on 19/07/2018 2621
Walaupun Tadika Happles masih muda dan baru, ia berjaya mencerminkan lebih daripada dua dekad pengalaman pengasasnya, Cik Heng dalam landskap pendidikan. Cik Heng menawarkan satu bentuk pendidikan yang bukan semata-mata untuk memberi pengajaran tetapi untuk mendidik supaya pelajar berkeupayaan melibatkan diri secara kreatif, hormat dan bijaksana melalui dunia di sekeliling mereka. Latihan dan pembangunan yang berterusan dititikberatkan. Cik Heng komited untuk menyampaikan kurikulum yang berasaskan amalan terbaik melalui bantuan pengalaman profesional mereka. Sebagai seorang pelajar sepanjang hayat, Cik Heng seronok walaupun penuh cabaran dalam usaha mencari jalan dan kaedah yang terbaik untuk mendidik kanak-kanak. Usaha ini dimantapkan lagi dengan menghadiri siri bengkel atau menyertai komuniti pembelajaran kolaboratif. Di Happles, pengetuanya berhasrat untuk menanam rasa cinta kepada ilmu.
Happles beroperasi di dalam bangunan yang telah dibina khusus untuk menempatkan kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun. Suasana di Happles adalah menyokong dan bersifat progresif, dengan ruang pembelajaran yang cerah dan bersih. Kawasan permainan di luar yang besar, merangsang pengalaman pembelajaran yang lebih seimbang di sekolah. Konsep pendidikan moden sebagai asas: program pendidikan yang sesuai dengan usia, pendekatan berasaskan aktiviti, belajar untuk belajar, perhatian diberikan untuk menanam minat kanak-kanak, pelajar mendominasi perjalanan pembelajaran.
Kurikulum teras ditulis untuk pelbagai jenis pelajar menggunakan gaya pembelajaran yang berbeza. Ia terdiri daripada campuran kaedah terbaik yang diambil dari pendidikan Montessori, sudut pembelajaran, kurikulum bersepadu, pembelajaran menerusi pengalaman dan pembelajaran berasaskan projek. Pendekatan yang seimbang ini mendorong penglibatan dari semua pelajar dan bukan dari orang-orang yang hanya responsif kepada mana-mana satu kaedah pengajaran tertentu khususnya.
Pengalaman pembelajaran bermula dari kanak-kanak yang berusia 3 hingga 4 tahun menerusi aktiviti bermain, eksplorasi dan eksperimen. Dalam usaha membina keyakinan mereka, penekanan yang kuat juga diberikan kepada pembelajaran yang lebih konkrit serta berakar dalam pengalaman praktikal. Guru-guru yang terlatih bertindak sebagai pemberi panduan, memperkenalkan kanak-kanak kepada bahan-bahan pembelajaran yang semakin sukar mengikut kesesuaian. Pengalaman ini ditekankan untuk memberi sokongan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun supaya mereka bersedia bersemuka dengan konsep pembelajaran yang baru serta lebih intensif, melalui pembelajaran berasaskan projek. Projek berstruktur dirancang dan dijalankan untuk membuka jalan dan peluang penerokaan yang baru. Bahan, ruang dan peluang baru diperkenalkan untuk menrangsang kanak-kanak mencari dan mempersoalkan isu-isu yang lebih lanjut dan berkaitain. Pendekatan ini dianggap lebih berkesan untuk digunakan bagi mengekalkan kelangsungan pembelajaran yang bersifat peribadi, kolaboratif, kreatif; pembelajaran yang berorientasikan penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal.
Tumpuan kepada kurikulum bersepadu digunapakai pada semua kumpulan umur. Aktiviti menghubungkan beberapa bidang pengajian yang berbeza dengan menggabungkan pelbagai disiplin mata pelajaran diajar. Pelajar dididik melalui Learning Corners - aktiviti pembelajaran khas dengan kawasan yang telah ditetapkan di dalam sesuatu bilik darjah telah direka bagi membolehkan kanak-kanak bermain dan belajar melalui pelbagai bahan, peralatan dan subjek pilihan mereka.
Ini secara tidak langsung memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk memilih apa yang mereka mahu, di samping menggalakkan aspek kebebasan, tumpuan dan pembelajaran melalui penyiasatan. Walaupun prestasi akademik bukanlah fokus utama, ini tidak bermakna sekolah tidak berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang. Guru akan sentiasa memastikan suasana persekitaran pembelajaran di Happles berjaya memudahkan frasa peralihan segenap kanak-kanak dari prasekolah ke sekolah rendah.
Aktiviti-aktiviti kurikulum, program pengayaan, lawatan sambil belajar, peluang persembahan, keseimbangan pembelajaran dalam bilik darjah dan luar bilik darjah, dan program-program percutian; kesemua ini berfungsi serentak dan bersama untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang. Happles akan terus menawarkan program-program pengayaan selepas waktu sekolah, seperti memperkenalkan aktiviti yoga, seni, robotik, dan program STEAM. Perkhidmatan yang diberikan termasuklah usaha untuk memanjangkan waktu penjagaan harian bagi membantu kanak-kanak yang berumur 7 tahun dalam aktiviti pembelajaran sekolah mereka, termasuklah bantuan menyiapkan kerja rumah.
Hubungan antara ibu bapa dan sekolah adalah kukuh. Pengetua sentiasa berusaha untuk memasukkan aktiviti dan bengkel yang bermanfaat dalam usaha menanam semangat tanggungjawab bersama kepada kanak-kanak mahupun ibu bapa. Misi Happles adalah sentiasa berusaha untuk menawarkan program pendidikan yang berorientasikan pelajar, di samping menyokong perjalanan kanak-kanak untuk mencapai potensi terbaik mereka.