by on 08/01/2025 19
Sorotan Utama |
|
Ramai ibubapa sudah tentu mengenali Choo Choo Train – sebuah jenama yang dipercayai dan terkenal dengan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Cawangan mereka di Setia Avenue, Shah Alam merupakan pusat sehenti yang lengkap dengan segala keperluan untuk kanak-kanak, termasuklah persekitaran yang mesra dan khidmat penjagaan bayi dari usia 2 bulan ke atas, dan juga program dan kemudahan yang ulung untuk kanak-kanak kecil sehingga umur 3 tahun.
Choo Choo Train Baby & Child Care Centre, Setia Avenue direka khas untuk merangsangkan daya imaginasi kanak-kanak dalam persekitaran yang selamat. Walaupun reka bentuk ruang yang minimalis lebih hangat dalam pasaran kini, CCT Setia Avenue telah memilih skema warna yang lebih cerah dan berwarna warni bagi mengalakkan daya kreativiti dan memupuk perkembangan deria kanak-kanak.
Premis pusat ini sangat luas dan terdapat ruang yang khas bagi kumpulan umur yang berlainan. Sebagai contoh, ruang untuk bayi diterangi cahaya dan dipenuhi irama muzik yang lembut. Bulan-bulan awal dalam kehidupan kanak-kanak merupakan masa yang sukar, kerana mereka mungkin berasa takut dan sensitif terhadap persekitaran baru, jadi amat penting untuk mewujudkan suasana yang tenang dan selesa untuk mereka.
Bagi anak-anak kecil pula yang suka bergerak bebas, pusat ini lengkap dengan ruang yang luas supaya mereka dapat merangkak, berjalan, dan bermain dengan selamat, dengan kemudahan keselamatan seperti dinding lembut dan lantai berlapik bagi mengelakkan kecederaan. Bilik-bilik darjah pula dipasang dengan tingkap yang besar supaya ruang dapat diterangi cahaya matahari semulajadi, dan apa-apa aktiviti yang dilakukan dalam kelas dapat dipantau dari luar bagi menjamin keselamatan kanak-kanak.
Bagi memastikan piawaian keselamatan dan kebersihan yang tinggi, pusat-pusat Choo Choo Train, termasuk cawangan di Setia Avenue, mengamalkan pelan organisasi yang rapi: setiap cawangan diketuai Eksekutif Operasi yang bertugas untuk memantau operasi harian cawangan tersebut. Mereka juga bertanggungjawab untuk berkomunikasi dengan ibubapa dan membantu menyelesaikan apa-apa isu atau permintaan dengan cepat dan berkesan.
Terdapat juga penyelia yang ditempatkan di setiap bilik darjah untuk memantau guru-guru dan kanak-kanak dengan teliti. Sistem ini dapat mengurangkan risiko kes dera kanak-kanak, yang kian meningkat di Malaysia. Tambahan lagi, terdapat kamera CCTV yang memantau setiap ruang premis dan paparan CCTV ini diperiksa oleh pihak pengurusan setiap hari.
Setiap hari, guru-guru yang bertugas akan memeriksa keselamatan di dalam bilik darjah, di samping memastikan kebersihan ruang tersebut. Eksekutif operasi dan penyelia akan melakukan pemantauan (spot check) untuk memastikan semuanya mengikut standard yang ditetapkan, manakala pihak pengurusan pula melaksanakan pemeriksaan menyeluruh setiap tiga bulan. Proses pembasmian kuman, termasuk pengabusan (fogging) dan pengunaan cahaya UV akan dilaksanakan pada hujung bulan dan mesin vakum khas digunakan untuk membersihkan ruang permainan bayi.
Choo Choo Train bangga terhadap kurikulum unik mereka yang digubal sendiri, yang menggunakan pendekatan ‘art-enhanced’ ataupun berteraskan prinsip seni. Ia direka khas untuk membantu kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang sesuai dengan umur mereka. Pendekatan ini menggabungkan aktiviti kreatif dan pembelajaran akademik, jadi lebih menarik dan senang bagi kanak-kanak untuk memahami, mengingati, dan mengaplikasikan konsep yang telah dipelajari. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, mereka akan terlibat dalam program yang baru setiap enam bulan yang disesuaikan dengan tahap kebolehan dan kemajuan mereka.
Pengasas Choo Choo Train iaitu Cik Alexandra Sim sangat berbangga dengan makanan yang dibekalkan pada si kecil di setiap pusat CCT. Menu makanan direka khas oleh ahli nutrisi bagi memastikan kanak-kanak mendapat khasiat dan zat-zat makanan yang perlu untuk tumbesaran yang sihat. Bahan-bahan masakan yang digunakan mengutamakan kualiti berbanding kuantiti, dan dibeli dari jenama kedai runcit yang dipercayai dengan sijil halal, dan bukan dari pasar pagi atau pasar tani. Penyelia bertugas untuk menyediakan makanan dan memastikan makanan tersebut segar dan dimasak dengan sempurna.
Mencari individu yang berkelayakan dalam bidang pendidikan awal merupakan salah satu cabaran besar bagi kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak. Bagi menangani isu ini, Choo Choo Train telah membuka institut latihan mereka sendiri iaitu NICCE (National Institute of Child Care and Education) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Untuk khidmat penjagaan kanak-kanaknya, pusat ini mengupah dua kategori staf iaitu guru dan juga penjaga. Tugas penjaga adalah untuk menjaga kebersihan dan keselamatan kanak-kanak, manakala tugas guru pula adalah untuk mendidik dan membantu kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang diingini. Selain itu, penjaga-penjaga di sini dilatih dan dipantau selama sebulan sebelum mereka bole menjaga kanak-kanak secara berdikari.
Choo Choo Train mementingkan hubungan di antara pihak pengurusan dan juga ibubapa, oleh itu mereka mengalakkan komunikasi terbuka. Setiap keluarga mempunyai ‘chat group’ mereka sendiri di applikasi WhatsApp di mana mereka boleh bertanya soalan dan menerima kemas kini tentang rutin harian anak-anak mereka, termasuk masa tidur, makan, dan aktiviti yang dilakukan.
Kesimpulannya, Choo Choo Train Baby & Child Care Centre, Setia Avenue merupakan pilihan yang bernas untuk ibubapa yang inginkan tempat yang mesra dan penyayang bagi si manja mereka. Program yang holistik yang tidak sahaja mengambil kira keperluan kanak-kanak tetapi perkembangan mereka secara menyeluruh, memastikan si manja anda berkembang dalam persekitaran yang sihat, selamat, dan merangsangkan, yang boleh dipercayai oleh ibubapa.