by on 01/10/2023 400
Sorotan Utama |
|
Kinderberry International Preschool, Cyberjaya merupakan satu tempat baru untuk pendidikan awal kanak-kanak. Ia menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun. Pada masa kini di mana pendidikan awal menetapkan asas untuk masa depan kanak-kanak, Kinderberry berharap dapat memupuk minda muda kanak-kanak, mengembangkan semanagt mereka untuk meneroka dan menyelesaikan masalah, memupuk pelajar sepanjang hayat, dan membentuk warga dunia yang bertanggungjawab.
Sebaik sahaja kanak-kanak memasuki Kinderberry International Preschool, mereka akan memulakan perjalanan penerokaan yang menarik, penuh dengan kreativiti dan pembelajaran yang bermakna. Prasekolah ini komited untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, memupuk serta merangsang kepada pelajar-pelajar muda, di mana kanak-kanak dari semua kaum, agama dan latar belakang disambut mesra. Dalam suasana yang penuh dengan kepelbagaian ini, Kinderberry dengan sepenuh hatinya mengalu-alukan pelajar daripada pelbagai latar belakang budaya dan etnik. Ia mempunyai komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan satu tempat yang selamat dan bermotivasi, serta memastikan semua kanak-kanak dapat berkembang maju dalam perjalanan pendidikan awal mereka, tanpa mengambil kira latar belakang mereka.
Ciri tersendiri Kinderberry ialah persekitaran fizikalnya. Ia menampilkan ruang pembelajaran terbuka di mana kanak-kanak tidak terhad kepada satu bilik darjah tetapi boleh meneroka pelbagai kawasan dengan bebas. Peralihan daripada bilik darjah tradisional ini membawa kepada pengalaman pendidikan yang lebih dinamik dan boleh disesuaikan untuk kanak-kanak. Setiap ruang pembelajaran telah direka bentuk dengan teliti dengan mengambil kira keperluan kanak-kanak. Terdapat tingkap yang tinggi memberikan cahaya semula jadi yang mencukupi kepada ruang pembelajaran. Ini akan mewujudkan suasana yang menyenangkan yang memberi kesan positif kepada sikap kanak-kanak terhadap pembelajaran dan kesejahteraan keseluruhan mereka.
Prasekolah ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, termasuk taman permainan dalaman dan luaran, sudut main peranan yang merangsang imaginasi, perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis sastera kanak-kanak, dan kawasan khusus untuk STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik).
Kinderberry memberi penekanan kepada pembelajaran yang diperibadikan dan berpusatkan kanak- kanak. Tidak seperti kebanyakan francais piawai yang mengikut pendekatan satu saiz untuk semua, Kinderberry menekankan amalan pembelajaran yang sesuai dengan umur, yang direka untuk memenuhi keperluan dan minat khusus setiap kanak-kanak. Kurikulum ini berdasarkan kedua-dua kurikulum Peringkat Asas Awal Tahun UK (EYFS) oleh Pearson - yang terkenal di peringkat antarabangsa kerana kualiti dan keberkesanannya, serta standard pendidikan Malaysia. Dengan menggabungkan kedua-dua piawaian global dan tempatan, Kinderberry memastikan pelajarnya mengembangkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan supaya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kehidupan masa depan mereka.
Bagi kanak-kanak kecil berumur 2 hingga 3 tahun, Kinderberry mengamalkan pendekatan berasaskan permainan, dengan aktiviti menarik yang praktikal dan menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan kreativiti, tetapi juga menyokong perkembangan sosial-emosi dan pemerolehan kemahiran penting melalui bermain. Ini adalah untuk menyemarakkan semangat belajar sepanjang hayat di kalangan kanak-kanak, sambil memastikan bahawa perjalanan pembelajaran unik setiap kanak-kanak dipupuk dan dihormati. Ini akan membantu mereka mengembangkan semangat yang mendalam dan berkekalan terhadap pembelajaran.
Untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun, Kinderberry menggunakan pendekatan komprehensif yang menggabungkan pembelajaran berasaskan permainan, topik dan projek. Pendekatan yang menyeluruh ini merangkumi mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Malaysia, lakonan, masakan, muzik, seni dan kraf, serta penerokaan dunia di sekeliling mereka. Kursus yang pelbagai ini memberikan pengalaman pendidikan yang kaya dan pelbagai rupa, memberi inspirasi kepada kreativiti dan imaginasi pelajar muda.
Setiap hari adalah pengembaraan pembelajaran yang penuh dengan keseronokan dan menarik bagi kanak-kanak di Kinderberry. Di sini, mereka bukan sahaja menikmati masa yang menyeronokkan, tetapi juga digalakkan untuk bekerjasama dengan rakan sebaya, berkongsi idea, dan meluahkan perasaan mereka. Ini akan membolehkan mereka memperoleh kemahiran interpersonal yang tidak ternilai serta keyakinan berkekalan yang akan memberi manfaat kepada mereka sepanjang hidup. Guru juga berusaha membangunkan kemahiran penting kanak-kanak seperti penyelesaian masalah, kerja berpasukan dan komunikasi berkesan melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan projek kumpulan. Selain itu, kurikulum ini juga memupuk rasa ingin tahu kanak-kanak, menggalakkan mereka bertanya soalan, meneroka dunia di sekeliling mereka, di samping membolehkan perbincangan dan interaksi yang rancak dengan rakan sebaya dan guru.
Untuk memperkayakan lagi pengalaman pendidikan kanak-kanak, Kinderberry menawarkan pelbagai aktiviti selepas sekolah. Aktiviti-aktiviti ini termasuk seni dan kraf, pengucapan awam, main peranan, dan pembelajaran STEM. Ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka minat dan hobi mereka selain daripada kurikulum biasa..
Di samping itu, Kinderberry juga menawarkan perkhidmatan jagaan harian untuk memenuhi keperluan ibu bapa yang bekerja, memastikan keselesaan dan ketenangan fikiran untuk semua. Prasekolah ini bukan sahaja menyediakan penjagaan yang teliti untuk kanak-kanak, tetapi juga menyajikan makanan halal yang berkhasiat, memenuhi keutamaan diet pelajarnya yang berbeza.
Selain itu, Kinderberry memberi penekanan yang ketara dalam hubungan kerjasama yang rapat di antara ibu bapa dan sekolah. Ini adalah untuk memastikan gabungan kehidupan rumah dan sekolah yang lancar, yang akhirnya akan menggalakkan perkembangan holistik kanak-kanak. Guru akan memberikan ibu bapa maklumat kemas kini bulanan yang memperincikan tema bulan itu, kandungan yang akan dipelajari dan maklum balas guru tentang kemajuan anak mereka. Prasekolah menggunakan aplikasi untuk memudahkan komunikasi antara ibu bapa dan sekolah. Selain itu, Kinderberry mengadakan mesyuarat ibu bapa dan guru pada akhir setiap penggal. Ini memastikan ibu bapa dapat mengikuti perkembangan anak-anak mereka dan mengambil bahagian secara aktif dalam pendidikan dan pertumbuhan anak mereka.
Teras Kinderberry ialah pasukan gurunya. Mereka adalah guru cemerlang yang dipilih dengan teliti yang berpegang tegun pada nilai teras dan mewujudkan persekitaran pendidikan prasekolah yang terbaik untuk kanak-kanak berdasarkan pembelajaran sepanjang hayat dan kepelbagaian. Para guru memberi inspirasi kepada kanak-kanak, menetapkan dan mencapai matlamat, dan sentiasa komited terhadap pembangunan profesional mereka sendiri. Mereka menerima latihan berterusan, termasuk kursus Pearson dan latihan lain yang berkaitan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia. Latihan dalaman pula melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memberikan pengalaman pendidikan yang terbaik untuk kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
Dengan memilih Kinderberry International Preschool, ibu bapa mempercayakan pendidikan anak- anak mereka kepada institusi yang berdedikasi dan penyayang, membolehkan setiap kanak-kanak memulakan masa depan yang cerah dan menjanjikan. Di Kinderberry, mereka berbangga untuk menyemarakkan minat belajar dalam diri setiap kanak-kanak dan menyediakan mereka untuk menjadi warga dunia yang bertanggungjawab. Kejayaan setiap kanak-kanak adalah keutamaan prasekolah, dan Kinderberry berharap untuk menjadi sebahagian daripada pengembaraan pembelajaran mereka yang luar biasa.