by on 07/11/2024 763
Sorotan Utama |
|
Dr Solarise Learning Home, Ayer Itam menawarkan perkhidmatan prasekolah dan penjagaan harian penuh untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Di sini, setiap kanak-kanak dianggap sebagai individu unik, dihargai dan disokong dalam semua aspek perkembangan awal kanak-kanak supaya mereka boleh mencapai potensi penuh mereka. Pasukan guru mengambil berat dalam memastikan kanak-kanak gembira setiap hari, dan mereka juga menumpukan pada pembinaan hubungan hormat-menghormati dengan ibu bapa.
Tadika ini terletak di sebuah kedai seluas 2000 kaki persegi di Jalan Paya Terubung. Lokasi ini amat sesuai dan menyenangkan keluarga menghantar dan menjemput anak-anak mereka. Semuanya tersusun denga rapi di dalam pusat yang berhawa dingin sepenuh ini. Terdapat perabot bersaiz kanak-kanak dan rak buku dengan banyak bahan pembelajaran untuk kanak-kanak. Ini amat penting kerana boleh membantu mengembangkan sikap berdikari mereka. Kemudahan dalaman termasuk bilik darjah yang berasingan, sudut bacaan, kawasan bermain, pentas persembahan dan kawasan terbuka yang boleh memuatkan aktiviti yang berbeza.
Malah sebelum wabak bermula, guru-guru di pusat sudahpun mengambil amalan terbaik untuk meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko penularan COVID-19. Pemeriksaan suhu dan kesihatan badan dilakukan setiap pagi bagi mengekalkan keselamatan operasi tadika; mesin pembasmi kuman udara dipasangkan di pintu masuk pusat bagi mengurangkan risiko jangkitan; melakukan pembersihan seluruh pusat beberapa kali sehari; pelajar dan kakitangan pusat dikehendaki menjalani ujian untuk COVID-19 setiap 2 minggu; dan sistem pengawasan CCTV yang lengkap dipasang untuk memastikan keselamatan persekitaran.
Guru-guru di Dr Solarise Learning Home berkelayakan dan bersemangat untuk memberikan kanak-kanak pengalaman pembelajaran awal yang terbaik. Mereka bermula dengan prngajaran asas dan ia merangkumi segala yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak yang sedang membesar, termasuk literasi, numerasi dan pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk memasuki sekolah rendah. Kelas dan aktiviti dijalankan dalam kumpulan kecil tidak lebih daripada 12 orang pelajar pada satu masa. Dengan cara ini, kanak-kanak akan menerima lebih perhatian peribadi dan kemajuan lebih cepat dalam proses pembelajaran mereka.
Kursus di Dr Solarise Learning Home menyediakan banyak aktiviti praktikal dan yang berasaskan permainan untuk kanak-kanak. Ia akan menggalakkan perkembangan akademik, sosial, emosi dan fizikal mereka. Bagi kumpulan yang termuda iaitu kanak-kanak yang berumur 3 tahun, banyak aktiviti pelbagai deria digunakan untuk memperkenalkan mereka kepada dunia kita. Apabila usia mereka semakin meningkat, Program Pembelajaran Multimedia eDaya dan Program Sains UC disepadukan ke dalam kurikulum mereka. Kedua-duanya selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Malaysia. Program Pembelajaran Multimedia eDaya menampilkan perisian bilik darjah interaktif yang merangkumi animasi, lagu, cerita dan permainan menghiburkan untuk meningkatkan penglibatan kanak-kanak dalam pembelajaran. Setiap pelajaran diatur dengan baik untuk menguatkan otak kanan, menggalakkan pembelajaran bahasa yang betul, meningkatkan daya ingatan kanak-kanak, merangsang daya kreatif dan meningkatkan kebolehan berfikir mereka.
Setiap bulan, guru akan menyediakan satu siri pelajaran dan aktiviti berdasarkan satu tema tertentu - seperti kenderaan dan haiwan - untuk memastikan kanak-kanak berminat untuk belajar. Kaedah ini membantu kanak-kanak mempelajari pelbagai bidang subjek, dari seni dan muzik ke matematik dan sains. Sebagai nota sampingan, sebelum wabak, kanak-kanak juga berpeluang membuat lawatan ke ladang, menaiki jenis pengangkutan yang berbeza dan belajar untuk membuat sushi. Tujuan aktiviti-aktiviti ini adalah supaya mereka boleh mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang cara kandungan yang mereka pelajari boleh digunakan dalam kehidupan sebenar.
Tidak kira di peringkat mana pembelajaran kanak-kanak, guru bekerja keras mendidik kanak-kanak supaya mempunyai asas yang kukuh untuk pembelajaaran sepanjang hayat, sambil memastikan anak-anak kecil menikmati masa mereka di pusat. Di samping itu, banyak masa diperuntukkan untuk memupuk kemahiran hidup praktikal, dan mengsuh mereka supaya mempunyai sifat dan sikap yang positif. Selain daripada memberi peluang pelajaran kepada kanak-kanak, Dr Solarise Learning Home juga mengambil berat tentang pemakanan yang seimbang untuk kanak-kanak. Ini adalah kerana pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat. Di samping itu, tadika juga menawarkan aktiviti kokurikulum yang menyeronokkan, termasuk seni mempertahankan diri, ukulele, kelas Bahasa Malaysia dan seni lukis.
Walaupun tadika ini hanya beroperasi untuk beberapa tahun, pasukan di Dr Solarise Learning Home bekerja keras untuk memastikan setiap aspek pusat dijaga dengan baik. Ini termasuk membina hubungan ibu bapa-guru yang erat, serta memastikan ibu bapa dimaklumkan tentang pembelaharan anak-anak mereka yang pada akhirnya demi kepentingan terbaik pelajar.