by on 18/06/2024 220
Sorotan Utama |
|
Terletak di kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang serba meriah, Miracle Tots Early Learning & Childcare Centre ialah sebuah pusat penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berpandukan falsafah 'educare' (pendidikan dan jagaan) dari Finland.
Terbuka kepada bayi berusia tiga bulan ke atas dan kanak-kanak sehingga umur empat tahun, pusat ini membekalkan persekitaran yang tenang dan aman, di mana minda anak-anak kecil dapat mencapai potensi maksima mereka.
Pendidikan awal kanak-kanak di Finland sememangnya terkenal di seluruh dunia kerana pendekatannya yang holistik dan kurang stres, yang menekankan bukan sahaja segi akademik tetapi perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak secara menyeluruh. Enam tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak merupakan tempoh yang paling formatif, oleh sebab itu, kurikulum Finland menekankan aktiviti berasaskan permaian dan pembelajaran yang mengikut tahap kemajuan individu itu sendiri.
Miracle Tots mengikuti falsafah-falsafah ini dengan tekun. Program pendidikan Finland yang ditawarkan di sini menggabungkan pendekatan belajar sambil bermain, di mana kanak-kanak dapat belajar melalui permainan sensori, aktiviti muzik, seni dan kraf, dan lain-lain cara meluahkan perasaan mereka, sama ada secara lisan atau fizikal.
Kelas-kelas yang seronok berpandukan matlamat pembelajaran yang tertentu. Kanak-kanak tidak hanya menghafal tetapi menimba ilmu secara konstruktif dan aktif melalui penerokaan, eksperimen, dan pembelajaran berasaskan projek, di bawah bimbingan guru-guru mereka.
Pendekatan yang mementingkan kesejahteraan kanak-kanak amat penting dalam membina daya kreativiti dan pemikiran kritis mereka, di samping membantu mengembangkan penguasaan bahasa, matematik, dan sains mereka. Pendekatan-pendekatan ini mungkin lebih berkesan dari cara-cara pendidikan tradisional.
Miracle Tots menawarkan program jagaan harian penuh untuk kumpulan bayi (3 - 15 bulan), dan program separuh hari atau sepenuh hari untuk kumpulan toddler (16 bulan - 2 tahun), playschool (2-3 tahun), dan prasekolah (3-4 tahun). Pusat ini mengekalkan nisbah penjaga ke kanak-kanak yang rendah bagi memastikan mereka mendapat perhatian dan sokongan yang rapi.
Khidmat penjagaan bayi tidak hanya merangkumi keperluan asas, tetapi juga menerapkan muzik dan pergerakan, sesi bercerita, dan aktiviti sensori untuk merangsangkan deria dan membina daya motor halus mereka, memastikan kanak-kanak mencapai matlamat perkembangan dengan sempurna.
Guru-guru di pusat ini mempunyai kelayakan profesional, tetapi selain itu, mereka juga amat berdedikasi dan berasa gembira apabila dapat memupuk dan mendidik kanak-kanak tersebut menjadi individu yang terserlah. Penggunaan HEI Schools Toolkit dari Finland memberi panduan kepada guru-guru di sini dalam membuat pelan pengajaran yang merangkumi aktiviti yang berstruktur dan mengayakan.
Pada masa yang sama, kurikulum juga merangkumi elemen tempatan yang meraikan semangat muhibbah Malaysia, dan mengajar kanak-kanak tentang masyarakat majmuk di negara ini.
Ibubapa senang berkomunikasi dengan pihak sekolah melalui applikasi mobil, di mana mereka boleh menerima kemas kini terkini. Pihak Miracle Tots juga membekalkan nasihat untuk ibubapa tentang penjagaan dan pendidikan anak-anak mereka, membina hubungan yang akrab di antara kedua-dua pihak sekaligus menyokong mereka yang pertama kali bergelar ibubapa.
Miracle Tots mempunyai reka bentuk khas yang menjadikannya lain daripada yang lain. Kajian terkini menunjukkan bahawa warna-warna dan persekitaran yang tenang dapat membantu kanak-kanak meningkatkan fungsi kognitif mereka, di samping membantu mereka menumpukan perhatian.
Reka bentuk pusat ini sememangnya teserlah sebaik sahaja melangkah masuk ke premis mereka, dengan warna tona bumi penggunaan kayu di setiap pelosok pusat jagaan ini. Reka bentuk ini sangat selesa dipandang mata dan mewujudkan suasana seperti rumah - sangat berbeza dengan pusat-pusat jagaan yang lain, terutamanya yang tradisional dan lebih berwarna-warni.
Pusat ini terdiri daripada tiga tingkat. Setiap tingkat direka khas untuk kumpulan umur yang berlainan dengan ruangan yang sesuai untuk aktiviti mereka. Tingkat paling bawah khas untuk bayi dan dilengkapi dengan katil tidur yang selesa, dan ruang permainan yang dilapis bahan lembut. Muzik yang dimainkan juga lembut dan mewujudkan suasana yang tenang.
Tingkat dua pula untuk kanak-kanak 16 bulan ke atas dan direka dengan konsep terbuka. Reka bentuk ini mempunyai dua fungsi: kanak-kanak boleh belajar tentang disiplin dan mengikut sempadan dalam ruang masing-masing, tetapi pada masa yang sama, mereka juga boleh bergaul dengan kumpulan umur yang lain untuk aktiviti-aktiviti tertentu, menerapkan rasa empati dan membantu perkembangan sosio-emosi mereka.
Tingkat ini juga dilengkapi dengan cermin yang besar dengan pemandangan hijau yang amat cantik, jadi kanak-kanak berasa seolah-olah mereka di luar walaupun mereka sebenarnya di dalam ruang berhawa dingin yang selesa. Kemudahan-kemudahan lain di sini termasuklah bilik messy play, lengkap dengan rak yang dipenuhi blok kayu yang boleh dijadikan projek binaan mereka sendiri.
Manakala tingkat atas pula terdiri daripada kawasan aktiviti dan permainan yang luas, dilengkapi dengan dinding memanjat, dinding sensori yang panjang, dan set taman permainan dalaman yang besar. Sebuah pentas di sudut sesuai untuk sesi bercerita, persembahan, dan permainan peranan.
Aspek keselamatan dan kebersihan dititikberatkan di Miracle Tots. Setiap sudut dilengkapi dengan CCTV. Selain pagar keselamatan, ruang tangga juga dilengkapi dengan alat pemegang yang sesuai untuk ketinggian kanak-kanak, yang jelas menunjukkan kepada pihak Kiddy123 betapa komitednya pusat ini terhadap aspek-aspek keselamatan.
Makanan untuk kanak-kanak dimasak segar setiap hari dan kandungannya pula seimbang dengan keperluan nutrisi. Miracle Tots juga menggunakan sistem unik bergelar Sistem Sanitasi Udara Ozon. Teknologi ini menukarkan air kepada ozon (O3) yang selamat diguanakan untuk sanitasi udara. Sistem ini juga mempunyai ciri-ciri antimikrob dan antibakteria, mengurangkan risiko penyakit dan memastikan kanak-kanak dapat menikmati persekitaran yang selamat dan bersih sepenuhnya.
Miracle Tots adalah salah satu daripada bilangan kecil pusat-pusat jagaan di KL yang menawarkan program Finland. Komitmentnya terhadap membekalkan pengalaman pembelajaran yang hebat tidak sahaja merangkumi kurikulumnya, tetapi juga persekitaran yang selamat dan bersih, suasana yang selesa dan tenang, dan juga falsafahnya, di mana setiap kanak-kanak dilihat sebagai keajaiban yang unik, sedia untuk meneroka, belajar, dan berkembang dalam dunia yang pesat berubah.