by on 09/11/2022 991
Sorotan Utama: |
|
Belum pernah lagi dalam sejarah di mana kita semua telah dihubungkan secara global seperti sekarang, dan, pemimpin-pemimpin masa depan perlu cukup bersedia untuk menghadapi dunia ini yang sering melontar pelbagai cabaran, yang sentiasa berkembang dan mempunyai sifat kepelbagaian. Di sekolah antarabangsa Nexus International School, Malaysia, setiap bidang pendidikan pelajar disokong sepenuhya, di mana pelajar dibimbing supaya mereka mendapat persediaan yang sempurna untuk mengisi tempat masing-masing di mana sahaja sebagai warga dunia yang produktif, bertanggungjawab dan berfikiran antarabangsa.
Kiddy123 sempat berbual dengan Pengetua David Griffiths baru-baru ini, dengan tujuan supaya dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi segala kelebihan yang dapat dinikmati seorang pelajar jika bersekolah di Nexus International School, Malaysia. "Kenyataan yang menyimpulkan tujuan kami adalah, bagi mendidik belia dunia ini untuk mengisi tempat produktif masing-masing sebagai pemimpin dalam komuniti global," kongsi Encik Griffiths, sambil mengulas lanjut mengenai visi sekolah, iaitu untuk menjadi komuniti pembelajaran yang berfikiran antarabangsa, yang membolehkan pelajar mencapai kejayaan akademik, fizikal dan kreatif, serta mampu melakukan perubahan di dunia. Nexus juga merupakan ahli Taylors Education Group.
“Nexus bukan sahaja sekadar sebuah sekolah yang menggalakkan kejayaan akademik. Kami sesungguhnya menerima pembelajaran holistik, di mana kami yakin bahawa pembelajaran yang berdasar kepada tindakan, yang berpusatkan kanak-kanak, membolehkan pelajar mengembangkan sifat berdikari dalam diri mereka dan juga membantu mereka mengenali kewujudan unsur saling kebergantungan di kalangan masyarakat,” tambah Encik Griffiths.
Nexus International School berdiri megah dan mengagumkan, dengan berlatar belakang Putrajaya yang indah dan berlambak dengan kehijauan. Sekolah ini menawarkan ruang yang selamat dan sangat kondusif untuk pelajar berkembang maju. Slogan sekolah ialah Embracing Diversity, Challenging Minds, (atau Mengamalkan Kepelbagaian, Mencabar Minda) dan pernyataan panduannya dinyatakan dalam sesuatu yang dinamakan the Nexus Way, atau Cara Nexus.
Keluarga yang ingin mendaftarkan anak mereka ke sekolah antarabangsa tentu akan tertarik hati dengan Nexus. Ini berkait rapat dengan pengamalan Nexus Way yang terpuji, di mana Minda, Perhubungan, Inovasi dan Penglibatan merupakan empat elemen utama. Kualiti yang saling terjalin ini disepadukan ke dalam pengalaman harian pelajar untuk membina sikap, pengetahuan dan kemahiran yang lebih baik, sambil memupuk kelakuan yang baik.Sebagai contoh, pemikiran positif sering menjadi titik gerak ke arah kecemerlangan akademik, pertumbuhan dan kepuasan peribadi, di mana semuanya penting untuk melahirkan warga global yang bertanggungjawab sosial.
Bagi elemen Perhubungan, guru dan pelajar menjalin hubungan yang sihat dan yang berfokuskan pembelajaran, di mana kanak-kanak amat digalakkan untuk memikul tanggungjawab supaya menjadi pelajar sepanjang hayat. Pasukan guru yang mengajar di Nexus International School adalah antara yang terbaik di dunia. En Griffiths juga mendedahkan bahawa senarai menunggu bagi tenaga pengajar yang tidak sabar-sabar untuk berkongsi dalam pengalaman Nexus Way di sekolah ini agak panjang. “Salah satu sebab guru kekal di Nexus adalah pembelajaran profesional. Pada masa ini, terdapat pembantu pengajar (Teaching Assistants) yang sedang berusaha supaya layak mengajar dan juga guru kelas yang menuntut ilmu supaya berkelayakan lebih tinggi seperti Sarjana dan Kedoktoran,” jelasnya.
Seterusnya ialah Penglibatan. Disebabkan keunikan dasar kemasukan inklusif sekolah, pelajar, atau lebih dikenali learners di Nexus, berasal daripada pelbagai lapisan masyarakat dan mungkin berkebolehan dan berkemahiran yang berlainan, selain mempunyai keperluan yang berbeza. Oleh itu, Penglibatan di Nexus benar-benar bermakna - kerana tiada seorang pun kanak-kanak yang ketinggalan dalam penjagaan, pendidikan dan cabaran yang sewajarnya. Tahap rangkuman ini dapat diwujudkan melalui penilaian am, pengumpulan yang fleksibel, serta melalui perkhidmatan EAL (Inggeris sebagai bahasa tambahan) dan guru Berkeperluan Khas terlatih, serta Pembantu Pembelajaran Peribadi (PLA) di bilik darjah sekolah rendah. Sebenarnya, terdapat bermacam perkara yang mungkin menyebabkan kanak-kanak memerlukan pembelajaran yang istimewa atau berbeza, di mana program Laluan Alternatif Nexus ( Nexus Alternative Pathway) merupakan satu lagi contoh komitmennya terhadap keterangkuman. Setiap pelajar berpeluang untuk maju, dan mereka masing-masing dicabar pada tahap yang sesuai.
Dalam era maklumat dan teknologi ini, kita dapat meningkatkan diri masing-masing ke tahap yang lebih tinggi dalam segala yang dilakukan melalui keinovatifan.Teknologi kian berkembang dan Nexus berhasrat untuk membantu pelajar bersaing dan maju ke hadapan dalam penggunaannya. Dari sudut pandangan Inovasi Nexus, aspek ini dicerminkan dalam tahap dan kualiti penyelidikan, invensi dan pembelajaran diarah diri. Para pelajar didorong supaya mengaplikasikan sepenuhnya peralatan yang disediakan agar mereka dapat meregangkan imaginasi masing-masing sambil meneroka, mendalami, mengkaji dan meneliti.
Persekitaran pembelajaran Nexus International School sangat inovatif, sehingga memperolehi pengiktirafan sebagai Apple Distinguished School oleh Apple Inc. Pasukan pengajar di Nexus juga telah mencipta nama untuk diri mereka sendiri, di mana mereka diiktiraf sebagai peneraju pendidikan antarabangsa yang mengutilisasikan teknologi sepenuhnya, dan dalam memperkayakan kehidupan pelajar mereka.
Program-program yang ditawarkan di Nexus International School termasuk International Early Years Curriculum (IEYC), International Primary Curriculum dan Middle School Programme, dengan pelajar menduduki Diploma IGCSE dan juga IB. Nexus International juga menawarkan program khusus seperti Beyond The Classroom, Nexus English Pathway dan Nexus Alternative Pathway Programme yang telah pun dihuraikan di dalam artikel ini.
Nexus amat komited kepada kejayaan pelajarnya, dengan kepercayaan bahawa setiap pelajar berpotensi untuk menyerlah dan mempersembahkan sesuatu yang hebat dalam kehidupan mereka. Terdapat pelbagai teknologi terkini yang digunakan bersama amalan pedagogi yang dikemas kini, di samping beberapa amalan pendidikan tradisional terpilih. Matlamat kesemuanya adalah membantu pelajar berkembang dalam persekitaran antarabangsa sebagai warganegara yang berteladan, yang bijak menyesuaikan diri, dan berkecapaian tinggi. Keluarga yang anak mereka terlibat dalam Nexus Way di sekolah terkenal ini pasti dapat menyaksikan sendiri perubahan nyata yang anak mereka dapat menyumbang kepada dunia ini.