by on 14/09/2022 726
Sorotan Utama: |
|
Kemahiran yang tidak mungkin dapat digantikan oleh yang lain, demikianlah kebolehan membaca dalam diri seseorang. Sekiranya seseorang itu tidak boleh membaca dengan baik, kelemahan ini pasti akan menyusahkan dirinya, dan dia juga tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang memuaskan. Itulah kuasa membaca dalam kehidupan kita semua. Perlu diambil kira juga bahawa semakin muda (atau semakin awal), semakin baik untuk seseorang menguasai kemahiran ini.
Ditubuhkan di Singapura, I Can Read telah memenangi hati ibu bapa serta guru sebagai program pembelajaran yang berkesan untuk kanak-kanak, yang dapat membantu mereka membaca dengan lebih cekap. Seterusnya, ia akan menjadi permulaan tabiat sepanjang hayat yang bermanfaat, di mana semuanya bermula dengan semangat… membaca! Kiddy123 berpeluang untuk berbual dengan pemilik cawangan Sri Hartamas, Selene, bersama dengan suaminya David, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai segala kelebihan I Can Read, termasuk perihal programnya.
I Can Read, Sri Hartamas, cawangan ke-10 yang ditubuhkan di Malaysia, telah mula beroperasi pada Oktober 2020. Kami agak tertarik hati dengan kisah di sebalik penubuhannya, seperti yang diceritakan Selene. “Apabila anak perempuan saya, yang kini berumur 10 tahun, masih berumur tujuh tahun, saya mula sedari bahawa dia sedang mengalami kesukaran untuk membaca. Walaupun dia telah diajar fonik di tadika, dia masih tidak dapat membaca dengan cukup baik. Pada mulanya, semasa dia berulang kali minta dibantu dalam kerja rumahnya, saya mengata pada diri sendiri bahawa dia pasti akan dapat mengejar dan akan setanding dengan yang lain tidak lama lagi. Sementara itu, saya berusaha untuk membaca bersamanya, dan melakukan apa sahaja yang saya rasa dapat membantunya.” Malangnya, anaknya tetap menghadapi masalah semasa menghadapi ujian dan peperiksaan disebabkan tidak dapat membaca, lalu tidak memahami soalan-soalannya. “Saya sedar bahawa saya perlu melakukan sesuatu,” jelasnya.
Apabila kanak-kanak yang bersekolah menghadapi masalah membaca, atau mempunyai kemahiran membaca yang lemah, segala peluang belajar dan bersosial juga agak dihadkan. Mereka juga akan mengalami kesukaran dalam mengejar kerja-kerja sekolah mereka. Tanpa kemahiran membaca, tugas yang kecil pun seolah amat mencabar bagi mereka. Sekiranya tidak ditangani dengan cepat, isu kelemahan dalam membaca ini boleh menggugat keyakinan diri serta harga diri kanak-kanak semasa mereka sedang membesar.
Dengan tujuan untuk mengubah keadaan dan untuk membantu anaknya, Selene cuba mendaftarkan anaknya itu ke kelas tuisyen khas, namun hasilnya menghampakan. "Kebanyakan pusat tuisyen bercenderung terlalu progresif dan mengajar perkara seperti tatabahasa dan penstrukturan ayat umpamanya, manakala anak perempuan saya memerlukan bantuan dengan asas membaca," kongsinya. Kemudian, berdekatan dengan pejabatnya, cawangan baru I Can Read kebetulan baru dibuka. Selene pun memutuskan untuk menghantar anaknya ke pusat itu, dan itu merupakan tindakannya yang terbaik dari segi membantu anaknya membaca!
“Dalam tempoh yang singkat sahaja, anak perempuan saya telah dapat membaca dengan lebih baik, tanpa memerlukan bantuan saya. Saya amat kagum dengan perubahannya itu!" dia menyatakan dengan semangat sekali. Kami yang mendengarnya pun turut teruja! Apabila mengajar kanak-kanak membaca, perhatian yang berat lazimnya diberikan kepada fonik. Walaupun fonik bahagian penting dari segi kemajuan membaca kanak-kanak, terdapat juga elemen-elemen lain yang tidak kurang penting yang perlu dititikberatkan bagi memastikan kanak-kanak belajar membaca dengan lebih baik dan pantas.
Dari pengalaman dan sudut pandangan Selene dan keluarganya, I Can Read nampaknya mempunyai kelebihan yang ketara berbanding banyak program bacaan lain untuk kanak-kanak. “Saya dan suami segera menyedari potensi besar program ini, dan bagaimana ia dapat membantu keluarga lain yang menghadapi dilema yang sama seperti kami ketika itu. Seterusnya, kami memutuskan untuk bertindak, dan terus membuka cawangan kami sendiri di Sri Hartamas,” ceritanya.
Dari sudut yang asas sekali, sama ada kita sedar atau tidak, pembaca-pembaca baru akan menghadapi cabaran pertama mereka apabila cuba menggabungkan huruf untuk mencapai golongan bunyi tertentu. Selain itu, mereka juga perlu mempelajari bunyi dan sebutan perkataan-perkataan, biarpun terdapat huruf-huruf dan/atau kombinasi huruf yang dapat menghasilkan lebih daripada satu bunyi. Terdapat perkataan yang mudah disebut, dan juga perkataan yang lebih sukar untuk disebut. Seperti yang dihuraikan oleh Selene, program I Can Read ini menggunakan kod-kod khas untuk membantu pelajar mengenal pasti semua bunyi berpotensi mana-mana huruf dan gabungan huruf, dan ini menawarkan cara unik untuk mendedahkan kanak-kanak kepada asas pembacaan. Program ini berkesan dalam menangani semua elemen penting semasa belajar membaca, membolehkan pelajar maju dengan selesa sambil berkembang dalam kemahiran membaca mereka. I Can Read menggunakan kesedaran Fonemik, Fonik dan urutan adunan Phono-graphemic, dan ia merupakan program yang bernilai untuk wang. Program ini dapat membantu kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur untuk menguasai kemahiran membaca yang terbukti amat berharga kepada mereka sepanjang hayat!
Membaca ialah kemahiran hidup yang penting, namun masih terdapat ibu bapa yang tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada kebolehan ini dalam diri anak mereka disebabkan bergantung harapan sepenuhnya kepada pengajaran di tadika atau prasekolah. Perlu diingati bahawa bukan semua kanak-kanak dijamin akan dapat membaca dengan baik apabila tamat pendidikan mereka di tadika. Untuk kebaikan kanak-kanak, sebarang isu dengan kebolehan membaca perlu dikesan dan tindakan perlu diambil dengan segera. Para pakar kerap menasihati bahawa kanak-kanak perlu didedahkan kepada elemen pembacaan seawal usia 2 ½ tahun. Hubungi I Can Read hari ini, untuk hasil terbaik bagi anak anda di esok hari!