by on 04/10/2024 949
Sorotan Utama |
|
Pusat Asuhan Kanak-Kanak Happy Days, Taiping berdedikasi untuk memenuhi matlamat mereka dalam menyediakan pendidikan awal dan program penjagaan kanak-kanak yang cemerlang, dan juga memenuhi keperluan ibu bapa dalam masyarakat sekeliling. Dikendalikan oleh guru-guru yang penyayang dalam persekitaran yang serba lengkap, pusat ini berusaha untuk mengembangkan potensi penuh kanak-kanak dengan kurikulum kreatif berpandukan kaedah Maria Montessori. Happy Days menawarkan program separuh hari dan sepenuh hari (half-day dan full-day) kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun dengan tujuan untuk memenuhi objektif berikut:
Di Happy Days, guru-guru faham anak kecil semulajadinya bersifat ingin tahu. Mereka mahu tahu mengapa si ulat bulu berwarna hijau, bagaimana burung boleh terbang, dan pelbagai lagi soalan lain. Ini hanyalah otak mereka menghubungkaitkan informasi untuk belajar bagaimana dunia di sekeliling mereka berfungsi. Sifat ingin tahu merupakan salah satu sifat penting untuk kanak-kanak, kerana ianya membantu mereka untuk menyukai sesi pembelajaran. Oleh itu, guru-guru di Happy Days berusaha untuk menggalakkan sifat semulajadi kanak-kanak untuk belajar daripada hanya membacakan mereka fakta dari buku.
Kanak-kanak di sini menggunakan masa mereka setiap hari dengan aktiviti yang direka untuk merangsang sifat ingin tahu mereka untuk belajar, dan juga memberikan mereka dengan skil yang diperlukan untuk beralih secara lancar ke sekolah rendah. Dalam persekitaran yang direka khas ini, mereka dapat meneroka minat mereka sendiri dalam bidang bahasa, matematik, sensori, sains, geografi kemahiran hidup, kebudayaan dan sebagainya. Antara contoh aktiviti yang disediakan adalah termasuk, bercucuk tanam, mencedok, menuang, menyusun bentuk di atas dulang geometri, mengira urutan nombor, mengenalpasti corak, belajar untuk mengenal huruf, membaca, dan peringkat awal penulisan.
Terdapat juga banyak masa aktiviti luar yang dijadualkan untuk kanak-kanak menghargai dan menghormati alam semula jadi. Walaupun semuanya menyeronokkan dan menarik, ia dirancang dengan teliti mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.
Happy Days sangat komited terhadap melengkapi kanak-kanak dengan kemahiran yang perlu bagi kejayaan masa hadapan mereka melalui program inovatif S.T.E.A.M mereka. Mereka sedar akan kepentingan mengalakkan daya pemikiran kritis, jadi guru-guru menggunakan strategi mengajar yang sesuai dengan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai keperluan dan minat mereka sendiri. Dalam program S.T.E.A.M ini, pelbagai aktiviti, termasuklah Buku Kerja Kemahiran Berfikir (Thinking Skills Workbook), sesi pembelajaran berasaskan permainan, Gim Muzik, dan Brain Workout turut disertakan. Inisiatif-inisiatif ini direka khas untuk memupuk kreativiti, meningkatkan daya penyelesaian masalah, dan menanam rasa cinta akan ilmu dalam kalangan pelajar.
Happy Days menerapkan elemen utama dari sistem pendidikan Finland dalam kurikulum mereka. Pusat penjagaan ini secara aktif mempromosikan nilai-niali seperti kesamaan dan keterangkuman, bagi memastikan setiap kanak-kanak mempunyai peluang belajar yang sama rata. Selain itu, Happy Days memberi penekanan kepada penerokaan dan pembelajaran secara autonomi. Di sini, murid-murid terlibat secara aktif dalam aspek-aspek seperti membina pemikiran secara berdikari, sikap bertanya dan ingin tahu, dan guru-guru pula berperanan sebagai mentor. Mereka membimbing murid-murid untuk memenuhi rasa ingin tahu, kreativiti, dan pemikiran kritis sebagai sebahagian daripada pengalaman pembelajaran mereka.
Pendekatan di Happy Days bertujuan untuk mengurangkan kerja rumah dan kertas ujian. Penekanan diberikan kepada menyiapkan tugasan di sekolah dan memupuk minat kanak-kanak tanpa bergantung kepada tugasan luar sekolah mahupun peperiksaan. Kaedah ini selaras dengan falsafah pendidikan Finland yang bertumpukan pengalaman pembelajaran yang holistik.
Happy Days juga mengutamakan profesionalisme dan rasa hormat terhadap guru-gurunya. Guru-guru menerima latihan dan perkembangan profesional bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran yang sesuai untuk melakukan kerja masing-masing dengan sempurna. Mereka mempunyai kebebasan untuk mengajar di dalam bilik darjah, dan ini sejurusnya dapat membantu mereka menyelaraskan pengajaran mereka kepada keperluan setiap kanak-kanak. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kualiti pengajaran tetapi juga menyumbang kepada murid-murid yang lebih gembira dan positif, sekaligus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang efektif.
Salah satu ciri lain di pusat penjagaan ini adalah guru-guru yang prihatin terhadap keperluan individu kanak-kanak. Mereka menyayangi dan mempunyai rasa hormat terhadap kekuatan dan kelemhan individu kanak-kanak tersebut, dan memberi ruang untuk mereka berkembang mengikut tahap dan kebolehan masing-masing. Guru akan membimbing murid-murid untuk mencapai potensi maksima mereka.
Di Pusat Penjagaan Happy Days, kanak-kanak mengikuti corak masa belajar, masa makan, bermain di luar dan tidur siang yang konsisten. Rutin yang boleh dijangka ini mempengaruhi disiplin, sifat berdikari dan emosi mereka secara positif. Tabiat yang dikembangkan sekarang akan menjadi tabiat hidup mereka selamanya.
Secara umumnya, pengalaman pembelajaran yang memperkayakan kanak-kanak ini mampu mempengaruhi kemahiran kebersediaan mereka untuk bersekolah, seperti mengenal huruf dan nombor, memegang pensel dengan betul, memahami topik yang akan diperkenalkan di sekolah rendah, cara mengawal emosi, menyelesaikan masalah dan yakin untuk belajar seumur hidup. Ini akan memastikan kanak-kanak bersedia untuk beralih ke sebarang jenis sekolah rendah nanti.