by on 27/02/2024 1868
Sorotan Utama |
|
Mellodate Music Academy di Desa Park City, Kepong adalah sebuah akademi muzik yang menawarkan pelbagai kursus muzik, termasuklah Program Pengayaan Awal Kanak-kanak seawal 18 bulan hingga 6 tahun, dan juga kelas muzik piano/papan nada (keyboard), gitar, dram, biola, ukelele, dan nyanyian untuk pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, dan juga dewasa.
Akademi ini ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Priscilla Chan, yang mempunyai pengalaman melebihi 15 tahun dalam pendidikan muzik awal kanak-kanak. Chan juga diiktiraf sebagai pendidik muzik Pendidikan Awal & Rendah dari Kodály Music Education Institute of Australia, dan juga seorang ahli “Associate” Trinity College of London dalam Persembahan Piano.
Bukan sekadar akademi muzik, Mellodate merupakan sebuah tempat pembelajaran yang dinamik, di mana rakan-rakan boleh membuat ‘temujanji’ untuk belajar dan bermain muzik bersama-sama melalui sesi “jamming” yang kreatif dan menyeronokkan. Tenaga pengajar di Mellodate dipilih bukan sahaja kerana mereka boleh menanam rasa cinta terhadap ilmu dalam kalangan pelajar, tetapi juga atas kelayakan yang relevan dalam bidang muzik. Semua pendidik Mellodate memegang ijazah sarjana muda atau kelayakan yang lebih tinggi, dengan pengalaman minima lapan tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Di Mellodate, mereka tidak sahaja mengutamakan kelas formal untuk mendapatkan sijil, tetapi juga menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar mereka, seperti ciri saling menghormati, keazaman, dan membina keyakinan diri. Matlamat-matlamat ini dicapai melalui kelas berstruktur dan juga sesi ‘jamming’ secara spontan.
Sukatan pelajaran di Mellodate adalah berdasarkan sistem pemarkahan dan matlamat pembelajaran yang berlandaskan The Associated Board of the Royal School of Music (ABRSM), Trinity College of London (TCL) dan Rockschool (RSL). Guru-guru Mellodate menggabungkan pendekatan tradisional ini dengan kaedah pengajaran moden dan terkini agar pendidikan muzik sentiasa menarik untuk pelajar mereka.
Salah satu ciri unik akademi ini adalah tumpuan yang diberikan terhadap muzik jenis klasikal dan juga pop yang lebih moden. Kajian menunjukkan bahawa bayi seawal umur tiga bulan mampu mengenalpasti struktur muzik dan perbezaan antara muzik klasikal, yang membantu mereka mengembangkan daya penyelesaian masalah mereka.
Muzik pop pula boleh memberi impak positif kepada kanak-kanak dan remaja, memupuk rasa gembira dan juga menanamkan rasa keyakinan. Oleh itu, kombinasi muzik klasikal dan pop memberi manfaat holistik kepada emosi dan intelek pelajar.
Program Joy Music Art adalah sebuah kursus yang direka khas untuk kanak-kanak berumur 18 bulan hingga enam tahun. Kursus inovatif ini menggabungkan muzik, seni, dan unsur-unsur lain untuk mengalakkan kanak-kanak untuk meneroka persekitaran mereka dengan cara yang terbuka dan kreatif.
Selain memupuk perkembangan emosi dan Kemahiran fizikal mereka, Joy Music Art juga boleh meningkatkan daya ingatan dan koordinasi kanak-kanak, membina daya imaginasi, sifat ingin tahu, serta keyakinan diri mereka. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang muzik, Joy Music Art membina asas muzik yang kukuh supaya kanak-kanak dapat mempelajari alat muzik secara lebih mendalam lagi di masa hadapan.
Mellodate menawarkan pelbagai kursus yang tidak terhad kepada kelas untuk kanak-kanak; orang dewasa juga boleh turut serta. Di akademi Mellodate, mereka percaya bahawa sikap ingin menambah ilmu tidak terhad mengikut umur seorang pelajar. Oleh itu, program mereka direka khas untuk mewujudkan perjalanan pembelajaran yang sesuai untuk semua pelajar, tidak mengambil kira umur mereka. Kursus-kursus di Mellodate termasuklah:
Direka khas untuk semua peringkat umur, kursus dram Melllodate sesuai untuk mereka yang baru sahaja mempelajari dram dan juga pelajar yang lebih berpengalaman, yang ingin meningkatkan skil mereka. Kursus ini diajar oleh guru yang akan memberi bimbingan peribadi, di mana pelajar akan mempelajari teknik penting, pelbagai irama, serta cara untuk meluahkan eskpresi melalui dram.
Kursus yang berstruktur ini adalah sebuah program yang progresif, mengajar kemahiran bermain, tatatanda (notation), imlak ritma (rhythmic dictation), sight reading (membaca nota muzik secara spontan) dan komposisi oleh pelbagai composer. Pelajar akan menguasai teknik-teknik asas dan cara untuk meluahkan ekspresi secara dinamik dan juga mencipta repertoir mereka sendiri. Selain daripada lagu klasikal, pelajar juga boleh belajar untuk bermain lagu pop kegemaran mereka menggunakan piano juga.
Kursus ini direka khas untuk pelajar dari pelbagai peringkat umur dan skil, dan merangkumi pembelajaran lagu klasik dengan moden. Pelajar baru akan membina asas yang kukuh melalui latihan memegang biola, manakala pelajar yang berpengalaman boleh meningkatkan skil mereka untuk mempersembahkan melodi yang lebih rumit dan indah.
Sama ada anda menyukai bunyi gitar yang mengasyikkan, atau irama ukulele yang membangkitkan rasa ceria, kursus di Mellodate akan membantu membina teknik asas yang kukuh, di samping belajar progres bermain ‘chord’ dan juga menggubal lagu sendiri.
Kelas nyayian dibimbing guru-guru yang berpengalaman, yang akan mengajar kawalan pernafasan, dinamik vocal, dan cara untuk membuat interprasi sendiri—bagi mengalakkan para pelajar untuk mencari suara mereka yang tersendiri serta mempersembahkan nyanyian mereka dengan yakin dan penuh emosi.
Tingkatkan perjalanan muzik anda di Mellodate Music Academy, di mana tradisi dan inovasi bergabung untuk pengalaman pembelajaran yang tidak berbanding.Jurulatih muzik yang bekelayakan tinggi memberi bimbingan peribadi, memupuk bukan sahaja kemahiran muzik tetapi juga kemahiran kehidupan penting seperti keyakinan dan kecekalan.
Dari pengayaan (enrichment) awal kanak-kanak kepada pelbagai kelas instrument untuk semua peringkat umur, kurikulum Meollodate memenuhi minat yang berlainan. Program unik seperti Joy MusicArt menunjukkan komitmen mereka kepada pembelajaran yang inovatif dan holistik.
Dengan berasaskan sistem gred yang diiktiraf, kurikulum Mellodate menggabungkan kaedah tradisional dengan pendekatan pendidikan moden, memastikan pengalaman pembelajaran yang komprehensif dan menyenangkan.
Selain aspek pendidikan, Mellodate juga merupakan sebuah komuniti di mana rakan-rakan boleh berkumpul semasa sesi “jamming” kreatif, memupuk semangat persahabatan dalam muzik. Ditubuhkan oleh Priscilla Chan, Mellodate memaparkan semangat cintanya terhadap pendidikan muzik awal kanak-kanak, menjadikan Mellodate sebuah tempat di mana muzik menjadi sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak yang dihargai.
Sertai Mellodate Music Academy dan mulakan perjalanan muzik anda yang dipenuhi rasa cinta terhadap muzik dan pekembangan peribadi.
Kursus muzik Mellodate sesuai untuk semua usia dan mengalakkan perkembangan segala aspek kehidupan, bukan sahaja muzik semata-mata. Dapatkan maklumat lanjut dan daftar sekarang!