by on 01/05/2023 575
Sorotan Utama |
|
Kinder Koala Preschool, Puchong telah menjelmakan sifat evolusi pendidikan. Ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai Kids Academy, kini Kinder Koala merupakan sebahagian daripada kumpulan pendidikan yang menawarkan pengalaman pendidikan yang lengkap dalam prasekolah, pelajaran dalam talian dan kursus renang. Pengasasnya, pasangan yang bersemangat, telah diilhamkan oleh amalan terbaik dalam pendidikan awal kanak-kanak di seluruh dunia. Mereka bertekad untuk melakukan perkara yang sama untuk kanak-kanak dalam komuniti setempat mereka, memupuk minda muda ini dengan program inovatif sedemikian.
Kinder Koala yakin bahawa pendidikan awal adalah asas kejayaan sepanjang hayat. Oleh itu, para pendidiknya komited untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang kaya yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak melalui permainan, interaksi sosial dan pemahaman konsep. Matlamat mereka adalah untuk membantu setiap kanak-kanak mencapai potensi sepenuh mereka. Kurikulum yang digunakan di Kinder Koala direka untuk membolehkan pelajar muda melalui pencapaian yang berbeza dalam pendidikan mereka, dari kumpulan bermain hingga ke tadika, dan memanfaatkan rasa ingin tahu mereka supaya lebih berminat untuk memahami dunia dan tempat mereka di dalamnya.
Sebilangan besar program yang ditawarkan oleh Kinder Koala telah dipilih dengan teliti untuk tujuan mendidik kanak-kanak secara keseluruhan – untuk membangunkan kemahiran sosial, emosi, intelek dan kognitif setiap pelajar – memberikan mereka permulaan yang terbaik untuk berjaya di sekolah rendah dan seterusnya.
Kanak-kanak belajar untuk mahir dalam 3 bahasa utama yang menyediakan mereka untuk kemasukan ke mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.
Kinder Koala melaksanakan program Little Learners Love Literacy untu mengajar kemahiran Bahasa Inggeris kepaada kanak-kanak, membimbing mereka membaca seawal usia 4 tahun! Berasal dari Australia, kurikulum berasaskan penyelidikan ini menggunakan pendekatan yang sistematik dan menarik untuk membolehkan kanak-kanak membaca, menulis dan mengeja dengan yakin. Satu set bacaan berurutan yang fokus pada kesedaran fonemik, fonik, perbendaharaan kata dan kefahaman digunakan untuk membantu kanak-kanak berbahasa Inggeris dengan fasih dan juga menyukainya.
Persekitaran Bahasa Malaysia yang kaya memastikan kanak-kanak dilengkapi dengan asas yang diperlukan untuk peralihan ke sekolah rendah.
Bagi menggalakkan hasil pembelajaran Mandarin kanak-kanak, pendedahan kepada bunyi dan penglihatan bahasa yang berterusan akan membantu kanak-kanak mengukuhkan kemahiran seperti pengecaman perkataan, membaca, cara menulis dan pertuturan. Selain itu, latihan imlak Bahasa Cina juga digabungkan untuk membiasakan kanak-kanak dengan aktiviti sekolah rendah.
Dengan menggunakan kaedah matematik Singapura yang terkenal, kanak-kanak belajar membina teori yang diajar dalam pelajaran terdahulu dan mengaplikasikannya dengan cara yang baru, menyediakan mereka supaya cemerlang dalam matematik yang lebih maju. Dengan pemahaman yang mendalam tentang konsep asas, kanak-kanak akan menjadi lebih berjaya dalam menyelesaikan masalah.
Kanak-kanak prasekolah Kinder Koala brtpeluang untuk menyertai program FasTracKids yang telah memenangi anugerah antarabangsa. FasTracKids menggunakan gabungan teknologi, aktiviti interaktif dan pembelajaran amali untuk menarik minat kanak-kanak. Ia membantu mereka mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam abad ke-21, termasuk pemikiran kritis, komunikasi, keyakinan, kreativiti dan kerjasama. Program ini merangkumi pelbagai bidang subjek, daripada sains hingga kesusasteraan kreatif, menghasilkan kurikulum yang menarik dengan kandungan yang merangsangkan yang akan mewujudkan minat belajar sepanjang hayat.
Kinder Koala mengamalkan nilai dan kepercayaan pendekatan Reggio Emilia ke dalam amalan hariannya. Pendekatan ini menyedari bahawa setiap kanak-kanak berkemampuan, tabah, dan penuh dengan keajaiban dan pengetahuan. Oleh itu, para pendidik berthasratuntuk memupuk perkembangan rasa ingin tahu setiap kanak-kanak, mencabar pemikiran mereka sambil menyediakan banyak peluang untuk mereka meluahkan fikiran dan pendapat mereka. Selain itu, projek dianggap sebagai elemen penting dalam pendekatan Reggio Emilia. Melalui projek berasaskan pertanyaan yang menggabungkan lakaran, ukiran, lukisan dan pemodelan, kanak-kanak belajar memahami apa yang mereka lihat, rasa dan alami dalam dunia di sekeliling mereka.
Pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (S.T.E.M.) merupakan bahagian penting dalam kurikulum Kinder Koala. Tema yang menarik seperti graviti, elektrik, bunyi dan air membangkitkan minat kanak-kanak untuk memahami cara sesuatu benda berfungsi. Pelajaran ini dilengkapi dengan penggunaan pelbagai jenis alat dan bahan pembelajaran yang menarik daripada pengeluar mainan pendidikan Jerman yang terkenal, Hape. Mainan pendidikan mereka direka untuk menggalakkan penyelesaian masalah, pemikiran kritis, kreativiti dan imaginasi, yang sesuai dengan kurikulum prasekolah.
Melalui robotik dan permainan otak, kanak-kanak digalakkan untuk berfikir di luar kotak, meningkatkan kemahiran analisis mereka dan meneroka cara inovatif untuk menyelesaikan masalah. Pengalaman mencabar ini akan menyediakan mereka untuk masyarakat kita yang semakin didorong teknologi.
Kinder Koala percaya dalam menyediakan kanak-kanak dengan pengalaman pendidikan yang menyeluruh yang merangkumi pelbagai persekitaran pembelajaran, ini termasuk menawarkan program Forest School yang membolehkan kanak-kanak menghubungkan lima deria mereka dengan alam semula jadi secara langsung. Ianya dipercayai bahawa pembelajaran yang memberi inspirasi akan dicapai dengan merangsang rasa ingin tahu semula jadi kanak-kanak semasa mereka mengotorkan tangan mereka dalam permainan penerokaan luar.
Demi perkembangan kanak-kanak yang sihat, pembelajaran sosial-emosi disepadukan ke dalam jadual harian. Ini termasuk mempelajari cara mengenal pasti dan meluahkan emosi, mengurus perasaan, berkomunikasi dengan berkesan, dan membina hubungan positif dengan rakan serta orang dewasa. Semasa proses pembelajaran sosial-emosi kanak-kanak dijalankan, pengalaman interaktif seperti main peranan, bercerita, permainan dan juga detik-detik harian digunakan untuk menggalakkan kesedaran diri, pengawalan diri, belas kasihan dan kemahiran sosial yang lebih baik. Ini adalah penting untuk kejayaan akademik dan kesejahteraan keseluruhan mereka.
Selain itu, Kinder Koala menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik untuk memenuhi minat kanak- kanak, seperti seni dan kraf, kelas membakar dan memasak, serta latihan otak kanan dan kiri. Pengalaman ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga direka untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kreativiti, kemahiran motor halus dan kebolehan pemikiran kritis mereka.