by on 26/09/2019 2387
Petikan kata-kata daripada Maxime Legacé, “Kebahagiaan adalah bukan sekadar melakukan perkara yang menyeronokkan, ia adalah tentang melakukan perkara yang bermakna”, dan ini adalah kenyataan terbaik untuk menggambarkan Happy Villa. Terletak dalam kawasan kediaman di Taman Bukit Indah, tadika ini menghargai zaman kanak-kanak anak anda dengan menyediakan program pembangunan holistik terbaik dan program pendidikan yang bermakna untuk 3 hingga 6 tahun.
Dialu-alukan oleh pengetua sendiri, Puan Chen, dengan 10 tahun pengalaman dalam perakaunan, beliau memutuskan untuk mengejar kebahagiaan beliau sendiri dengan melakukan sesuatu yang bermakna, sesuatu yang beliau sangat minati – pendidikan awal kanak-kanak. Bersama dengan asas diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak dan pengalaman kerja sebagai guru sambilan, pengejar impian ini kini menjadi seorang pengetua tadika yang bahagia sejak tahun 2015.
Mengekalkan pegangan dalam pembangunan holistik, tadika ini bermatlamat untuk menyediakan kurikulum yang menarik dan bermakna bagi memenuhi keperluan awal kanak-kanak. Dengan keseimbangan yang baik antara kesemua domain yang difokuskan iaitu bahasa, kemahiran-kemahiran motor, kreativiti, penemuan, keperibadian, keyakinan diri dan interaksi sosial, sesi-sesi persekolahan di sini diisi dengan pembelajaran yang menyeronokkan.
Berdasarkan teori pendidikan untuk kanak-kanak berusia 3 – 6 tahun, Happy Villa Kindergarten percaya bahawa pembangunan penulisan, pembacaan dan pendengaran hanyalah sebahagian daripada peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Kanak-kanak perlu aktif secara fizikal dan terlibat secara emosi bukan sahaja dalam perkembangan kognitif tetapi juga perkembangan sosial mereka sendiri. Dengan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan berasaskan interaksi, pendidik di sini tidak hanya mengajar berdasarkan buku teks tetapi sebaliknya mereka melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan, objek-objek sebenar dan penerokaan alam semula jadi. Menggunakan kaedah pengajaran bersepadu dan rutin amali, Pre-Nursery (3 tahun), Nursery (4 tahun), Kindergarten 1 atau K1 (5 tahun), dan Kindergarten 2 atau K2 (6 tahun), kurikulum yang disediakan disesuaikan mengikut tahap pembangunan, kefahaman dan keperluan pelajar. Subjek-subjek yang dimasukkan dalam pelan pendidikan tadika ini adalah Bahasa, Matematik, Sains, Seni dan Kraf.
Mengambil langkah pertama dalam pembelajaran formal, pelajar Pre-Nursery (3 tahun) perlahan-lahan diperkenalkan kepada konsep pembelajaran. Oleh disebabkan ini akan menjadi pelajaran pertama dalam kehidupan mereka, pendekatan yang dikenakan hendaklah tidak terlalu susah dan terlalu menakutkan. Berdasarkan pemerhatian ini, Happy Villa Kindergarten menggunakan Program Multisensory dan kelengkapan ini diberikan kepada setiap pelajar Pre-Nursery. Meningkatkan pembelajaran mereka melalui kelima-lima deria, turutan pembelajaran menggunakan alatan ini bermula daripada objek sebenar, gambar dan kemudiannya kepada pengenalan huruf-huruf.
Bagi Nursery, K1 dan K2, setiap tahap turut meningkat mengikut kesesuaian usia. Kumpulan-kumpulan umur ini lebih menggunakan kertas kerja dan buku teks daripada segi persediaan mereka bagi peralihan ke sekolah rendah yang lancar. Matlamat utama Happy Villa Kindergarten adalah untuk menjadikan pelajar tidak takut kepada persekolahan dan bagi meningkatkan cinta mereka dalam pembelajaran sepanjang hayat.
Selaras dengan pendekatan holistik Happy Villa Kindergarten, sekolah ini turut menyediakan aktiviti-aktiviti kokurikulum – Muzik, Seni dan Kraf, Aritmetik dan Taekwondo – yang dijalankan bagi mengisi hari Jumaat dan Sabtu atas permintaan ibu bapa. Dalam meningkatkan kesedaran diri mereka dan penemuan kepada dunia sekeliling mereka, Happy Villa Kindergarten juga menganjurkan acara-acara khas seperti lawatan, hari sukan, hari kanak-kanak, sambutan hari jadi dan aktiviti-aktiviti melibatkan ibu bapa. Kegiatan ini penting untuk memupuk semangat dan minat kanak-kanak, dalam pada masa yang sama membuat mereka berasa dihargai dan yakin pada diri mereka sendiri.
Di Happy Villa Kindergarten, pembentukan peribadi dan tingkah laku yang baik sangat dipandang tinggi. Pelajar yang baik bukan hanya pelajar yang bagus tetapi juga perlu menjadi insan yang berhati mulia. Di sini, para pelajar digalakkan untuk bersikap sopan, berkongsi, bekerjasama, dan berbuat baik kepada satu sama lain. Bagi menunjukkan betapa pentingnya prinsip ini, tadika ini menilai dan menganugerahi pelajar terbaik berdasarkan Kelakuan Terbaik dalam acara graduasi tahunan K2. Happy Villa Kindergarten bukan hanya sekadar sebuah institusi akademik, tetapi juga tempat di mana kanak-kanak dibentuk menjadi manusia yang baik pada masa akan datang.