by on 06/05/2024 208
Sorotan Utama |
|
Ibubapa muda kini menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan zaman moden ini. Kebanyakan isi rumah terdiri daripada ibu bapa yang bekerja, dan bukan semuanya mendapat sokongan penjagaan dari ahli keluarga.
Oleh sebab itu, ramai ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan – tetapi mencari tempat yang sesuai menjadi tugas yang sukar.
Matlamat Do Re Mi Baby & Child Care Centre adalah untuk meringankan beban ibu bapa dengan khidmat asuhan yang rapi untuk si manja kecil, memastikan mereka menerima asuhan dan didikan yang perlu semasa tahun-tahun yang paling formatif dalam kehidupan mereka.
Baru sahaja dibuka di sebuah taman perumahan berpagar di Bandar Bukit Tinggi 2, Klang, pusat ini menawarkan khidmat asuhan untuk bayi dan kanak-kanak dari usia dua bulan hingga empat tahun.
Program jagaan harian memudahkan ibubapa yang bekerja, dan bermula dari 8 pagi hingga 7 petang dari hari Isnin hingga Jumaat.
Pengasas pusat jagaan ini, Cik VV Loo, mempunyai pengalaman lebih dari sedekad bekerja di taska, dan beliau juga telah menjalani Kursus Asuhan Permata (KAP).
Aktiviti fizikal dan pergerakan merupakan salah satu ciri penting dalam perkembangan awal kanak-kanak. Ruang dalaman dan kawasan luaran yang luas di Do Re Mi Baby & Child Care Centre memastikan kanak-kanak mendapat aktiviti fizikal yang secukupnya.
Cik Loo menyuluhkan manfaat terhadap kanak-kanak apabila mereka meluangkan masa di luar: mereka bukan sahaja mendapat udara yang segar dan cahaya matahari semulajadi setiap hari, tetapi aktiviti luar juga dapat membantu mereka membina keyakinan dri dan daya pemerhatian mereka. Halaman depan rumah diliputi rumput, dan terdapat sebuah set permainan di tengah-tengah kawasan ini.
Perhatian yang teliti telah diberikan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk si kecil.
Irama dan muzik yang lembut mengalu-alukan kanak-kanak sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke premis pusat jagaan ini, ditambah lagi dengan warna-warna yang tenang.
Latarbelakang yang neutral ini membolehkan kanak-kanak secara semulajadinya tertarik pada objek dan bahan pembelajaran yang berwarna-warni, yang tersusun kemas di atas rak dan di semua sudut.
Tingkat pertama pula khusus untuk kumpulan bayi, dan segala perabot dan perkakas disusun rapi dan bersih.
Setiap bilik dilengkapi dengan penapis udara, penapis air, dan mesin-mesin pensterilan. Terdapat juga kemudahan stor untuk ibu-ibu yang menyusu.
Keselamatan diutamakan di sini: CCTV dipasang di setiap pelosok pusat jagaan ini, manakala tangga pula dilengkapi dengan pagar dan kunci. Dinding-dinding juga dilapis dengan bahan yang lembut.
Beberapa tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak adalah amat penting untuk menyemai minat belajar yang akan berkekalan sepanjang hayat. Itulah sebabnya Do Re Mi menggalakkan perkembangan otak secara menyeluruh yang menyeluruh melalui gabungan pendekatan Montessori dan aktiviti berasaskan permainan.
Melalui tema mingguan, kanak-kanak didedahkan pelbagai aspek berlainan dalam perkembangan dan pembelajaran mereka, termasuklah tiga bahasa utama (Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Mandarin), Matematik, muzik dan irama, seni dan kraf, dan lain-lain lagi.
Pembelajaran dijadikan aktiviti yang menarik melalui mainan yang berasaskan pendidikan, membolehkan kanak-kanak untuk mengaitkan konsep seperti warna, bentuk, dan saiz, di samping aktiviti nyanyian, permainan, dan bercerita.
Kemahiran praktikal merupakan salah satu aspek yang lain yang dipupuk di pusat jagaan ini. Sebagai contoh, kanak-kanak diberikan tugas yang mudah seperti memotong buah dan menuang air bagi membina daya motor halus mereka.
Salah satu ciri yang membezakan Do Re Mi dari pusat-pusat asuhan yang lain adalah polisi bebas skrin mereka.
Selalunya, kanak-kanak diberikan alatan elektronik dari usia yang muda lagi, dan walaupun ini dapat membantu memenuhi masa lapang mereka, ia mungkin membawa kepada impak yang negative terhadap perkembangan dan daya tumpuan mereka.
Untuk mengelakkan isu ini, Do Re Mi memastikan jadual harian kanak-kanak dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan dan juga sesi bebas bermain.
&Perkara-perkara kecil yang mungkin dianggap tidak penting jelas menyerlahkan jagaan rapi pusat ini terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka – seperti membekalan makanan tambahan untuk kanak-kanak.
“Banyak pusat jagaan lain membekalkan makanan tiga kali sehari, tetapi makan minum kami dibekalkan empat kali sehari, iaitu sarapan, makan tengah hari, snek, dan makan malam. Ibu bapa tidak perlu memerah otak untuk memikirkan makan malam, dan mereka akan dapat meluangkan lebih masa yang berkualiti dengan anak-anak mereka,” kata Cik Loo.
Makanan disediakan setiap hari dengan bahan-bahan yang segar, kurang gula dan garam, dan tidak menggunakan MSG ataupun makanan yang diproses. Mereka menggunakan sayur-sayuran organik dalam masakan mereka, dan buah-buahan diberikan sebagai manisan untuk menggantikan gula-gula.
Falsafah utama pusat ini adalah komitmen mereka untuk membekalkan khidmat penjagaan terbaik untuk kanak-kanak semaasa tahun-tahun awal mereka – dan ianya bermula dengan memastikan kakitangannya terlatih dan dilengkapi dengan baik. Penjaga di sini semuanya berkelayakan, sama ada dengan ijazah diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, sijil dalam Penjagaan Kanak-kanak, atau pengalaman Montessori.
From dedicated staff and beautifully designed and safe spaces to thoughtful extra touches like providing an extra meal and long day care hours, it’s clear that Do Re Mi puts a lot of care and thought into providing excellent childcare services.
Daripada kakitangan yang berdedikasi dan ruang yang direka dengan cantik serta selamat, kepada sentuhan tambahan yang bernas seperti penyediaan makanan tambahan dan waktu penjagaan harian yang panjang, jelas sekali bahawa Do Re Mi meletakkan banyak perhatian untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang cemerlang.