by on 18/10/2019 2106
Sorotan Utama |
---|
|
Mendaftarkan anak anda di Kidskool merupakan langkah yang tepat untuk masa depan anak anda. Di Kidskool, semua kanak-kanak teruja untuk ke kelas, mereka dijaga secara individu, dan setiap peluang pembelajaran dimanfaatkan sepenuhnya. Di Kidskool, kanak-kanak, ibu bapa serta guru-guru bekerjasama untuk memastikan si kecil menerima pendidikan yang berkualiti dan menguasai kemahiran asas yang akan menjadi panduan hidup mereka.
Persekitaran Kidskool adalah selamat dan mesra kanak-kanak, mereka disokong secara akademik melalui kurikulum yang berspektrum luas dan seimbang; kurikulum ini melebihi tahap keperluan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kanak-kanak digalakkan turut serta dalam pelbagai aktiviti dan menerima konsep pembelajaran abad ke-21. Si manja bukan hanya ke sekolah; mereka sedang memulakan pengembaraan penuh keseronokan sambil menyiasat dunia sekeliling mereka dan mencapai potensi sebenar mereka sebagai warganegara global.
Kenapa Kidskool Pilihan Anda | |
---|---|
Persekitaran selamat dan kondusif untuk kanak-kanak belajar dan berkembang |
|
Ruang yang direka sempurna, lengkap dengan kemudahan dibina khusus dan bahan sumber pendidikan yang mencukupi |
|
Pendekatan pembelajaran yang pelbagai dan kaedah yang sesuai dengan usia dan perkembangan kanak-kanak |
|
Aktiviti menyeronokkan dan berbentuk penerokaan untuk kanak-kanak |
|
Suasana rumah yang memberi penekanan dalam nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bersopan santun dan berihsan |
|
Kanak-kanak diberi keupayaan dan kemahiran akademik sebagai asas untuk ke sekolah rendah |
|
Kanak-kanak dididik untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dan positif |
Persekitaran Kidskool sangat meraikan dan memahami cara kanak-kanak belajar. Para guru yang berdedikasi prihatin dengan keperluan setiap kanak-kanak. Suara si kecil didengari, keunikan tersendiri mereka dihargai dan keperluan mereka dipadankan dengan strategi pendidikan yang berbeza. Falsafah dan amalan nilai karakter yang baik merupakan intipati kepada program pendidikan di Kidskool. Peraturan disiplin ditekankan untuk membimbing kanak-kanak menghormati orang di sekeliling mereka dan menguruskan kebersihan diri. Kanak-kanak seterusnya dapat mengembangkan sikap positif dan belajar untuk bertanggungjawab dalam setiap tindakan mereka. Semua ini berlangsung dalam suasana ceria dengan tunjuk ajar berbentuk galakan.
Sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, fokus Kidskool adalah pada perkembangan kanak-kanak. Pendidikan di sini merangkumi minda dan hati kanak-kanak dan meliputi semua aspek penting perkembangan – akademik, sosial, emosional, kognitif, jasmani dan kebudayaan. Program Kidskool menawarkan keseimbangan antara konsep dan pembelajaran berasaskan permainan. Kanak-kanak mempunyai peluang untuk meneroka tema yang menarik minat mereka dan menyelidik topik dengan pelbagai cara yang bermakna. Penting bagi kanak-kanak untuk menikmati pembelajaran, mengekalkan rasa ingin tahu mereka yang semula jadi, mampu menghubungkan antara pengalaman dalam bilik darjah dengan dunia sebenar, dan benar-benar berseronok.
Konsep awal dalam setiap subjek asas diperkenalkan kepada si kecil - termasuklah bahasa, matematik, sains, seni, muzik, pendidikan jasmani dan moral, serta pelbagai aktiviti kokurikulum. Kesemua ini adalah sebahagian daripada pengalaman mereka untuk meneroka topik domestik dan global dalam kehidupan seharian secara mendalam. Penerokaan ini tidak terbatas dalam ruangan kelas sahaja, malah semasa aktiviti lapangan di luar kawasan sekolah. Proses pembelajaran di Kidskool merupakan satu pengalaman interaktif; kanak-kanak digalakkan untuk belajar dengan pemikiran terbuka dan turut serta dalam topik perbualan. Kanak-kanak tidak bergantung kepada guru untuk mendapatkan maklumat atau hanya menghafal fakta semata-mata; program pembelajaran di sini mendidik mereka untuk bekerjasama dan berfikir secara kreatif - satu kemahiran yang sangat berguna untuk mereka pada masa hadapan. Para guru juga menerapkan penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran mereka untuk mencipta persekitaran yang interaktif dan sesuai untuk kanak-kanak. Contohnya, buku pembelajaran bahasa untuk si manja menggunakan paparan interaktif dan pen pintar yang akan memberi cara sebutan yang tepat apabila digunakan pada titik pengesanan tertentu pada buku tersebut. Alatan sebegini menjadikan pembelajaran satu pengalaman yang menyeronokkan. Guru juga menggalakkan inisiatif hijau, dengan mengajar kanak-kanak cara untuk 3R - guna semula (Reuse), kurangkan (Reduce) dan kitar semula (Recycle). Melalui inisiatif sebegini, kanak-kanak dididik untuk menjadi rakyat yang bertanggungjawab kelak.
Para guru memahami tanggungjawab sebenar mereka sebagai teladan yang baik kepada kanak-kanak dan berinteraksi secara positif dengan ibu bapa untuk membina hubungan yang sihat. Guru dan ibu-bapa bertukar-tukar maklumat dan bekerjasama agar kanak-kanak mempunyai peluang lebih baik untuk berjaya di sekolah. Kidskool juga menjadikan bengkel keibubapaan yang meliputi pelbagai topik yang boleh membantu ibu bapa dalam membentuk keyakinan sebagai satu komitmen mereka/
Kidskool menyediakan perancangan menyeluruh untuk pendidikan berkualiti tinggi dengan bayaran berpatutan bagi semua keluarga dalam komuniti setempat. Setiap peluang dan setiap pengalaman adalah sebahagian kerangka elemen penting – pengetahuan, konsep, kemahiran, karakter dan sikap – yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk menjalani kehidupan yang berjaya, kini dan pada masa depan.