanak supaya mereka lebih yakin untuk belajar dan mengahadapi cabaran pada masa akan datang Puan Mable Lee, Pengetua R.E.A.L Kids PV 21 Setapak
Pembelajaran di sini direka mengikut rasa ingin tahu kanak-kanak dan semangat mereka untuk sentiasa belajar serta mencari pengalaman baru. “ Pada asasnya, R.E.A.L Kids berusaha untuk memupuk pelajar supaya mampu untuk mengorak langkah sendiri dalam kembara pembelajaran mereka" tambahnya lagi.
R.E.A.L Kids menggalakkan kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka, melakukan sesuatu perkara dengan cara mereka sendiri serta meneroka dunia mereka secara berdikari. Sesi pembelajaran akan menjadi lebih bermakna apabila mereka dapat meneroka persekitaran mereka sendiri.
Justeru, R.E.A.L Kids dapat menggalakkan rasa tanggungjawab dalam diri kanak-kanak dengan membenarkan mereka mengawal pembelajaran dan tumbesaran mereka. Kanak-kanak belajar berdasarkan individualiti dan tahap kemajuan mereka sendiri. Kesimpulannya, palajar merupakan pemacu, guru sebagai pembantu, pengalaman belajar mereka adalah kenderaan dan jalan mereka adalah kehidupan ini.
Para guru menjadi pembantu kepada kanak-kanak yang merupakan pemacu dalam mengorak kembara pembelajaran mereka sendiri. Apabila wujudnya sinergi dalam membentuk proses pembelajaran ini, guru di R.E.A.L Kids dapat menggalakkan kanak-kanak untuk belajar mengikut keperluan individu, gaya dan tahap kebolehan mereka sendiri.
Bagi membantu mereka mengembangkan minda dan pemahaman mereka, guru-guru sering bertanya soalan kepada pelajar. Sebagai fasilitator, mereka juga bertanggungjawab untuk menyediakan bahan, masa, ruang dan sokongan supaya pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam cara dan masa mereka sendiri. Pelajar di R.E.A.L Kids terlibat secara aktif dalam sesi pembelajaran justeru menjadikannya lebih komprehensif dan bermakna.
Ibu bapa (dan penjaga) di R.E.A.L Kids memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa turut memperolehi kemahiran dan pengetahuan baru yang membantu mereka untuk lebih terlibat dalam menyumbang kepada perkembangan anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa turut dapat terlibat dalam sesi pembelajaran di rumah selain dapat mengetahui berita semasa sekolah, pengumuman dan diari pelajar.
Seterusnya, ibu bapa dapat meneruskan proses pembelajaran ini di rumah. Tambahan lagi, mereka turut disarankan untuk sering menyemak buletin sekolah, pengumuman dan diari pelajar untuk lebih terlibat dalam proses pembelajaran ini.
Ditubuhkan pada tahun 1986, R.E.A.L Kids merupakan sebahagian daripada kumpulan R.E.A.L Education Group (ahli Paramount Education) dan salah sebuah pra-sekolah yang dikendalikan pemilik terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 30 buah pusat di seluruh negara. Semua pusat R.E.A.L Kids menyediakan program sepenuh hari (8.00AM- 3.30PM) termasuklah kelas pengayaan dan aktiviti ko-kurikulum. Ini melengkapkan kurikulum yang holistik yang menawarkan silibus kebangsaan dan antarabangsa. Program lebih masa juga disediakan untuk membantu ibu bapa yang sibuk dan berkerja. Untuk Pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-5631 8000 atau lawati laman web www.realkids.edu.my dan halaman facebook REAL.Kids.Malaysia
Untuk info lebih lanjut tentang R.E.A.L Kids PV 21 Setapak, sila hubungi 03-4131 8213 atau e-mel setapak@realkids.edu.my