on 03/05/2018 3047
Ibu bapa yang telah memilih Kingsbee Preschool di Taman Midah rata-ratanya berpendapat bahawa mereka tertarik dengan program akademik yang ditawarkan serta prospek suasana dan pengalaman positif pembelajaran yang ditawarkan di situ. Pendekatan yang konsisten serta menyokong perkembangan kurikulum, mengetahui akan minat segenap pelajar, sokongan sosial serta suasana mesra adalah di antara elemen-elemen yang menjadikan Kingsbee Preschool, Taman Midah berbeza dengan prasekolah yang lain. Setiap pengalaman kanak-kanak adalah kritikal kepada etos prasekolah Kingsbee Preschool, Taman Midah. “Belajar melalui bermain, bermain melalui belajar.”
Pencapaian akademik digunakan sebagai motivasi bagi mendorong pelajar-pelajar untuk bergerak lebih jauh. Program pembelajaran ditulis untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran bagi kedua-dua bahagian kiri dan kanan otak - kreativiti di sebelah kanan, logik di sebelah kiri. Pendekatan sebegini akhirnya meningkatkan kemahiran seluruh bahagian otak, sekali gus membenarkan kanak-kanak berkembang secara intelektual dan emosi.
Program ini menyokong pelajar melalui siri bimbingan akademik dan kurikulum seperti yang disenaraikan di bawah:
Arahan pembelajaran adalah bersifat peribadi dengan mengambil kira bakat, perspektif serta minat kanak-kanak tersebut. Pembelajaran di MRC Junior Kindergarten disokong oleh program-program berikut:
Program selepas waktu sekolah juga ditawarkan di mana pelajar-pelajar boleh memilih untuk berada di sekolah. Kingsbee Preschool juga menawarkan khidmat sokongan tutorial seperti berikut:
Pembelajaran di Kingsbee Preschool didasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman, Kem seperti “Whole Brain Holiday Camp Programme,” dianjurkan sejajar dengan prinsip tersebut. Aktiviti begini diharap dapat meningkatkan kesemua 9 kecerdasan mereka.
Penekanan utama di prasekolah ini adalah program pendidikan yang relevan, disokong oleh aktiviti-aktiviti pengayaan untuk menggalakkan semangat berpasukan, keyakinan, kebebasan, keperibadian yang unggul serta usaha pemantapan pembelajaran kemahiran praktikal untuk kehidupan. Ringkasnya, semua ini diharap dapat menyediakan kanak-kanak untuk dunia sebenar.
Aktiviti pembelajaran di Kingsbee Preschool boleh berlaku di kawasan yang luas. Kingsbee Preschool memaksimumkan penggunaan keluasan prasekolah mereka yang menjangkau 11,000 kaki persegi. Aktiviti di luar bilik darjah seperti kegiatan senaman dan aktiviti menanam pokok dianjurkan bagi membantu memperkembangkan kemahiran motor kasar pelajar-pelajar di situ.
Prasekolah Kingsbee Preschool mengamalkan budaya kekeluargaan yang sihat di mana saiz kelas adalah kecil supaya kanak-kanak dapat menghargai hubungan kekeluargaan yang erat serta sihat. Ibu bapa pula boleh mengetahui kemajuan dan pencapaian semasa anak-anak mereka melalui aplikasi ataupun melalui perjumpaan di sekolah. Aspek pemakanan juga dijaga bagi memastikan kanak-kanak menerima zat makanan yang mencukupi.
Program pendidikan yang unggul serta suasana pembelajaran yang menekankan rasa kepunyaan tidak akan menjadi realiti tanpa sokongan cikgu-cikgu yang berpengalaman dan berkelulusan di Kingsbee Preschool. Kingsbee Education Group komited dengan visi untuk memberi pendidikan yang bermutu kepada kanak-kanak serta guru yang mengajar kanak-kanak tersebut. Tenaga pengajar akan menerima latihan yang secukupnya di mana prestasi mereka akan diperhati dan dinilai dari semasa ke semasa oleh pelatih-pelatih yang telah dilantik. Melalui program “Course Instructors Edupreneurial Programme” ini, cikgu-cikgu menerima sokongan yang secukupnya supaya mereka berupaya untuk terus bergerak ke hadapan.
Kingsbee Preschool komited untuk membuka peluang baru dalam komuniti setempat. Kingsbee Preschool telah mendapat nama baiknya melalui usaha-usaha mereka dalam memberi pendidikan yang lebih berinovasi, yang telah direka khas supaya kanak-kanak boleh membuat persediaan yang secukupnya untuk kehidupan yang sebenar, dan cabaran di masa hadapan.