Peninsula International School Australia, Setia Alam, Shah Alam
Kiddy123 Frame
The children's house
Choo Choo Train Baby & Child Care Centre
Small Wonder Malaysia
The City Kindergarten, Shah Alam
Little Angel Kindergarten
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)

Bagaimana ibu bapa boleh bantu tingkatkan kemahiran bahasa anak-anak? Ikuti langkah-langkah ini

by on 21/06/2024 740

Also available in : English , 中文版

Sebagai ibubapa, hadiah yang paling berharga yang boleh kita bagi kepada si manja adalah penguasaan bahasa. Bahasa merupakan tunjang utama komunikasi, dan perlu untuk membina asas literasi yang kukuh. Aspek ini sangat penting untuk membantu mereka menghadapi cabaran masa hadapan.

Tetapi bagaimana kita boleh memperkasakan anak-anak kita dalam perjalanan ini, terutamanya semasa tahun-tahun awal pendidikan mereka? Lebih penting lagi, apakah yang boleh dilakukan untuk menjadikan perjalanan pembelajaran ini lebih menyeronokkan? Di sini kita sertakan beberapa petunjuk.


Permulaan yang awal

Dedahkan anak anda kepada persekitaran kaya bahasa yang imersif dari usia yang muda lagi. Kanak-kanak mempunyai kebolehan yang hebat dalam tahun-tahun pertama kehidupan mereka untuk menerima dan memproses maklumat baru. Pakar mengelarkan jangka masa ini sebagai "masa kritikal" dalam perkembangan kanak-kanak. Semasa fasa ini, minda mereka sangat kental dan fleksibel terhadap sebarang perubahan, menjadikannya masa yang paling sesuai untuk pembelajaran bahasa.


parent article

Bimbang jika kanak-kanak akan terasa terbeban apabila belajar dua atau lebih jenis bahasa? Usah bimbang: kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dwibahasa lebih cekap mengawal emosi diri dan mempunyai daya penyelesaian masalah yang lebih tinggi, berkat daya kognitif yang fleksibel. Hal ini kerana otak kanak-kanak perlu 'memilih' bahasa yang harus diaktifkan.


Membaca bersama

Membaca dengan anak anda merupakan salah satu cara terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa mereka, kerana mereka akan belajar kosa kata baru, di samping memahami struktur dan ritma bahasa tersebut. Pilihkan bahan-bahan bacaan yang sesuai dengan umur mereka, yang mengandungi gambar-gambar yang berwarna-warni, atau jalan cerita yang menarik untuk mengekalkan minat mereka. Contoh pilihan yang baik merangkumi buku bergambar, pantun kanak-kanak, dan cerita-cerita yang sahih.


parent article

Kanak-kanak akan berasa seronok untuk membaca, dan ini sekaligus akan mendalamkan pemahaman mereka terhadap kandungan di dalam buku, dan mengalakkan mereka untuk meluahkan perasaan diri. Ibubapa boleh membuka perbincangan tentang topik-topik yang telah dibaca supaya ianya dapat membantu meningkatkan kefahaman dan daya pemikiran kritis mereka.


Permainan bahasa

Jadikan pembelajaran bahasa sebagai satu permainan untuk menyeronokkan proses pendidikan. Kad imbas ialah alat yang berkesan untuk mempraktikkan perbendaharaan kata,di samping permainan pemadanan atau permainan memori.


parent article

"Charades" ialah satu lagi permainan hebat yang boleh membantu dalam perkembangan bahasa. Ibubapa boleh melakonkan perkataan dan frasa tertentu, dan kanak-kanak pula cuba meneka makna di sebaliknya melalui gambaran fizikal. Sebagai contoh, anda boleh melakonkan perkataan "lompat" dan meminta anak anda meneka tindakan itu, sekaligus membantu meningkatkan pemahaman mereka tentang konsep seperti kata kerja dan kata sifat.


Jadi contoh yang baik

Kanak-kanak selalunya belajar melalui pemerhatian dan imitasi, oleh sebab itu perlunya wujud sebuah persekitaran pembelajaran yang positif untuk mereka. Gunakan bahasa dan ayat-ayat yang betul semasa bertutur dengan anak-anak, dan elakkan dari pengunaan 'baby talk'.

parent article


Galakkan anak-anak anda untuk bertutur dengan anda sepanjang hari, contohnya semasa anda melakukan rutin harian, atau menyatakan pemerhatian anda semasa berjalan-jalan dengan keluarga di luar rumah. Pendedahan yang awal ini dalam konteks dunia sebenar akan membantu mereka mendalami pemahaman tentang cara penggunaan bahasa yang betul, dan membina keyakinan untuk berkomunikasi secara yakin.


parent article

Peringatan untuk ibubapa: sentiasa sabar dan memberi sokongan kepada anak-anak anda. Perkembangan bahasa tidak boleh dikuasai dalam sehari sahaja, dan kanak-kanak akan maju sedikit demi sedikit mengikut tahap kemampuan masing-masing. Raikan pencapaian mereka dan bekalkan sokongan yang positif untuk membina keyakinan diri mereka.


Penggunaan teknologi

parent article

Teknologi merupakan alat yang berharga yang boleh menyokong penguasaan bahasa anak anda. Gunakan sumber sperti program e-learning yang direka khas untuk kanak-kanak kecil, dan yang lengkap dengan permainan, lagu-lagu, dan aktiviti-aktiviti interaktif yang mengalakkan anak anda untuk beserta secara aktif dalam pembelajaran mereka sendiri.


Bantu anak-anak anda dalam perjalanan pembelajaran mereka

First Steps from Phonics to Reading dari Marshall Cavendish Education menawarkan program Bahasa Inggeris yang uni dan merangkumi tiga peringkat, direka khas untuk kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun. Program ini diselaraskan dengan silibus antarabangsa, termasuk kurikulum Malaysia.


parent article

Program ini merangkumi koleksi 75 cerita nukilan original, dan merupakan cara yang menarik dan interaktif untuk membantu si manja meningkatkan kemahiran membaca, menulis, bertutur, dan mendengar. Ia merangkumi:

  • Lagu-lagu dan cerita-cerita origialberserta visual yang berwarna-warni untuk menarik minat kanak-kanak

parent article

  • 400 Kad Imbas berserta audio, supaya kanak-kanak dapat mengaitkan bunyi perkataan dengan perkataan yang tertulis dan juga gambar objek
parent article
parent article
  • Perkataan yang ditanda supaya senang untuk dibaca, dan senang untuk dikaitkan secara visual, meningkatkan lagi pemahaman kanak-kanak dan kesedaran fonemik

parent article

  • 600 aktiviti dan latihan untuk kanak-kanak
parent article
parent article

Perkara yang membezakan program ini adalahtumpuan kepada aspek Pembelajaran Sosial dan Emosi , membantu kanak-kanak untuk memahami dan menghormati diri mereka, orang di sekeliling mereka, dan juga dunia di luar.

parent article


First Steps from Phonics membantu memupuk rasa ingin tahu dan daya penyelesaian kanak-kanak, melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya di masa hadapan.

Dapatkan First Steps from Phonics to Reading dari laman web Kalodu.

 

Kalodu merupakan pusat sehenti untuk sumber pembelajaran secara digital yang terbaik. Anda boleh juga mendapatkan produk pembelajaran digital sebagai sumber pembelajaran tambahan, eStories, ataupun bahan-bahan bacaan mengikut subjek, untuk tahap Prasekolah, sekolah rendah, dan sekolah menengah. children. Beberapa produk popular termasuklah Grammar Rule!, English/Chinese Oral Buddy, Caterpillar Series, or Xue Le Wang《学乐网》yang kini boleh didapati di Kalodu.