by on 08/02/2018 1710
Kitakids Preschool merupakan sebuah prasekolah yang terletak secara strategik di dalam Plaza Damas 3 yang baharu di Sri Hartamas.
Setibanya saya di sana, saya terkejut melihat pemandangan yang amat mengagumkan dari tempat saya berdiri, betul-betul di luar Kitakids. Saya terpegun seketika melihat istana Yang Dipertuan Agung dan lamannya tersergam indah di depan mata saya.
Kitakids Preschool di Plaza Damas 3 diuruskan oleh orang yang sama yang menguruskan Kitakids yang terkenal dan yang lebih lama ditubuhkan di Bangsar.
Soalan: “Berdasarkan kejayaan Kitakids Preschool di Bangsar, jelas bahawa anda telah berjaya menyampaikan pendidikan prasekolah holistik kepada penduduk di sekitarnya. Mengapa anda mengambil masa yang begitu lama untuk membawa jenama pendidikan prasekolah anda ke Sri Hartamas? Dan mengapa anda memilih Sri Hartamas?”
Jawapan: “Seperti seorang bayi yang baru belajar berguling dan meniarap, kami mahu memastikan bahawa asas pendidikan, program serta falsafah prasekolah kami adalah teguh dan pada masa yang sama boleh berubah mengikut keperluan perubahan semasa. Kami memerlukan masa untuk memastikan segala-galanya beroperasi dengan baik dan berjalan lancar. Kini, kami telah bersedia untuk mengembara di luar kawasan Bangsar. Untuk soalan kedua pula - Sri Hartamas merupakan kawasan yang amat strategik kerana ia terletak berdekatan dengan persimpangan empat lebuh raya utama yang menghubungkan kawasan ini dengan pusat bandar Kuala Lumpur serta kawasan pinggir bandar di sekitarnya. Selain itu, Sri Hartamas adalah kawasan pinggir bandar yang mempunyai ramai keluarga dengan anak-anak kecil,” kata Puan Aqilah Che Azizudin, Pengarah Kitakids Malaysia.
Kitakids Preschool, Sri Hartamas adalah sebuah prasekolah yang dibina khas untuk kanak-kanak berumur 8 minggu hingga 6 tahun. Ruang di dalam Kitakids telah direka khas (berdasarkan pengalaman daripada Kitakids, Bangsar) untuk menyediakan persekitaran yang sesuai serta menggalakkan pembelajaran. Keselesaan kanak-kanak di sini adalah amat dipentingkan dan diberi keutamaan. Kitakids, Sri Hartamas menyediakan persekitaran yang amat luas, bilik darjah yang terang dan mempunyai pengudaraan yang baik serta nisbah guru dan pelajar yang rendah untuk menggalakkan pembelajaran, penjelajahan, daya kreatif dan ketakbersandaran. Ini juga merupakan sebuah persekitaran yang selamat di mana kanak-kanak boleh bermain dan meneroka. Di sini juga disediakan kawasan untuk bermain air, kawasan bermain pasir serta sebuah taman permainan di dalam. Sebagai sebuah prasekolah yang memberi keselesaan dan kemudahan seperti di rumah sendiri, Kitakids di Sri Hartamas ini menggunakan perabot dan rak yang sesuai dengan ketinggian kanak-kanak serta menyediakan buku cemerlang yang sesuai bagi kanak-kanak dan juga kemudahan yang bersaiz kanak-kanak.
Kurikulum di Kitakids, Sri Hartamas mengandungi empat falsafah dan pendekatan yang berbeza seperti Reggio Emilia, Teori Kecerdasan Pelbagai, Pembelajaran Pantas dan High Scope. Program-program ini menyediakan:
|
|
|
Para pendidik di Kitakids Preschool menggunakan STREAM – Sains, Teknologi, Pembacaan & Penulisan, Kejuruteraan, Seni dan Matematik – kaedah pengajaran dan pembelajaran. Bidang-bidang pembelajaran ini diajar dengan cara yang menyeronokkan dan sesuai usia dengan pelbagai bahan terbuka untuk kanak-kanak merasa, memanipulasi dan mereka. Kanak-kanak dapat meniup bot pelayaran Styrofoam dengan menggunakan penyedut minuman, dan memerhati belon udara panas membesar, di antara pelbagai aktiviti-aktiviti menyeronokkan yang lain. Oleh kerana kanak-kanak terdedah kepada STREAM, mereka lebih mengetahui bahagian mana yang mereka cenderung dan lebih bersedia untuk memilih laluan kerjaya dengan lebih mudah dan yakin.
Bagi melibatkan kanak-kanak dalam pembelajaran yang bermakna, Kitakids Preschool menghubungkan semua bidang pembelajaran, seperti yang disenaraikan di bawah, melalui pengajaran dan pembelajaran bertema. Kanak-kanak mendapat pemahaman yang mendalam dalam pelbagai topik dan dapat mengaitkan pembelajaran dengan konsep kehidupan yang sebenar.
Kitakids Preschool, Sri Hartamas menawarkan perkhidmatan harian penuh bersama dengan program-program pengayaan: Aktiviti Fizikal, Pertunjukan Boneka/Bermain Pakaian, Seni & Kraf, Ulasan Buku, Messy Play, Permainan Papan/Kad, Memasak/Membakar, dan Muzik & Pergerakan.
Semua ibu bapa dijemput hadir pada bila-bila masa semasa waktu operasi biasa berjalan. Dengan mengamalkan dasar terbuka seperti ini, Kitakids Preschool, Sri Hartamas menggalakkan ketelusan dan sifat bertanggungjawab pada tahap yang tidak pernah dilihat di mana-mana prasekolah atau nurseri yang lain lagi.
Memandangkan Kitakids Preschool mempunyai kanak-kanak kecil berumur 3 dan 4 tahun, mereka telah mencipta aktiviti yang dinamakan ‘incursion’. Dalam ‘incursion’ ini, aktiviti yang biasanya memerlukan kanak-kanak menjelajah ke luar bilik darjah akan dibawa masuk ke dalam tadika ataupun bilik darjah. Melalui kaedah ‘incursion’ ini, Kitakids telah membawa masuk zoo, polis, doktor dan jururawat serta juruterbang dan anak kapal syarikat penerbangan ke dalam bilik darjah untuk melibatkan dan memperkaya pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Syabas! Ini sememangnya pembaharuan yang amat berbeza!
Kitakids Preschool, Sri Hartamas menyokong dan membimbing pembelajaran kanak-kanak melalui sesi bermain di dalam sebuah persekitaran yang penyayang, mesra dan menyeronokkan. Semua kanak-kanak akan diberi perhatian yang sewajarnya. Mereka dilayan secara terhormat serta diberi ruang yang secukupnya untuk membangun dan membesar.