by on 07/09/2021 301
Sorotan Penting |
|
Tadika Kiddo Kidz berfungsi sebagai penyedia pendidikan sehenti yang boleh memberikan keyakinan kepada ibu bapa apabila mengetahui bahawa anak mereka menerima bimbingan yang terbaik sepanjang tahun-tahun pembentukan awal mereka yang terpenting. Sekolah ini kali pertama membuka pintunya pada tahun 2016 dan terletak di Taiping, Perak. Menggunakan pendekatan yang inovatif dan berkembang dalam pengajaran, keseluruhan program sekolah benar-benar menyediakan pelajar untuk berjaya menjadi warga global.
Sekolah ini merangkumi pengalaman pendidikan yang menyeluruh untuk pelajarnya. Kanak-kanak diberikan sokongan oleh guru-guru mereka untuk mengembangkan pengetahuan akademik dalam pelbagai bidang subjek yang meluas, berserta literasi dan kemahiran celik angka yang disepadukan dalam banyak aktiviti yang mengujakan. Program utama termasuk bahasa Inggeris Cambridge, Program Membaca Smart Ants dan Kiddo Science (sebuah program menarik yang membolehkan pelajar mempelajari konsep sains melalui uji kaji amali yang praktikal). Terdapat banyak peluang untuk pelajar bermain, meneroka, mengungkap sesuatu dengan kreatif, dan mengambil bahagian dalam lawatan sambil belajar di luar bilik darjah. Melalui penggunaan pendekatan berbilang kepintaran yang telah terbukti berkesan untuk pengajaran, para pelajar akan terlibat secara mendalam dalam setiap aspek perkembangan, termasuk sosioemosi dan kemahiran sosial.
Semua pelajar di Tadika Kiddo Kidz mempunyai hak yang sama rata untuk dihargai dan dipupuk sebagai individu. Sebagai pendidik, matlamat sekolah ini adalah untuk menyediakan persekitaran yang terlindung yang menggalakkan rasa ingin tahu semula jadi kanak-kanak, mengasah kesungguhan belajar mereka ke tahap baharu dan menggalakkan mereka menjadi pelajar yang berdikari. Di bilik darjah dan ruang depan, suasana komuniti yang mesra dapat dirasakan. Hal ini merupakan hasil hubungan yang sihat antara pelajar dan guru yang memperkukuh rasa kekitaan dalam diri kanak-kanak di sekolah ini.
Kita mengetahui tahap kebaikan sesebuah sekolah bergantung pada tahap komitmen tenaga pengajarnya yang profesional. Tadika Kiddo Kidz memperuntukkan sumber yang besar dalam merekrut dan mengekalkan para guru yang merupakan pendukung tegar bidang pendidikan. Mereka bukan sahaja mengenali semua pelajar dengan nama mereka, tetapi lebih penting lagi, mengenali sifat mereka. Hal ini membolehkan mereka benar-benar menyesuaikan arahan mengikut keperibadian, berdasarkan kebolehan peribadi pelajar dan kadar pembelajaran. Bagi ibu bapa yang mengamanahkan anak mereka di sekolah ini, mereka sentiasa dapat bergantung pada komunikasi yang tepat pada masa dan jujur daripada para guru untuk memastikan anak-anak mereka selamat dan dididik dengan terhormat sepanjang masa. Seperti para pelajar di sini, guru-guru juga tidak pernah berhenti belajar. Mereka diberikan peluang yang sesuai untuk berkembang secara profesional secara berterusan.
Pengasas Tadika Kiddo Kidz mempunyai matlamat dan visi yang jelas untuk masa depan dan mencari peluang berterusan untuk kecemerlangan para pelajar. Rancangan perkembangan utama termasuk memperluas prasekolah yang ada sekarang ke lokasi kedua yang boleh menempatkan hingga 500 orang pelajar di Bukit Antarabangsa, Selangor; membina Sekolah Antarabangsa Rainforest dan Akademi Tenis baharu di Taiping, Perak; dan menggabungkan sistem pendidikan hibrid melalui Rainforest Antarabangsa Dalam Talian.
Sekolah Antarabangsa Rainforest akan menerapkan kurikulum berasaskan A.S. yang berpandangan jauh. Lokasi yang dicadangkan adalah dalam bangunan gaya kolonial British di Casuarina, Taiping. Kampus ini akan mengandungi ruang belajar yang dipertingkat dengan teknologi, kemudahan moden, bangunan asrama ala rumah peranginan dan gimnasium yang lengkap. Kurikulum sekolah akan memberikan kelebihan kepada para pelajar melalui kerapian sistem akademiknya yang unik dan penekanan tentang perkembangan sahsiah pelajar.
Atlet yang sedang meningkat dan pelajar yang memiliki bakat sukan yang istimewa akan berpeluang membina kemahiran mereka melalui Akademi Tenis Rainforest. Akademi ini menyokong pelajar untuk meningkatkan ketangkasan dan prestasi akademik mereka. Jurulatih berkelas dunia akan membantu pelajar-atlet ini melalui gabungan sukan dan pendidikan tinggi, manakala pelajar akan berpeluang untuk menyertai kejohanan Litar Profesional Persekutuan Tenis.
Pasukan Rainforest juga mempunyai matlamat untuk bekerjasama dengan Akademi Dalam Talian Universiti Liberty untuk menawarkan sistem pendidikan hibrid. Pengajaran akan disampaikan dalam talian dengan sokongan guru melalui telefon atau e-mel. Kurikulum ini diajarkan mengikut kadar kebolehan peribadi pelajar dan berdasarkan penyelesaian tugasan harian. Menurut kaedah penyampaian ini, para pelajar mempunyai capaian pantas kepada gred dan maklum balas yang cepat mengenai kemajuan mereka.
Secara keseluruhan, pendidikan yang inovatif dan progresif merupakan teras pasukan ini. Mereka menerapkan amalan terbaik untuk memupuk pelajar memiliki minda global dan sentiasa berfikir serta menonjolkan keyakinan dan daya ketahanan.