by on 05/07/2023 654
Sorotan Utama |
|
Sekolah Antarabangsa Hua Xia (HXIS), Seri Kembangan mempunyai profail sekolah yang cemerlang. Tawaran kurikulum, fasiliti, pasukan akademik serta perhatian mereka dalam melahirkan kesedaran kewarganegaraan global, merupakan tarikan utama kepada keluarga yang mendaftarkan anak-anak mereka di sini. Di HXIS, mereka berusaha sedaya upaya untuk menyediakan persekitaran inklusif untuk pelajar yang datang dari jauh dan dekat untuk berterusan mencabar diri untuk mencapai potensi penuh mereka.
Sekolah ini terletak di dalam bangunan selamat yang dikawal rapi di Wisma Huazong, Seri Kembangan, lengkap dengan kamera CCTV yang digunakan untuk memantau semua aktiviti di dalam kompaun sekolah sepanjang masa. Fasiliti ini merupakan contoh terbaik matlamat sekolah ini. Ia menawarkan persekitaran pembelajaran yang lengkap dengan ruang yang luas, termasuklah dewan serbaguna, bilik komputer, kompleks sukan dalam bangunan, kafeteria, perpustakaan, makmal sains, ruang bacaan, padang yang luas, dan juga bilik sakit. Bilik darjah dilengkapi dengan papan hitam pintar dan interaktif, oleh itu, kanak- kanak dapat berinteraksi dalam persekitaran multidimensi di mana subjek teras disampaikan dengan usaha untuk menerapkan pembelajaran kolaboratif, kreatif, dan inovatif.
Di HXIS, pelajar mendapat inspirasi untuk mencapai impian tinggi, lebih daripada kejayaan akademik, dan sentiasa menghargai keunikan dan bakat mereka. Guru- guru berdedikasi untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang penting untuk menjadi warga global yang berjaya, agar mereka bersedia untuk menghadapi masa hadapan dengan keyakinan, sifat berdikari dan juga kepimpinan.
Persekitaran yang menyokong akademik juga menjadi teras pengalaman pembelajaran yang menyeluruh di HXIS, bermula dengan Asasi Tahun Awal (Early Years Foundation). Asasi ini merangkumi program Pra-Taska hingga Tadika (Pre- Nursery - Kindergarten), menyediakan pelajar berusia 1.5 hingga 6 tahun dengan asas yang kukuh untuk pembelajaran di masa hadapan. Permainan dan eksplorasi menjadi titik utama pembelajaran awal si kecil. Pelbagai aktiviti berstruktur dan berasaskan permainan digunakan dalam proses pembelajaran, menyeimbangkan pembelajaran yang dipandu guru dan dimulakan pelajar. Aktiviti- aktiviti merangkumi bidang utama berikut: perkembangan individu, sosial dan emosi, perkembangan fizikal, perkembangan komunikasi dan bahasa, perkembangan literasi, matematik, memahami kepimpinan dunia, dan juga rekabentuk dan seni ekspresif. Pengajaran adalah berdasarkan inkuiri, bertujuan untuk membina pengetahuan menggunakan rasa ingin tahu, bakat dan minat kanak-kanak. Pembelajaran dibantu oleh alat bantu mengajar yang berkesan seperti permainan pendidikan dan prop pengajaran yand dibuat sendiri. Platform sekolah ini digunakan untuk membantu kanak-kanak membina asas kukuh untuk pendidikan mereka di peringkat seterusnya.
HXIS menyediakan pendidikan yang luas dan seimbang untuk pelajar mereka dengan menawarkan program Sekolah Menengah (Secondary Programme). Rangka kerja 5 tahun Cambridge ini adalah persediaan yang hebat untuk apa saja bidang yang akan diceburi pelajar selepas sekolah menengah. Pelajar di peringkat ini akan menerima guru pakar untuk setiap subjek dan mereka akan menduduki peperiksaan yang diiktiraf global - International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) - pada akhir Tahun 11. Di sepanjang pendidikan, pelajar akan mengambil peranan aktif dalam pembelajaran mereka, menyiapkan projek yang menguatkan pengajaran, berkerjasama dengan satu sama lain dalam perbincangan rakan sebaya, berkomunikasi tentang hasil melalui pembentangan dan juga berlatih kemahiran insaniah yang boleh dipraktikkan dalam pelbagai aspek hidup mereka nanti. Sebagai sebahagian daripada pendidikan berkualiti HXIS, pelajar dapat mengambil bahagian dalam pelbagai jenis aktiviti seperti robotik, bola tampar, taekwondo, hari usahawan, minggu bacaan, pertandingan dan pencarian harta karun, untuk memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran mereka.
Secara keseluruhannya, HXIS menunjukkan niat yang tinggi untuk melahirkan pelajar yang akan menjadi yakin dengan kemahiran mereka untuk menjadi siapa saja yang mereka mahukan, yakin dengan hubungan mereka dengan orang lain dan juga yakin dengan tujuan mereka di dunia. Pengalaman yang fokus kepada pelajar dan pembelajaran aktif di sini adalah janji kepada masa depan, dan dalam kata-kata John Dewey, “Jika kita mengajar pelajar zaman sekarang dengan cara yang dahulu, kita merampas masa depan mereka.”