by on 21/08/2017 1680
Pernahkah anda duduk di tepi anak anda yang sedang tidur dan memerhatikannya? Pernahkah anda berfikir bagaimana masa depannya kelak? Pernahkah anda tertanya-tanya apa yang dimimpikannya semasa tidur? Semua ini adalah soalan yang lazim ditanya oleh para ibu bapa.
Tiada sesiapa tahu apa yang akan berlaku dalam hidup kita. Biarpun kita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku pada masa depan, tetapi sebagai ibu bapa, sekurang-kurangnya kita boleh mempengaruhi masa depan dengan memberikan segala-gala yang terbaik kepada anak kita.
Junior Champs yang terletak di dalam perbandaran Mont Kiara yang sibuk dan makmur merupakan sebuah prasekolah yang memahami keperluan pendidikan prasekolah yang holistik dan menyeluruh bagi kanak-kanak pada zaman ini. Melalui penggunaan kaca, pencahayaan, warna dan susun atur yang bijak, Junior Champs telah menghasilkan satu ruang mengagumkan yang menyenangkan, selesa dan disukai oleh semua kanak-kanak.
Berikutan dengan reputasinya sebagai institusi terbaik, Junior Champs menawarkan visi yang menyeluruh bagi sebuah pendidikan prasekolah yang penuh bermakna serta bersesuaian untuk kanak-kanak pada masa kini. Junior Champs terletak di kawasan yang memperlihatkan kepelbagaian dari segi kewarganegaraan, budaya dan tradisi. Persekitaran begini boleh memperkenalkan kepada kanak-kanak sumber yang membolehkan mereka bergerak di luar batasan pelajaran harian, menganalisis punca dan akibat secara kritikal, serta mengenal kesamaan dan perbezaan.
Kanak-kanak turut didorong untuk mengemukakan pertanyaan siapa, apa, di mana serta mengapa dan bagaimana. Kesemua aktiviti dan pelajaran di Junior Champs direka supaya waktu pembelajaran kanak-kanak adalah lebih menarik dan berkesan.
Di dalam persekitaran yang tenang, tenteram serta dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau, Junior Champs menyediakan persekitaran yang menarik serta sesuai untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka, menemui dan bersikap kreatif.
Rangka kerja kurikulum di Junior Champs menggabungkan kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS). EYFS adalah kurikulum kebangsaan British yang merupakan amalan global yang terkini dan termaju dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Terdapat empat prinsip yang menjadi panduan dalam kurikulum ini:
Aspek kurikulum di Junior Champs yang paling mengagumkan adalah bahawa ia dijalankan dalam dua bahasa (Bahasa Inggeris dan Mandarin). Junior Champs bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek akademik bagi persekolahan, tetapi juga kepada pembentukan peribadi (character building) setiap kanak-kanak.
Dalam persekitaran yang menggunakan amalan terbaik EYFS dan Reggio Emilia, guru memberi tumpuan kepada kepentingan setiap kanak-kanak serta memberi sokongan dan bertimbang rasa terhadap setiap kanak-kanak. Matlamat keseluruhan bagi pendidikan awal kanak-kanak di Junior Champs adalah untuk membantu kanak-kanak menjadi berdikari dalam proses perkembangan mereka.
Sebagai prasekolah pertama di Malaysia yang menyokong Teori Pembelajaran Sosiobudaya Vygotsky (Vygotsky’s Sociocultural Learning Theory), kanak-kanak di Junior Champs bekerja rapat dengan kawan sedarjah yang berlainan umur dalam satu zon pembelajaran. Kawan sedarjah yang lebih muda boleh belajar daripada kawan sedarjah yang lebih tua. Pada masa yang sama, kawan sedarjah yang lebih tua akan menjadi lebih matang dengan membantu kawan-kawan mereka yang lebih muda. Pengalaman begini bukan sahaja membantu pembelajaran dan perkembangan kognitif mereka, malah juga membantu pematangan sosial kanak-kanak tersebut.
Junior Champs merupakan antara sebilangan kecil prasekolah yang menyediakan persekitaran di mana kanak-kanak memainkan peranan utama dalam proses pembelajaran. Dengan pengetahuan yang mendalam mengenai EYFS, guru di Junior Champs dapat mengenal pasti dan menangkap “saat untuk diajar (teachable moment)”. Pada terasnya, adalah diandaikan bahawa keperibadian kanak-kanak terbentuk pada tahun-tahun awal tempoh perkembangan dan kanak-kanak dikurniai dengan “Hundred Languages” yang membolehkan mereka menyampaikan idea dan pendapat mereka. Matlamat cara pembelajaran di Junior Champs ini adalah supaya kanak-kanak dapat mempelajari cara menggunakan bahasa simbolik (symbolic languages) seperti seni lukis (painting), seni arca (sculpting), seni permainan boneka (puppetry) dan drama dalam kehidupan sehari-harian, lantas menghasilkan sebuah dunia bertema yang kecil sambil mereka mengajuk pengalaman dalam dunia sebenar.
Kesemua bilik darjah dipenuhi dengan pelbagai stesen dan bahan yang direka untuk merangsang kanak-kanak dan menggalakkan motivasi untuk belajar. Berikutan dengan individualisasi sepenuhnya dalam proses pembelajaran, kanak-kanak tidak dikumpulkan mengikut umur, tetapi mengikut tahap kognitif. Dalam sistem yang fleksibel ini, kanak-kanak tidak akan berasa tertekan untuk mara dengan cepat. Maka, kanak-kanak boleh merasai keseronokan masa kanak-kanak mereka dengan sepenuhnya.
Satu lagi keunikan Junior Champs ialah kawasan bermain di luar yang besar dan menghijau untuk kanak-kanak bersenam dan bermain air. Prasekolah ini dilengkapi dengan penyaman udara dan udara yang nyaman dapat dirasai di seluruh prasekolah. Sudut membaca yang mempunyai banyak buku disediakan di merata-rata prasekolah yang luas ini dan menjadikannya sebuah prasekolah yang mempunyai sumber yang amat mencukupi. Junior Champs sememangnya pilihan prasekolah yang amat baik untuk anak anda.
Di Junior Champs, para pengajarnya memahami bahawa kanak-kanak yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza. Setiap kanak-kanak berada pada tahap pembangunan yang berbeza dan masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri. Dengan menyediakan persekitaran yang memperkayakan ilmu pengetahuan dan menggalakkan pembelajaran, Junior Champs akan membantu kanak-kanak memahami dan membimbing mereka untuk berfikir serta mendorong mereka untuk mencapai kejayaan.