by on 29/11/2023 367
Sorotan Utama |
|
Diasaskan oleh Cik Lianne Chan, Little Creche Subang Jaya bersedia untuk mara sebagai prasekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak kesukaan ramai di Lembah Klang. Ia merupakan cawangan yang terbaru, dengan dua lagi cawangan yang berlokasi di Bukit Jalil. Kiddy123 amat berbesar hati dapat bertemu bual dengan pengasas dan kakaknya Lishanne untuk mengetahui lebih lanjut tentang prasekolah ini yang telah berjaya menambat hati ramai keluarga.
Little Creche jauh berbeza dengan prasekolah standard di mana pelajar diberi maklumat dengan hanya mendengar guru mereka yang berdiri di tepi papan tulis. Segala-galanya tentang prasekolah ini adalah unik, termasuk namanya, yang membawa maksud taska, atau tempat menjaga anak kecil semasa ibu bapa mereka bekerja. Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh Little Creche juga agak istimewa, dan sangat relevan dalam menyampaikan keperluan pembelajaran kanak-kanak masa kini.
“Kami mendapati bahawa cara pengajaran prasekolah tradisional, di mana guru bercakap di hadapan kelas dan pelajar hanya mendengar dan menyerap maklumat, sudah lapuk. Sebaliknya, tumpuan kami adalah pada aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dan pembelajaran berasaskan pengalaman, yang membolehkan kanak-kanak mengalami dan memahami sesuatu aktiviti, sebelum meneruskan untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya,” kongsi Lishanne. Dalam lain kata, kanak-kanak dapat pengalaman membelajar dan memperoleh pengetahuan mereka secara hands-on, membantu mereka dengan pemikiran kritis, kemahiran menganalisis serta kemahiran menyelesaikan masalah.
Sambil memberikan perhatian yang sewajarnya kepada akademik supaya pelajar kecil dapat bersiap-sedia untuk ke sekolah rendah, tumpuan juga diberikan pada pembinaan watak kanak-kanak untuk membantu mereka berkembang sebagai individu yang bersopan santun, baik dan tegas, yang tahu nilai belas kasihan dan tidak mementingkan diri. Selain daripada dibimbing secara langsung dalam nilai murni ini oleh guru dan kakitangan mereka, aktiviti yang disusun untuk mereka juga membantu menyemai nilai-nilai yang tinggi dalam diri mereka di samping membina tabiat dan amalan hidup yang patut dicontohi.
Kedua-dua Cik Lianne dan Cik Lishanne menyuarakan bahawa kanak-kanak kecil hari ini memerlukan pendedahan yang lebih kepada amalan kehidupan yang bermanfaat, seperti membaca buku. Di Little Creche, walau pun kanak-kanak masih terlalu muda untuk membaca; guru tetap akan memegang buku untuk mereka berlatih menyelak muka surat. Akhirnya, mereka akan membina minat terhadap buku dan memintanya dengan sendiri. Demikian baru satu contoh bagaimana Little Creche beralih daripada model tradisional penjagaan taska dan pengajaran prasekolah, dan memilih pula untuk memberi perhatian lebih kepada keperluan pembelajaran kanak-kanak yang lebih penting pada masa ini. Prasekolah ini bermatlamat untuk membantu para si-kecil membesar dan berkembang menjadi golongan pemuda-pemudi yang patut dicontohi, dengan visi yang baik, dan bersedia untuk menyahut cabaran masa depan.
Menempatkan kanak-kanak dalam bilik darjah yang kecil dan dengan rakan-rakan yang seumur dengan mereka dapat membantu mereka belajar dan berkembang pada kadar yang selesa. Bayi dan kanak-kanak kecil yang berumur antara 18 bulan dan 3 tahun, sebagai contoh, dikumpulkan ke dalam Playgroup 1, di mana mereka akan membina dan melatih kemahiran-kemahiran motor yang penting. Mereka juga akan berpeluang untuk melatih koordinasi tangan-mata mereka melalui aktiviti-aktiviti tertentu.
Dalam Playgroup 2, keperluan kanak-kanak berumur 3 tahun dapat dipenuhi, di mana mereka dapat membina kemahiran motor kasar serta kemahiran komunikasi mereka. Dalam kumpulan pembelajaran ini, kanak-kanak juga dibimbing untuk menjadi pendengar yang lebih baik dan juga untuk mengikut arahan dengan baik. Kanak-kanak juga akan belajar cara-cara untuk meluahkan perasaan, menyampaikan fikiran mereka dan juga menyatakan keperluan mereka.
Kelas Pra-Tadika Little Creche imemperkenalkan kanak-kanak berumur 4 tahun kepada pelajaran asas akademik. Para si-kecil juga dapat membina kemahiran komunikasi dan sosial mereka
Tadika 1 memperkenalkan kanak-kanak berumur 5 tahun kepada program pembelajaran Pra-Rendah. Mereka juga akan membina kemahiran penumpuan, koordinasi dan juga kemahiran menyelesaikan masalah mereka. Mereka juga belajar berdikari dengan melakukan tugas-tugas yang mudah.
Kanak-kanak yang berumur 6 tahun akan mula membiasakan diri membelajar dalam persekitaran yang lebih tersusun di Tadika 2. Metodologi pengajaran Little Creche akan memastikan pelajaran tetap menyeronokkan bagi kanak-kanak tanpa akademik yang berlebihan, dengan juga kerja rumah yang minimum.
Bilik-bilik darjah di Little Creche dikekalkan kecil dan mudah diurus, untuk memudahkan tugas guru untuk menyampaikan kurikulum dengan lebih efektif. Bilik darjah yang bersaiz kecil juga membolehkan perhatian yang lebih peribadi diberikan kepada pelajar.
“Kanak-kanak sentiasa dilibatkan dalam perbincangan, dan digalakkan untuk membuat kesimpulan sendiri tentang perkara-perkara tertentu. Guru kemudiannya akan membimbing mereka dengan sewajarnya. Antara matlamat prasekolah adalah untuk membantu kanak-kanak membina keyakinan diri masing-masing untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, dan untuk mencapai potensi sebenar mereka."
~ Ms Lishanne Chan ~
Seperti yang telah sedia dimaklum, sesebuah prasekolah mungkin mempunyai kurikulum terbaik dan kemudahan yang canggih, tetapi tanpa guru yang hebat, ia tidak akan berjaya dalam matlamatnya. Di Little Creche, perhatian yang sewajarnya diberikan bukan sahaja pada kelayakan calon guru, tetapi juga kualiti yang mereka miliki, seperti sikap penyayang, personaliti yang mesra, dan semangat untuk mendidik kumpulan umur yang paling muda dan cerdik ini. Guru juga sentiasa dikemas kini dengan metodologi pengajaran terkini melalui latihan serta penilaian prestasi yang kerap.
Taman hidroponik kini sedang dibina di prasekolah ini, berserta kolam renang, bilik muzik, dapur, pantri, dan juga ruang makan. Selain itu terdapat juga taman permainan luar, kolam ikan luar, kawasan berkebun luar, peruntukan untuk permainan messy-play di luar, ruang main gaya gim dan banyak lagi. Satu ciri yang sangat istimewa di Little Creche ialah perpustakaannya yang khas untuk sumber-sumber hutan, yang dikenali sebagai forest resource library. Ia pada asasnya adalah tempat di mana pelajar-pelajar muda telah menyimpan barang-barang yang telah dikumpul dari 'alam semula jadi' seperti daun, ranting, bunga, batu, dan lain lain. Barang-barang ini boleh diambil dari perpustakaan khas ini dan digunakan untuk pelajaran seni dan kraf mereka! Bukankah kita dah katakan bahawa ia istimewa sekali?