by on 11/05/2023 492
Fokus utama |
|
Kidz Cabin ditubuhkan pada 2008 oleh tiga rakan, Datin Zarida Kamal, Puan Fatimah Atan dan Wan Syakirah Anas. Mereka bertiga memiliki reputasi yang cemerlang secara konsisten terutama dalam kalangan ibu bapa bagi pemilihan dalam pendaftaran anak-anak mereka ke prasekolah yang sangat digemari ini. Ianya terletak di Ukay Heights, Ampang. Dengan pengalaman lebih 14 tahun, Kidz Cabin telah terbukti untuk menjadi sebuah tadika yang berjaya dan boleh dipercayai malah juga berdedikasi untuk mengasuh dan mendidik anak-anak kecil. Tadika ini berbangga dengan pasukan guru yang berdedikasi dan berpengalaman. Pasukan guru-guru disini berusaha untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan penuh kasih sayang bagi kanak-kanak untuk belajar dan berkembang.
Kidz Cabin menawarkan persekitaran yang tenang dan luas , dengan lokasinya yang terletak di tengah-tengah alam semula jadi dan pepohon hijau. Tadika ini menyediakan suasana yang damai dan berkesan untuk pembelajaran. Kidz Cabin menawarkan program menyeluruh bagi kanak-kanak berusia 2.5 hingga 6 tahun. Program-program tersebut direka untuk menggalakkan perkembangan minda, jasmani dan rohani melalui pelbagai jenis aktiviti-aktiviti amali dan koordinasi silang.
Program Playgroup yang dirancang khas untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun memberi tumpuan kepada permainan tentang aspek sosial. Tujuan program ini untuk membantu kanak-kanak mengembangkan pertumbuhan sosial dan emosi mereka. Selain itu, mereka juga dapat memenuhi pencapaian perkembangan (milestones), meningkatkan koordinasi serta memupuk kemahiran bertutur dan berkomunikasi yang berkesan. Tema seperti dunia haiwan, tumbuhan dan alam semula jadi, pengangkutan, dan pekerjaan membolehkan kanak-kanak membuat hubungan yang lebih mendalam antara topik dan kemahiran. Hal ini dapat menyumbang kepada pengalaman pembelajaran yang lebih menarik untuk minda muda.
Program Prasekolah yang bertempat di Kabin Merah, memenuhi keperluan kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun. Ia bukan sahaja memupuk peningkatan kemahiran sosial dan pengetahuan intelektual kanak-kanak tetapi juga mempersiapkan mereka untuk peralihan ke tadika. Rangkaian aktiviti harian yang dirancang dengan teliti untuk disesuaikan dengan tahap perkembangan mereka. Jelas bahawa program ini secara aktif menggalakkan kemahiran sosio-emosional dalam memastikan kanak-kanak mempunyai asas yang kukuh untuk perjalanan pendidikan mereka yang akan datang.
Program Tadika yang bertempat di Kabin Kuning dan Ungu, menyediakan pendekatan pembelajaran yang lebih berstruktur. Ia bertujuan untuk membiasakan kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk ke persekitaran sekolah rendah. Melalui penglibatan kanak-kanak secara aktif dalam aktiviti kemahiran berinteraksi dan menimba pengalaman, ia dapat memupuk perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan dan yang pasti, penuh keseronokan dan rangsangan. Program ini akan mengikuti kedua-dua garis panduan kurikulum kebangsaan serta amalan terbaik antarabangsa.
Salah satu prinsip asas yang menjadi dasar program di Kidz Cabin ialah pengiktirafan bahawa bermain berfungsi sebagai bahasa universal untuk kanak-kanak. Melalui bermainlah kanak-kanak dapat membina pengetahuan, memupuk kesedaran diri dan memperoleh kemahiran dalam mengawal emosi mereka. Dengan mewujudkan hubungan yang kukuh antara pembelajaran dan kehidupan seharian, tadika ini telah menyepadukan dengan lancar pelbagai aspek perkembangan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Ini memastikan pengalaman pendidikan menjadi bermakna dan relevan untuk setiap kanak-kanak.
Dengan menggabungkan aktiviti bermain, program ini secara berkesan meningkatkan kemahiran bahasa, pemahaman konsep matematik, penerokaan saintifik alam semula jadi, dan keupayaan menyelesaikan masalah. Selain itu, kanak-kanak berpeluang mengembangkan kemahiran motor kasar, kemahiran sosial, koordinasi, dan melancarkan kreativiti mereka melalui tugasan yang menarik. Contohnya seperti aktiviti lakonan, seni dan kraftangan, lagu, dan sajak. Kaedah pembelajaran interaktif secara berkomunikasi ini menyumbang kepada pendekatan yang menyeluruh dan dapat memupuk perkembangan keseluruhan pada kanak-kanak. Hari persekolahan menjadi lebih menyeronokkan dan pasti murid-murid tadika Kidz Cabin bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk hadir ke sekolah setiap hari!
Sepanjang tahun persekolahan, Kidz Cabin menganjurkan pelbagai acara seperti Hari Buku Sedunia, Hari Sukan dan sambutan perayaan bagi memupuk semangat kemasyarakatan dan penghargaan terhadap budaya dalam kalangan pelajar. Selain itu, tadika ini menyediakan program-program cuti sekolah yang melibatkan aktiviti-aktiviti menarik seperti eksperimen sains, aktiviti pemuliharaan semula jadi, kelas memasak, sesi terapi seni dan permainan membina pasukan. Melalui pengalaman yang menarik ini, kanak-kanak bukan sahaja belajar tetapi juga dapat menjalinkan ikatan yang berkekalan dengan rakan-rakan mereka, menjadikan masa mereka di sini penuh dengan kenangan indah.
Selain daripada program yang luar biasa, Kidz Cabin juga berfungsi sebagai pembekal buku pendidikan yang ditulis oleh pengasas mereka sendiri. Buku-buku ini merupakan sebahagian daripada kurikulum di sini. Ia merangkumi mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Sains, serta buku permainan dan aktiviti. Koleksi ini juga termasuk satu siri Pembaca Fonetik, iaitu bunyi bahasa, yang direka khas untuk menyokong kemahiran membaca awal. Dengan memberi tumpuan kepada fonik iaitu sistem bunyi, buku ini dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran literasi yang penting dan membina keyakinan dalam membaca. Ibu bapa dan pendidik yang berminat dengan bahan pembelajaran yang berharga ini boleh menghubungi Kidz Cabin untuk mendapatkan maklumat lanjut. Dengan adanya bahan pembelajaran ini, pembelajaran bilik darjah dapat ditingkatkan dan juga latihan tambahan di rumah dapat disediakan dengan mudah.
Kesimpulannya, Kidz Cabin telah terbukti sebagai tadika yang dipercayai dengan menekankan pembelajaran mengikut kesesuaian peribadi individu dan juga pengesanan awal kelewatan pembelajaran pada kanak-kanak kecil. Ia juga mengiktiraf bahawa setiap kanak-kanak mempunyai keperluan dan minat yang unik. Dengan bantuan program pendidikan bersama pasukan guru yang berdedikasi, tadika ini dapat memastikan setiap kanak-kanak menerima sokongan yang mereka perlukan untuk berkembang dengan baik. Mengasuh, membimbing dan mendidik kanak-kanak dalam persekitaran yang gembira, penuh kasih sayang dan selamat diberikan sepenuhnya oleh pasukan guru yang berintegriti. Kidz Cabin mengutamakan perkembangan sosial, emosi, rohani, harga diri, daya berfikir, bahasa dan fizikal kanak-kanak. Dan yang paling penting, mempersiapkan mereka secukupnya untuk perjalanan pendidikan mereka yang akan datang.