by on 27/10/2022 890
Sorotan Utama |
|
Setiap ibu bapa pasti inginkan pendidikan yang berkualiti dan menyeluruh bagi anak mereka yang amat tersayang. Terdapat pelbagai pendekatan dan kurikulum yang ditawarkan di Malaysia, dan oleh sebab itu, ibu bapa perlu mengambil kira gaya pembelajaran individu kanak-kanak supaya dapat menentukan jenis pendidikan yang sesuai untuk mereka. Baru-baru ini, Kiddy123 berpeluang untuk berbual dengan Encik Gareth Allman, Pengetua Sekolah Antarabangsa Peninsula Australia (PISA, Kampus Malaysia) untuk mengetahui pelbagai ciri istimewa mengenai kurikulumnya, iaitu kurikulum Victoria yang agak terkenal, serta segala yang ditawarkan untuk anak-anak kita di sekolah tersebut.
Apabila menyentuh pada sukatan pelajaran sekolah antarabangsa di Malaysia, kita biasanya cenderung kepada kurikulum UK, yang amat popular di negara kita. Kurikulum International Baccalaureate (IB) dan Cambridge English juga antara pilihan utama yang lain. Walau bagaimanapun, dan juga cukup menarik sekali, sejak penubuhan PISA lima tahun lalu, sijil yang ditawarkannya, iaitu Sijil Pendidikan Victoria (VCE), menjadi rebutan. Dari segi kampusnya, ia merupakan struktur yang berdiri megah di tengah-tengah pembangunan kediaman dan perindustrian.
Perjalanan pendidikan kanak-kanak menandakan tempoh kritikal dalam hidup mereka, memandangkan semua yang ditentukannya.
Sebuah keluarga pasti bersyukur apabila anak mereka menamatkan pengajian di universiti, dan seterusnya muncul sebagai warga global yang berbudi. Malangnya, bukanlah luar biasa juga bagi keluarga untuk melayani rasa kecewa apabila anak mereka berhenti pengajian universitinya separuh jalan. Dimanakah berlakunya kesilapan, jika bukan di bangku sekolah lagi? Contohnya, jika seorang pelajar itu didaftarkan ke dalam kurikulum yang agak membebankan, atau yang berorientasikan peperiksaan; tenggelam dalam kerja-kerja kursus dan tugasan yang membosankan, atau yang mungkin tidak difahami sepenuhnya. Pasti tekanan. Pasti sentiasa bimbang. Lama-kelamaan, hilanglah minat dalam pelajarannya.
PISA menjauhi naratif ini!
"Jauh daripada membebankan dan hampir tidak pernah membosankan, PISA berusaha untuk menegakkan pembelajaran praktikal yang berasaskan pengalaman yang sangat berkesan untuk pelajar, dengan tumpuan yang sewajarnya diberikan pada Pemikiran Kritikal serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Higher Order Thinking Skills atau HOTS). Berikutan perkembangan kemahiran yang berterusan dan juga pemerolehan pengetahuan, tahap persediaan dan pendedahan kanak-kanak pada rangsangan kognitif membantu mereka supaya cukup bersedia dari segi akademik dan ilmiah untuk memasuki mana-mana universiti atau fakulti pilihan mereka,” kata Encik Gareth. Beliau juga berkongsi bagaimana guru-guru di PISA tidak jemu berusaha supaya memastikan pelajar mereka menikmati pelajaran mereka dan memahami sepenuhnya semua yang diajar. Inilah antara yang lan yang dihargai oleh ibu bapa mengenai sekolah ini! Selain itu, kami juga dimaklumkan bahawa para pendidik PISA juga akan memilih matlamat daripada salah satu Matlamat Pembangunan Lestari PBB (UN’s Sustainable Development Goals) untuk disepadukan ke dalam kurikulum sekolah selama seminggu atau lebih, sekali gus membolehkan pelajaran menjadi lebih relevan dengan kejadian semasa.
Pendidikan berkualiti sebaiknya bermula semasa tempoh pembelajaran kritikal kanak-kanak, dan di PISA, program Tahun Awal mencerminkan muktamad tersebut. Direka untuk umur 4-5 tahun, ia menampilkan kaedah unik ‘Learn to Play & Play to Learn’ (Belajar untuk Bermain & Bermain untuk Belajar), yang dirasai amat diperlukan, terutamanya pada era ini apabila idea bermain bagi kanak-kanak agak terjejas akibat pencerobohan masa skrin dalam kehidupan seharian mereka. Kanak-kanak perlu mengasah kemahiran-kemahiran motor masing-masing, terutamanya kemahiran motor halus, untuk mengalami perjalanan pendidikan yang lebih menyeronokkan, justeru aktiviti bermain amatlah penting.
"Di PISA, kami memilih ciri-ciri terbaik daripada beberapa pendekatan pengajaran yang ternama, seperti Montessori, Emilia Reggio, Waldorf serta Early Years Curriculum yang beriktiraf dari UK, dan menyepadukan kesemuanya ke dalam kelas Tahun Awal kami sendiri," jelas Pengetua Gareth. Jelas sekali bahawa usaha telah diambil untuk memastikan bahawa aktiviti untuk kanak-kanak meliputi pengalaman praktikal dan peluang penerokaan supaya mereka boleh mengasah kemahiran motor penting sebagai sebahagian daripada pendidikan awal mereka. Tahun Awal di PISA memastikan kanak-kanak cukup bersedia untuk perjalanan persekolahan mereka sebagai graduan prasekolah yang gagah, berinspirasi dan bermotivasi diri!
Dengan sendirinya, Kurikulum Victoria umpama kurikulum Standard Emas bagi seluruh kurikulum Australia yang lain, di mana pendidikan luar dan pendidikan kewarganegaraan global amat menonjol di samping kemahiran hidup abad ke-21 serta kecemerlangan akademik. Guru yang komited dan bersemangat di PISA bertekad untuk mendidik, memupuk dan membimbing pelajar mereka untuk menjadi pemimpin masa depan. Di PISA, pembelajaran adalah sesuatu yang menyeronokkan, bukan sahaja di dalam bilik darjah, namun juga di luar. Malah, rancangan untuk masa terdekat termasuk program lawatan tahunan ke kawasan-kawasan kediaman terpilih di nagara, dan membolehkan pelajar menghabiskan beberapa hari (dan malam) di tempat-tempat yang berbeza untuk mempelajari kemahiran-kemahiran baru di samping memperoleh pengalaman baru.
Satu perbezaan yang paling ketara dalam pengalaman persekolahan Rendah dan Menengah di PISA ialah, kebimbangan tentang peperiksaan yang pasti dirasakan dalam kurikulum-kurikulum lain, hampir tidak wujud di sini. Sebaliknya, seperti yang dijelaskan oleh Encik Gareth, pelajar dapat berkembang dalam persekitaran sekolah dan berkembang maju dalam perjalanan pendidikan mereka, yang sentiasa menyeronokkan, menarik dan mengasyikkan. Mesejnya lantang dan jelas, iaitu, tiada seorang pun, termasuklah pelajar, yang memerlukan tekanan dalam hidup mereka. Sentiasa ada cara yang lebih baik dan lebih berkesan untuk anak-anak memperoleh pendidikan mereka, dan ibu bapa sudah tentu memilih yang terbaik untuk keperluan pendidikan anak-anak mereka!
Talian komunikasi antara ibu bapa dan sekolah juga dipastikan berjalan dengan lancar, tanpa tekanan. Guru tidak langsung keberatan untuk berkomunikasi dengan ibu bapa menggunakan aplikasi Seesaw yang amat berguna supaya pihak keluarga sentiasa dapat diberitahu perihal anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa boleh bertanya atau berbincang dengan pihak sekolah mengenai kemajuan anak mereka, keperluan dan sebagainya selain sentiasa dikemaskinikan mengenai berita dan acara-acara penting.
Kampus PISA di Malaysia mempunyai pelbagai kemudahan, dan ia termasuk bilik-bilik darjah binaan khusus bagi semua tahap, bilik muzik yang serba lengkap, bilik belajar yang besar, perpustakaan, kantin, makmal sains, auditorium, makmal komputer, bilik permainan, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola jaring, padang bola sepak, dan juga kolam renang bersaiz penuh, antara kemudahan-kemudahan moden yang lain!