by on 25/07/2024 130
Sorotan Utama |
|
Melody Kindyland merupakan nama yang dikenali dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, terutamanya di Pulau Pinang di mana jenama ini telah bertapak sejak tahun 1992.
Selama lebih 30 tahun, misi mereka adalah untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi dalam diri masing-masing, dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak melalui rasa cinta dan sayang terhadap ilmu. Jenama ini telah berkembang ke Lembah Kelang pada tahun 2018, dan membuka cawangan-cawangan di Puchong, Bangsar South, dan Kota Kemuning.
Cawangan terbarunya, Melody Kindyland USJ Taipan, dibuka pada tahun 2023 di tapak komersial USJ Taipan; membekalkan keluarga-keluarga tempatan dengan pilihan prasekolah yang bagus dan bertumpuan kepada perkembangan holistik kanak-kanak menjadi pelajar abad ke-21 yang berkemampuan.
Ruang Melody Kindyland USJ Taipan merangkumi dua lot kedai bertingkat tiga, dengan rekaan dalaman yang sangat cantik dan kondusif untuk kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun. .
Kami disapa mesra oleh pengetua sekolah, Cik Khai Ling, dan beliau menekankan kepentingan keselamatan dan kebersihan di premis ini, dengan meminta kami membasuh dan melakukan sanitasi tangan sebelum melangkah masuk ke premis sekolah.
Keperincian ini menunjukkan dedikasi pihak sekolah dalam memastikan kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yang sempurna di sekolah. Kanak-kanak diasingkan mengikut umur mereka bagi memudahkan proses 'contact tracing', dan mereka melakukan pengambilan suhu badan dan semakan kesihatan setiap hari sebelum kanak-kanak masuk ke sekolah.
Permukaan dan bahan-bahan di sini semuanya diurus rapi dan sangat bersih, manakala perabot dan kemudahan-kemudahan yang tersedia disesuaikan dengan saiz dan ketinggian kanak-kanak. Selain itu, kawasan-kawasan umum dilengkapi dengan CCTV. Ruang yang terbuka dan persekitaran yang cerah mewujudkan suasana yang mengalu-alukan, membekalkan kanak-kanak dengan ruang yang sesuai untuk bermain, belajar, dan bersosial.
Falsafah pelajaran di Melody Kindyland terdiri daripada empat tunjang, iaitu:
A strong Asas Akademik , bukan sahaja merangkumi asas literasi dan matematik, tetapi juga pemupukan aspek yang lain seperti daya pemikiran kritis dan komunikasi yang efektif.
Kreativiti, Inovasi, dan Penyesuaian Diri melalui kurikulum pelbagai disiplin S.T.R.E.A.M, iaitu Sains, Teknologi, Membaca dan Menulis (Reading & wRiting), Kejuruteraan (Engineering), Seni (Arts) dan Matematik. Kanak-kanak diberi banyak peluang untuk meneroka dan belajar secara hands-on.
Kewarganegaraan Global (Global Citizenry) & Pendidikan Karakter , di mana kanak-kanak diajar nilai-nilai murni seperti maruah diri, dan dibimbing menjadi individu yang penyayang, adil, dan bertanggungjawab, tidak kira di mana mereka berada.
Persekitaran pembelajaran yang Kondusif, berasasakan konsep i-Melody yang merangkumi tujuh sudut belajar, setiap satunya direka khas untuk membantu mengembangkan kanak-kanak dalam aspek tertentu. Contohnya, Ruang Pencipta (Inventor Space), Ruang Matematik (Math Space), Ruang Penerokaan (Exploratory Space), Ruang Literasi (Literacy Space), Ruang Orkestra (Orchestra Space), Ruang Penemuan (Discovery Space - S.T.R.E.A.M, robotik, dan koding) dan juga Ruang Yay! (Yay!Space - permainan dan aktiviti fizikal)
Salah satu ciri menonjol di sekolah ini adalah ruang semi-terbukanya di tingkat pertama yang dilindung dari cuaca panas dan hujan, tetapi masih mempunyai reka bentuk yang terbuka. Ruang ini sangat sesuai untuk aktiviti seperti permainan air dan tepung, yang penting untuk perkembangan sensori kanak-kanak.
Dari segi kurikulum sekolah pula, ia diperkenalkan secara berperingkat supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri mengikut tahap masing-masing. Kanak-kanak yang lebih kecil akan belajar melalui pendekatan berasaskan permainan dengan aktiviti hands-on yang dapat mengembangkan deria-deria mereka.
Tema-tema ini berterusan dalam program untuk kanak-kanak tiga tahun, di mana tumpuan akan diberikan kepada penyediaan kemahiran asas seperti menulis, fonik, konsep matematik yang asas, kemahiran saintifik asas, dan tingkah laku prosocial. Apabila kanak-kanak bergerak ke tahap seterusnya, mereka diperkenalkan kepada matapelajaran seperti Bahasa Melayu, Cambridge English, dan Mandarin, dengan tumpuan yang lebih banyak diberikan kepada akademik, tetapi masih diintegrasikan dengan pembelajaran hands-on, supaya kanak-kanak dapat berkembang secara holistik di samping bersedia untuk pelajaran sekolah rendah.
Berkat pendekatan yang seimbang ini, kanak-kanak senang untuk menyesuaikan diri sama ada di sekolah kebangsaan mahupun sekolah antarabangsa. Lebih pentingnya, ia memupuk pemahaman dan rasa cinta terhadap ilmu yang mendalam, yang amat penting untuk kejayaan masa hadapan mereka.
Melody Kindyland USJ Taipan menawarkan program separuh hari dan sepenuh hari, selain aktiviti-aktiviti pengayaan selepas waktu sekolah seperti tarian ballet, papan kekunci, dan kelas Taekwondo. Dua kali setahun, sekolah mengadakan rombongan sambil belajar ke tempat-tempat seperti ladang sayur-sayuran.
Aspek lain yang membezakan sekolah ini adalah komitmen mereka terhadap membina hubungan yang kuat di antara pihak sekolah, guru-guru, dan ibubapa. Melody Kindyland faham bahawa membesarkan seorang kaank-kanak bukan tugasan yang mudah, dan ia merupakan kerjasama yang kolektif bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang paling baik bagi kanak-kanak semasa tahun-tahun awal yang penting ini.
Selain mengemas kini ibubapa tentang progres anak-anak mereka setiap minggu melalui applikasi LittleLives, sekolah juga mengadakan perjumpaan ibubapa dan program-program di mana mereka menjemput penceramah dan pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak untuk berkongsi ilmu.
"Harapan kami adalah untuk berkongsi ilmu dengan ibubapa dan mewujudkan rangkaian sokongan yang kuat," kata Cik Khai Ling. "Ibubapa harus terlibat dalam proses pembelajaran anak-anak mereka, dan menerusi sesi-sesi seperti ini, kami dapat membantu mereka juga. Budaya sekolah kami mengalakkan perpaduan, rasa cinta dan sayang, serta hormat-menghormati. Nilai penting kami iaitu UPLIFTING (Unity, Professionalism, Love, Innovation, Friendliness, Truth, Inclusiveness, Global Minded)mewujudkan suasana dan persekitaran yang positif dan gembira untuk staf dan juga pelajar-pelajar kami," kata beliau lagi.