by on 13/09/2024 239
Sorotan Utama |
|
Pacific Speech Therapy and Learning Centre, Penang merupakan pusat sehenti intervensi multidisiplin untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Diasaskan pada tahun 2010, pusat ini menawarkan servis pendidikan khas yang pelbagai termasuklah penilaian menyeluruh hinggalah servis terapi semuanya di bawah satu bumbung. Jika anak anda menunjukkan kelewatan ketara dalam pencapaian perkembangan (milestones) dalam memproses deria, kemahiran motor, persepsi visual, berinteraksi dan bersosial dengan rakan sebaya serta pengaturan diri (self- regulation), sudah tiba masanya untuk anda mendapatkan bantuan; Pacific Speech Therapy and Learning Centre merupakan salah satu tempat yang tepat untuk mendapat sokongan tambahan. “Kami adalah satu pasukan yang terdiri daripada tenaga kerja professional yang berkelayakan dan berdedikasi dalam meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak, dan juga keluarga mereka secara tidak langsung,” ujar Cik Oh, ahli patologi/terapi pertuturan-bahasa berkelayakan yang mengasaskan pusat tersebut.
Pusat ini berpendirian bahawa intervensi awal dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak dengan: Spektrum autisma (ASD), Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), Sindrom Down, Palsi Serebrum (Cerebral Palsy), Kelewatan Pertuturan-bahasa, Kesukaran kemahiran sosial, Gangguan Pemprosesan Deria, Kesukaran menulis, Disleksia, Kesukaran pembelajaran, dan juga kesukaran dan kelainan upaya lain.
Tidak kira sesukar mana cabaran yang dihadapi oleh si kecil, setiap rawatan diperibadikan berdasarkan keperluan unik mereka dan disediakan dalam persekitaran yang positif dan tidak memberi tekanan. “Di Pacific Speech Therapy and Learning Centre, kami percaya dalam memaksimumkan potensi kanak-kanak melalui sokongan berterusan. Kami mempersiapkan kanak-kanak tersebut dengan kemahiran asas melalui sesi terapi peribadi (Terapi Pertuturan, Terapi Carakerja Sensori atau Program Intervensi Awal). Kemudian, kami berusaha untuk membantu kanak-kanak tersebut membiasakan diri dengan kemahiran yang dipelajari dengan menyediakan platfom untuk mereka berlatih (Program Kesediaan Sekolah atau Kumpulan Skill Sosial). Akhir sekali, Program Peneman (Shadow)/PembantuPembelajaran Peribadi memainkan peranan penting dalam menyokong kanak-kanak dalam persekitaran sekolah konvensional dengan memupuk kemahiran sosial dan komunikasi dalam kehidupan sebenar,” terang Cik Oh tentang kaedah untuk membantu kanak-kanak dalam perkembangan mereka.
Rangkuman program dan servis yang ditawarkan berikut direka untuk memberi kanak-kanak dan remaja hasil bermanfaat untuk mengatasi cabaran yang dihadapi:
Ahli patologi/terapi pertuturan di Pacific akan menilai, mendiagnos, dan menyediakan terapi berdasarkan evidens kepada kanak-kanak yang memerlukan pertolongan dalam komunikasi mereka, gangguan dalam pertuturan yang spesifik, pertuturan tidak lancar, gangguan pendengaran, kesukaran berinteraksi, gagap, ekolalia (mengajuk perkataan), atau juga gangguan pemakanan. Sesi terapi menggunakan latihan motor oral dan kaedah TalkTools® yang diperibadikan untuk setiap kanak-kanak untuk menyalakan kebolehan mereka untuk berinteraksi dengan dunia.
Ahli Terapi Carakerja (Occupational therapists) akan memberi perhatian dalam memperbaiki kemahiran kanak-kanak dalam memproses deria, kemahiran motor halus dan kasar, dan juga kemahiran hidup asas. Pacific mempunyai bilik sensori tersendirinya yang unik, dipanggil bilik Snoezelen – pusat swasta pertama di Utara Malaysia yang mempunyai fasiliti premium ini pada tahun 2018 – yang memberikan persekitaran multisensori yang terkawal, menawarkan tahap ketenangan dan stimulasi yang cukup menerusi aktiviti sentuhan, visual dan interaktif yang direka khas untuk meningkatkan tingkah laku keseluruhan kanak- kanak.
Program Kesediaan Sekolah (School Readiness Programme - SRP) berfungsi sebagai platform untuk kanak-kanak berlatih kemahiran yang telah dipelajari agar mereka dapat beralih ke sekolah konvensional dengan lancar. Program ini mencontohi aktiviti yang biasa dijalankan di sekolah dalam persekitaran kumpulan kecil dengan nisbah pelajar ke guru 1:4.
Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme - EIP) adalah sebuah program yang diperibadikan untuk membantu si kecil mengembangkan kemahiran yang diperlukan dalam dunia persekolahan konvensional. EIP merangkumi aspek utama dalam perkembangan, termasuklah kognitif, perkembangan motor halus dan kasar, bahasa, sosial-emosi, dan juga perkembangan pra-akademik serta kemahiran hidup harian.
Program Pembantu Pembelajaran Peribadi (Personal Learning Assistant - PLA) merupakan kunci dalam menyokong si kecil dalam peralihan lancar dari persekitaran terapeutik ke persekitaran sekolah konvensional. Dengan tujuan utama untuk meningkatkan rasa berdikari dalam diri kanak-kanak, program PLA meliputi perjumpaan program Individual Education Programme (IEP) multidisiplin antara sekolah dan pelajar, sesi intervensi mingguan untuk ulangkaji akademik, dan sesi kemahiran sosial mingguan menggunakan modul Alex Kelly’s Talkabout™.
Pacific berusaha untuk menjadi pemangkin perubahan dalam dunia kanak-kanak berkeperluan khas dengan mengadakan bengkel, seminar dan majlis yang dapat memperkasakan ibu bapa, guru, serta profesional kesihatan dan pengamal perubatan yang berkaitan. Nantikan bengkel pensijilan antarabangsa akan datan dengan penceramah jemputan daripada organisasi antarabangsa dan bengkel pelbagai bahasa untuk ibu bapa dan guru. Antara bengkel pensijilan yang telah diadakan termasuklah “Feeding Therapy: A Sensory-Motor Approach” oleh Cik Lori Overland dari Amerika Syarikat, dan “Assessing and Teaching Social Skills” oleh Cik Alex Kelly dari United Kingdom. Pusat ini juga dikenali dan diiktiraf oleh universiti awam dan kolej tempatan untuk sesi latihan amali (internship).
Diasaskan pada tahun 2018, Pacific Play House menjadi sokongan utama Pacific Speech Therapy and Learning Centre. Pacific Play House menjadi pencapaian membanggakan Pacific dalam usaha mereka menyediakan penjagaan dan terapi holistik untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Di sini, kanka-kanak dapat mempraktikkan dan membiasakan diri dengan kemahiran yang telah dipelajari dalam terapi 1-dengan-1. Pacific Play House menawarkan program-program-program berikut untuk membantu si kecil memperkembangkan keyakinan diri dan menjalani hidup yang lebih gembira: Kumpulan Social Play, Kumpulan Talkabout™ Social Skills, Kids Fun Baking, dan program-program cuti sekolah.
Bimbang perkembangan anak anda lambat daripada yang sepatutnya atau mempunyai kelainan upaya? Hubungi Pacific Speech Therapy and Learning Centre hari ini untuk membuat temu janji penilaian. Untuk mereka yang tidak dapat datang secara bersemuka, pusat ini juga menawarkan platform alternatif secara talian (online) agar kanak-kanak dan keluarga mereka mendapat sokongan yang diperlukan. Juruterapi di sini merupakan pakar yang berkelayakan, berpengalaman, bersemangat dan sentiasa memupuk, komited dalam perkembangan profesional yang membolehkan mereka membantu dalam pelbagai kondisi perubatan kanak-kanak.” Kami menekankan bahawa, apabila boleh, intervensi awal adalah kunci untuk mendapat kejayaan optimum dalam membantu kanak-kanak dengan keperluan khas”