by on 14/01/2020 2786
Tersorok di enklafnya yang tersendiri dengan pembangunan di sekeliling yang tidak pesat, Tadika MyGenius, Eco Sanctuary & Rimbayu sesuai sekali dengan namanya yang mendukung kehidupan bersama alam. Ketika tiba di sana, saya telah disambut mesra oleh En. Poh Pang Min, Pengasas dan Pemilik Bersama Kumpulan MyGenius Education, menerusi pintu masuk utama yang memiliki ciri keselamatan yang baik. En. Poh yang sebelum ini bekerja dengan Shell menekankan kepentingan menerima pakai budaya keselamatan untuk menggalakkan tingkah laku positif dalam kalangan kanak-kanak dan merangsang hasil perkembangan mereka yang optimum. Pusat yang berketinggian tiga tingkat ini memiliki suasana yang lapang dan fleksibel untuk pendidikan awal serta direka bentuk dengan baik, kondusif juga dilengkapi dengan staf, kaedah dan program berkualiti untuk anak anda–semuanya berpatutan dengan belanjawan anda! Oleh itu, para ibu bapa tidak perlu lagi berasa bimbang. Jika anda ingin melabur dalam perjalanan pembelajaran sepanjang hayat anak anda di sebuah pusat yang menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik kualitinya dengan bayaran berpatutan, Tadika MyGenius, Eco Sanctuary & Rimbayu adalah tempat yang anda cari-cari.
Di sini, personaliti, rasa ingin tahu dan keseronokan pelajar diraikan. Walaupun proses pembelajaran bagi setiap diri kanak-kanak itu berbeza, para guru memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menguasai sendiri pembelajaran mereka (pada masa yang sama memantau mereka). En. Poh menekankan bahawa Tadika MyGenius bukan sekadar mengambil para pendidik yang berdedikasi dengan kelayakan Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk bekerja, tetapi menerima mereka yang tidak memiliki kelayakan tersebut sebagai Pembantu Guru untuk mendidik dan melatih mereka melalui latihan teoretikal dan kemahiran metodologi yang secukupnya sebelum mereka sendiri mengambil tugas mengendalikan kanak-kanak. Dari aspek yang lain, kanak-kanak digalakkan untuk membina kepercayaan dalam proses komunikasi dengan orang lain melalui sifat baik, empati dan asertif. Kesabaran dan kemahiran yang hebat diperlukan untuk mengajarkan kualiti ini pada peringkat usia terbabit. Oleh itu, ia merupakan antara perkara paling penting sebagai seorang guru prasekolah.
Kurikulum kreatif di Tadika MyGenius adalah pendekatan bertema yang dirancang dengan teliti untuk pengajaran dan pembelajaran, direka bentuk untuk mendukung rasa ingin tahu semula jadi kanak-kanak dan merangsang kreativiti mereka. Ia menawarkan kepada kanak-kanak peluang untuk melakukan kerja secara mendalam, memberikan mereka masa yang mereka perlukan untuk membuat refleksi, menyepadukan dan membuat pemindahan ilmu yang mereka pelajari. Pada akhirnya, ini akan mendorong individu menjadi berdikari dan bertanggungjawab.
Kanak-kanak memerlukan pendedahan kepada semua aspek perkembangan–fizikal dan motor, bahasa, kognitif, sosial dan emosi. Justeru, tiada satu aspek pun yang lebih utama daripada yang lain. Kumpulan MyGenius Education menyediakan tiga program yang menyeluruh:
Program Tadika (3 hingga 6 tahun)
Jagaan Harian, Tuisyen dan Pengayaan (6 hingga 12 tahun)
Program Bahasa (4 hingga 15 tahun)
Terdapat 5 bidang fokus utama yang sangat ditekankan oleh Kumpulan MyGenius Education dan semuanya adalah bidang utama yang penting bagi perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Contohnya, bahasa tanpa keraguan mempunyai matlamat sosial yang penting, kerana ia digunakan terutamanya untuk komunikasi linguistik. Sementara itu, medium utama pembelajaran yang digunakan di Tadika MyGenius adalah bahasa Inggeris dan Mandarin, pelajar juga selalu didedahkan kepada penggunaan bahasa Malaysia dalam suasana formal dan tidak formal. Pusat ini mengiktiraf kepentingan menguasai bahasa memandangkan pelajarnya terdiri daripada pelbagai latar belakang, terutamanya apabila Malaysia merupakan masyarakat multibahasa, multibudaya dan multietnik.
Tanpa boleh disangkal lagi, bahasa Inggeris adalah salah satu bahasa paling meluas penggunaannya di dunia. Ia memainkan peranan besar yang menyebabkan orang ramai pasti tidak dapat mengelak daripada memberi perhatian tentangnya. Program Bahasa Inggeris GrapeSEED di Tadika MyGenius memainkan peranan sebagai cara pemerolehan bahasa yang inovatif untuk mengukuhkan bahasa melalui program mendengar yang kritikal secara interaktif dan melalui perbualan. Mempunyai asas pembelajaran bahasa Inggeris yang kukuh boleh meningkatkan keupayaan pembelajaran kanak-kanak tanpa mengira tempat pilihan mereka, sama ada di sekolah antarabangsa atau tempatan.
Program Mandarin Pendidikan Awal MyGenius mampu memberikan asas kukuh bahasa kepada kanak-kanak apabila mereka masuk ke peringkat pendidikan Rendah, khususnya untuk mereka yang memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Cina (SJKC). Kanak-kanak akan diajar cara untuk mengenal pasti aksara Cina, membaca, mendengar dan bertutur, selain mempunyai sebutan yang betul dalam bahasa Mandarin. Dari aspek penulisan, mereka akan dibimbing mengenai goresan (bi hua), susunan goresan (bi shun) dan radikal (bu shou).
Prasekolah membabitkan pembelajaran menerusi aktiviti terbuka dan permainan berstruktur untuk membantu kanak-kanak berkembang mengikut rentak masing-masing. Tadika ini telah membuat pelaburan dengan membina pusat 3 tingkat untuk menyediakan ruang yang mencukupi bagi pembelajaran bilik darjah formal, penerokaan kendiri berdasarkan tema, pembelajaran berasaskan pengalaman dan kedua-dua pengalaman pembelajaran dalam dan luar bilik darjah. Selain itu, Tadika MyGenius bermatlamat untuk menanamkan pendidikan moral yang baik dan pembinaan karakter dalam diri kanak-kanak sejak usia muda. Perkara yang bagus mengenai pusat ini ialah usaha ini lebih mudah kerana para gurunya akan berinteraksi dengan kanak-kanak secara kerap dan bermakna. Tambahan lagi, program lengkap di Tadika MyGenius selari dengan piawai pembelajaran dan pentaksiran yang benar.
Tadika MyGenius sangat hebat. Pusat ini merupakan permulaan ideal untuk kanak-kanak yang melalui perjalanan pendidikan mereka, tempat setiap anggota kakitangan prihatin mengenai setiap diri kanak-kanak dan keperluan mereka. Aktiviti yang dirancang mereka telah difikirkan dengan teliti dan beberapa aktiviti menyeronokkan turut diadakan manakala pada masa yang sama kanak-kanak memperoleh kemahiran baharu, selalunya tanpa mereka sendiri menyedarinya. Pusat ini menyeimbangkan kepentingan pembelajaran melalui penguasaan bahasa dan bermain dengan silibus (antara lain) dengan cara imaginatif untuk memastikan kanak-kanak terlibat dan gembira. Yakinlah anak anda akan dijaga oleh para pendidik berkelayakan tinggi dan berpengalaman serta dipersiap secukupnya untuk perjalanan pendidikan mereka yang seterusnya.