on 12/03/2025 19
Highlights |
|
Ivy Kids Pre-school ditubuhkan pada tahun 2016 di bawah jenama Kumpulan Hatten. Visi mereka ialah untuk menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berbeza dan terbaik. Taska dan tadika berlesen ini mengalu-alukan kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 6 tahun dari pelbagai negara dan budaya. Persekitaran yang pelbagai budaya dapat memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka dan melahirkan warganegara berfikiran terbuka.
Ivy Kids Preschool menawarkan gabungan pembelajaran cara Reggio Emilia dan Cambridge Early Years Foundation Stage (EYFS) yang selari dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Melalui pendekatan ini, kanak-kanak dibimbing dalam persekitaran yang berunsur permainan dan akademik.
Falsafah Reggio Emilia menggalakkan kanak-kanak membuat penerokaan sendiri, jadi kreatif, dan belajar melalui persoalan. Ia membolehkan kanak-kanak meluahkan diri secara bebas dan berfikir secara kritis. Ini dilengkapi dengan kerangka Cambridge EYFS, yang memperkenalkan pembelajaran akademik berstruktur untuk menyediakan kanak-kanak memasuki peringkat sekolah rendah.
Kanak-kanak akan terlibat dalam projek berasaskan persoalan yang mendorong mereka meneroka idea besar dan berfikir secara kritis. Tema mudah digunakan seperti ‘haiwan’, dan ia boleh berkembang menjadi perbincangan tentang habitat, bunyi, dan isu alam sekitar seperti kepupusan. Pendekatan dinamik ini menjadikan pembelajaran sentiasa segar dan menarik.
Seni juga disepadukan dengan lancar dalam kurikulum. Kanak-kanak terlibat dalam projek praktikal menggunakan bahan kitar semula untuk memupuk kreativiti dan kesedaran mengenai alam sekitar. Tambahan lagi, kelas ucapan dan drama, sesi bercerita, serta persembahan konsert dan sambutan perayaan membantu membina keyakinan dan kemahiran komunikasi kanak-kanak.
Prasekolah ini menawarkan program sepanjang hari dari jam 8.30am hingga 3pm, dan pilihan penjagaan lanjutan (daycare) sehingga jam 5pm.
Jadual harian termasuk gabungan pelajaran akademik, aktiviti pengayaan, dan permainan. Ada juga program kurikulum tambahan seperti Taekwondo, kelas memasak, kelas ucapan & drama dan banyak lagi untuk menambah keseronokan kanak-kanak.
Kampus Ivy Kids Preschool amat luas. Ia meliputi kawasan seluas 25,000 kaki persegi. Ia direka dengan teliti untuk menyokong perkembangan holistic kanak-kanak. Bahagian hadapan menempatkan tadika, manakala bahagian belakang dikhaskan untuk taska.
Kemudahan-kemudahan termasuk taman permainan dalaman yang selamat dan menarik untuk semua umur. Terdapat juga taman langit di tingkat 7 di mana kanak-kanak boleh membuat aktiviti berkebun. Terdapat juga kotak pasir dan kawasan berbasikal untuk menggalakkan permainan fizikal dan perkembangan kemahiran motor. Kanak-kanak menikmati 30-40 minit permainan luar setiap hari, sama ada di taman permainan dalaman atau taman langit.
Selain itu, prasekolah ini juga mempunyai perpustakaan, atelier, dan bilik muzik & pergerakan untuk memupuk minat membaca dan seni dalam kalangan kanak-kanak.
Keselamatan memang diutamakan – sekolah ini mengamalkan langkah keselamatan ketat termasuk CCTV, pintu kaca berkunci yang hanya boleh diakses oleh kakitangan berlesen, dan protokol kesihatan yang ketat. Sementara itu, menu makanan dirancang di bawah bimbingan pakar pemakanan dan disediakan oleh chef profesional di bawah Kumpulan Hatten.
Pasukan pendidik dan pengasuh Ivy Kids Pre-school yang berdedikasi serta profesional mempunyai keikhlasan dan kasih sayang terhadap kanak-kanak. Sekolah ini mengekalkan nisbah guru-pelajar yang rendah untuk memastikan perhatian peribadi.
Pada masa yang sama, hubungan erat di antara ibu bapa dan sekolah diamalkan di sini kerana sekolah ini faham bahawa untuk memajukan seorang kanak-kanak memerlukan kerjasama semua pihak. Persidangan ibu bapa-guru, hari sukan, acara amal, serta sambutan budaya mewujudkan peluang untuk ibu bapa terlibat dalam perjalanan pembelajaran anak mereka. Sekolah ini juga menggunakan aplikasi LittleLives untuk memaklumkan ibu bapa tentang aktiviti harian, tingkah laku, dan kemajuan akademik anak-anak mereka.
Ivy Kids Preschool menggunakan cara holistiknya di dalam kurikulum mnereka. Dengan menggabungkan falsafah Reggio Emilia dan kurikulum Cambridge EYFS yang berstruktur, sekolah ini menawarkan yang pembelajaran yang terbaik sambil memenuhi keperluan sistem pendidikan Malaysia.
Pengajaran 3 bahasa, persekitaran pembelajaran yang ceria, pendidik yang berdedikasi, serta tumpuan kuat terhadap komuniti dan inklusiviti menjadikan Ivy Kids Preschool pilihan terbaik untuk ibu bapa di Melaka.