by on 21/06/2019 1891
Diasaskan pada 1986, R.E.A.L Kids (sebelum ini dikenali sebagai CEC) adalah salah sebuah rangkaian prasekolah kendalian pemilik yang terbesar di negara ini dengan lebih daripada 30 pusat di seluruh negara. R.E.A.L Kids menyediakan program lanjutan lengkap termasuk pelbagai pelajaran pengayaan dan aktiviti ko-kurikulum. Salah satu cawangan terbaharu dalam keluarga tadika ini - R.E.A.L Kids Anggun City, Rawang - memulakan operasi pada awal tahun 2019 dan menawarkan program ‘lanjutan lengkap’ yang menyeluruh dari jam 8 pagi sehingga 6 petang.
R.E.A.L Kids Anggun City ialah sebuah pusat sehenti yang menawarkan kemudahan dan program yang menyokong pelbagai bidang perkembangan untuk kanak-kanak berusia antara 3 hingga 6 tahun. Pusat ini berdiri megah dengan kelas-kelas yang kondusif dan luas untuk pembelajaran secara uji kaji dan penerokaan, kemudahan STEM yang direka khas, pusat seni, kawasan pentas untuk drama dan pengucapan awam, kantin khusus, dapur kulinari, serta kawasan ‘melasak dan bermain’ yang kreatif. Di R.E.A.L Kids Anggun City, sempadan antara belajar dan bermain adalah samar. Pembelajaran dipacu dengan cara menjentik rasa ingin tahu dan imaginasi kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti menarik. Apabila kanak-kanak bermain, mereka akan melakukan inisiatif sendiri dan mengikuti rasa ingin tahu mereka.
Menurut pengurus pusat ini Cik Malarini, “Melihat kanak-kanak berkembang dan tumbuh sebagai pelajar sepanjang hayat yang yakin diri memberikan saya inspirasi yang saya perlukan setiap hari dan mengetahui bahawa R.E.A.L Kids Anggun City yang menyediakan platform ini untuk pertumbuhan dan perkembangan, saya tahu saya telah menemui peranan saya”. Sementara itu, pengetua R.E.A.L Kids Anggun City, Cik Gnanam mengalu-alukan semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendedahan pengalaman di pusat ini. “Jemput datang ke R.E.A.L Kids Anggun City untuk menikmati dan mendapat pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan,” kata beliau.
Di R.E.A.L Kids, anda akan mendapati persekitaran pembelajaran di mana semua pelajar dialu-alukan dan diberi sokongan. Kami percaya setiap kanak-kanak adalah unik dan memiliki kekuatan individu yang kami cuba sedaya-upaya untuk gilapkan dan kembangkan. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran kepelbagaian aspek ini ditingkatkan lagi oleh kurikulum tiga bahasa kami yang pernah menggondol anugerah; ia membantu mengembangkan bakat kanak-kanak dan memberikan pengalaman yang mengayakan berkaitan dengan dunia sebenar. Di R.E.A.L Kids, kami menawarkan kepada anak anda ‘Kurikulum tiga bahasa terbaik yang berinspirasikan Kepelbagaian Kecerdasan’.
Kurikulum Kepelbagai Kecerdasan (MI) R.E.A.L Kids atau berinspirasikan MI bermatlamat untuk mengembangkan aspek kecerdasan berbeza setiap kanak-kanak termasuk:
Logik-Matematik
Intrapersonal
Lisan-Linguistik
Muzik-Irama
Kinestetik Badan
Visual-Ruang
Intrapersonal
Naturalistik-Pencinta Alam Sekitar
Kurikulum R.E.A.L Kids direka untuk melengkapkan anak anda dengan set kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pelajar alaf 21, seorang yang mampu menghadapi cabaran dan merebut peluang yang datang dengan jayanya. Kurikulum kami berfokus kepada lima bidang pertumbuhan dan pembelajaran yang berinspirasikan Kepelbagaian Kecerdasan:
Membina kemahiran tiga bahasa
Meneroka dan memupuk minda kreatif
Memperkasakan pemikir dan penyelesai masala
Mengembangkan warganegara MI global
Membentuk pemimpin melalui model peranan dan pembinaan karakter
Perkembangan literasi ialah sebahagian penting perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Buku adalah cermin dan jendela yang membantu kanak-kanak membentuk pandangan hidup mereka, tetapi sebelum kanak-kanak belajar membaca dan menulis, mereka perlu membangunkan asas-asas untuk literasi dan bahasa termasuk kebolehan bercakap, mendengar, memerhati, dan memahami. R.E.A.L Kids Anggun City bermatlamat untuk melahirkan kanak-kanak yang petah dan fasih melalui program literasi menyeluruh yang termasuk ‘Seni Komunikasi’, ‘Bahasa Inggeris Oxford’, ‘Tugasan Literasi’ and ‘Membina Bakat Pengucapan Efektif (BEST)’. Kurikulum tiga bahasa R.E.A.L Kids membantu kanak-kanak untuk memperoleh kemahiran literasi dalam tiga bahasa utama; iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin.
Tidak kira sama ada pemimpin itu dilahirkan atau dilatih, R.E.A.L Kids percaya setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi seorang pemimpin. R.E.A.L Kids Anggun City menawarkan Program Kepimpinan Muda R.E.A.L Kids; sebuah program yang direka bentuk untuk menggalakkan kanak-kanak memimpin dan melaksanakan perubahan, juga menanamkan budaya bekerjasama dan kerja berpasukan. Melalui program ini, kanak-kanak belajar untuk mengambil tindakan bermakna yang menatijahkan hasil yang diingini sementara menumbuhkan keyakinan mereka melalui perancangan projek.
Ditubuhkan pada 1986, R.E.A.L Kids adalah sebahagian R.E.A.L Education Group (ahli Paramount Education) dan prasekolah kendalian pemilik paling besar di negara ini dengan lebih daripada 30 pusat di seluruh negara. Semua pusat R.E.A.L. Kids menyediakan program lengkap (daripada 8.30 pagi hingga 3.30 petang) termasuk pelajaran pengayaan yang pelbagai dan Aktiviti Ko-Kurikulum. Ini melengkapkan kurikulum yang dibangunkan secara menyeluruh dan holistik yang menawarkan silibus peringkat nasional dan antarabangsa. Program lanjutan juga disediakan bagi ibu bapa yang sibuk bekerja. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-5569 0183 atau lawati tapak web kami di www.realkids.edu.my and halaman Facebook di REAL.Kids.Malaysia
Untuk maklumat lanjut mengenai R.E.A.L Kids Anggun City, Rawang, sila hubungi 011-2148 8978 atau e-mel angguncity@realkids.edu.my