by on 06/01/2025 2002
Sorotan Utama |
|
Sebagai ibubapa, memilih prasekolah yang baik untuk anak anda merupakan sesuatu yang amat penting. Di Leo Preschool. Putra Heights, ibubapa boleh berasa lega dengan pengetahuan bahawa tempat ini memupuk perkembangan kanak-kanak dari usia 6 bulan hingga 6 tahun dan mengalakkan mereka untuk meneroka, belajar, dan berkembang menjadi individu yang yakin dan mampu.
Di bawah pimpinan pengetua sekolah Cik Irene dan tenaga pengajar yang berdedikasi, Leo Preschool menggabungkan pendekatan pendidikan yang moden dengan nilai-nilai tradisional, bagi mewujudkan persekitaran di mana kanak-kanak boleh merasa dihargai dan disokong.
Leo Preschool menawarkan pelbagai program yang memudahkan untuk keluarga. Program separuh hari berlangsung dari pukul 8.15 pagi hingga 12.15 petang, manakala program seharian pula berlangsung sehingga jam 6 petang, memudahkan ibubapa yang sibuk bekerja.
Kurikulum di sini mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), digabungkan dengan pendekatan Montessodi dan aktiviti pelajaran praktikal bagi memastikan kanak-kanak berasa seronok untuk belajar. Dari usia yang muda lagi, kanak-kanak terdedah kepada matapelajarn seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, dan Matematik melalui kelas yang interaktif dan aktiviti penerokaan yang berasaskan permainan.
Salah satu ciri unggul di sini adalah Program Smart Language, sebuah program fonik yang direka oleh pihak Leo Preschool sendiri, yang memperkenalkan kanak-kanak semuda 3 tahun kepada asas bahasa Inggeris. Apbila mereka berusia 6 tahun, kanak-kanak yakin dalam membaca, membuat ayat, dan sedia untuk alam sekolah rendah, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, mahupun sekolah antarabangsa seperti laluan IGCSE.
Kumpulan umur yang muda didedahkan kepada aktiviti seperti menulis menggunakan jari di dalam pasir bagi meningkatkan daya motor dan genggaman pensel mereka, sebelum bergerak ke aktiviti yang lebih rumit bagi memupuk keyakinan dalam diri mereka. Sementara itu, kelas tematik, seperti meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia dan belajar tentang proses kitaran semula, membantu kanak-kanak mengaitkan konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan senario di dunia sebenar.
Setiap hari bermula dengan aktiviti 'ice breaking' atau 'circle time', membolehkan kanak-kanak berkongsi pengalaman dan meningkatkan daya komunikasi mereka. Perhimpunan sekolah diadakan setiap hari Isnin, manakala hari-hari yang lain pula dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti tarian dan nyanyian.
Dari jam 8.15 pagi, kanak-kanak mula belajar matapelajaran seperti Maandarin, suku kata, dan seni dan kraf. Tetapi mereka tidak sahaja membelek buku, kerana guru-guru Leo Preschool menggunakan cara kreatif untuk membantu murid-murid menyerap pengajaran dengan lebih mudah, melalui aktiviti seperti memadankan huruf besar dan kecil, sesi bercerita, dan eksperimen sains untuk mendalami dengan lebih lanjut konsep seperti nyahbeku dan pencairan.
Pada waktu petang, kanak-kanak boleh menyertai kelas pengayaan seperti kelas bahasa, robotik, muzik, dan Taekwondo, jadi membolehkan mereka mengasah bakat dan memupuk minat masing-masing.
Pendidikan tidak merangkumi akademik semata-mata, tetapi perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Oleh sebab itu, Leo Preschool menerapkan aktiviti kemahiran hidup sebagai salah satu aspek utama dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Tugasan seperti membawa beg sendiri, membasuh tangan, kitar semular, dan berbaris memupuk rasa tanggungjawab dan disiplin dari usia yang muda.
Sokongan dari rakan sebaya turut membantu: kanak-kanak biasanya lebih cenderung melakukan sesuatu jika mereka melihat rakan-rakan mereka juga dapat melakukan tugasan yang sama, dan ia memberi motivasi kepada mereka untuk menjadi lebih berdikari.
Keselamatan dan kebersihan dititikberatkan di Leo Preschool. Premis sekolah sentiasa selamat dengan pintu yang dikunci, CCTV, dan guru-guru yang terlatih dalam bantuan kecemasan. Bagi memastikan persekitaran yang bersih, sekolah mengikut protokol kebersihan yang tegas, termasuklah pembersihan harian dan setiap minggu.
Ruang-ruang sekolah yang luas direka khas untuk mengalakkan pembelajaran dan permainan. Ruang utama terdiri daripada pentas yang besar di mana kanak-kanak boleh melakukan persembahan dan meluahkan perasaan diri. Manakala bilik-bilik darjah pula lengkap dengan sudut belajar untuk literasi, seni dan kraf, dan terdapat juga taman permainan luar dan kolam renang untuk aktiviti fizikal dan penerokaan.
Ciri apa yang paling disukai kanak-kanak? Bas sekolah di luar yang telah diubahsuai menjadi perupstakaan yang selesa, di mana kanak-kanak boleh membaca cerita di dalam ruang yang cantik.
Guru-guru merupakan tunjang di Leo Preschool. Ahli-ahli staf dipilih dengan teliti atas kelayakan dan pengalaman, dan mereka harus juga memiliki sifat yang penyayang. Guru-guru dilatih di My Business Academy, sebuah sekolah vokasional yang diiktiraf kerajaan Malaysia dan terkenal dengan program pendidikan awal kanak-kanaknya. Oleh sebab itu, guru-guru di sini dilengkapi dengan kemahiran yang perlu untuk mereka pengalaman pendidikan yang sesuai untuk lapisan umur yang berlainan. Penjaga di Leo Preschool juga memiliki sijil Kursus Asuhan Permata (KAP)
Nisbah guru ke pelajar yang rendah iaitu 1:3 untuk Taska dan 1:10 untuk Tadika memastikan setiap kanak-kanak menerima perhatian yang secukupnya. Nisbah bilik darjah yang kecil juga membolehkan guru-guru membina hubungan yang erat dengan kanak-kanak, memudahkan mereka untuk membuat perhatian tentang kekuatan dan kelemahan pelajar tersebut.
Komunikasi dengan ibubapa ialah aspek yang penting, dan pihak sekolah selalu mengemas kini ibubapa melalui WhatsApp atau buku log, bergantung kepada kumpulan umur kanak-kanak. Dua kali setahun, mesyuarat ibubapa-guru akan diadakan untuk membincangkan progres anak-anak secara teliti. Pihak sekolah juga menganjurkan acara seperti Hari Sukan, konsert tahunan, dan rombongan sambil belajar, kadangkala melibatkan ibubapa dalam aktiviti-aktiviti tersebut.
Walaupun dengan kemudahan dan standard pendidikan yang mantap, Leo Preschool mengekalkan yuran yang mampu. Ini adalah salah satu sebab mengapa ia menjadi pilihan utama untuk ibubapa, di mana mereka boleh percaya bahawa anak-anak mereka belajar dengan seronok setiap hari. Dengan kelas yang interaktif, aktiviti yang menggayakan, dan guru-guru yang berdedikasi, prasekolah ini menawarkan pengalaman pendidikan yang holistik yang menyediakan kanak-kanak untuk alam sekolah dan juga kehidupan.