by on 10/09/2021 890
Sorotan Penting |
---|
|
Brainbow Kids, Subang Jaya menggunakan kurikulum berasaskan seni yang terbukti berkesan untuk memperkasa kanak-kanak dengan alat Kecerdasan Emosi (turut dikenali sebagai darjah emosi atau EQ) untuk membawakan perubahan positif dalam diri mereka dan orang lain di sekeliling mereka. Kurikulum ini ideal untuk kanak-kanak yang mengalami tekanan, kebimbangan, terlalu menginginkan kesempurnaan atau fikiran negatif. Kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas diterima untuk mendaftar. Selain itu, ibu bapa dan sesiapa yang bekerja dengan kanak-kanak, terutamanya para guru, akan mendapati EQ ialah alat yang penting apabila melibatkan pemberian sokongan kepada kanak-kanak dalam perjalanan perkembangan diri mereka.
Pusat ini diasaskan oleh Nandhini, seorang pembimbing Kecerdasan Emosi dan Pengamal NLP Kanak-kanak. Beliau memanfaatkan pengalaman profesionalnya ketika menjadi Ketua Teknologi dan Seni Bina Industri Minyak dan Gas untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran hidup yang bernilai seperti membuat keputusan dengan bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah dengan kreatif. “Kami inginkan kanak-kanak merasai pengalaman program ini, mengenali diri sendiri, memaksimumkan potensi diri mereka, mempelajari strategi untuk membentuk kehidupan yang diinginkan oleh mereka, dan Be Happy Through Colours (Bergembira Dengan Warna),” kata Nandhini.
Di Brainbow Kids, terdapat dua program yang mantap untuk dipilih: Rainbow Adventure (untuk usia 3-7) dan SuperPower Me (untuk usia 7+). Semasa pelajaran mingguan ini, kanak-kanak akan memulakan kursus menyeronokkan yang terdiri daripada elemen berbeza seperti yang berikut:
(Mulai September 2022, Brainbow Kids telah menyambung semula kelas fizikal. Brainbow Kids juga masih menawarkan kelas pembelajaran jarak jauh untuk pelajar Malaysia dan Singapura.)
Brainbow Kids juga menawarkan langganan bulanan kotak kraf yang dipanggil Kotak Brainbow. Setiap kotak berisi bahan kraf, lembaran kerja dan bimbingan video yang telah diuji bagi kanak-kanak untuk memaksimumkan keseronokan dan keterlibatan. Projek contoh termasuk papan nama tanah liat pemodelan, permainan papan buat sendiri (DIY), balang sensori dan seni pasir terarium. Aktiviti ini menginspirasikan kreativiti, dan bukan sekadar perkara menyeronokkan dalam seni dan kraf. Kanak-kanak dan ibu bapa akan bertemu setiap bulan untuk sesi bimbingan berkumpulan yang menggalakkan kecerdasan emosi dan nilai pembinaan sahsiah yang penting dalam diri kanak-kanak.
Selain itu, dengan setiap pembelian Kotak Rainbow, sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan untuk menanam anak pokok di Borneo.
Apabila kanak-kanak menyertai peluang pembelajaran yang amali dan berasaskan pengalaman ini, mereka membina ciri dan kualiti kepimpinan pada awal usia. Mereka akan dilengkapi dengan satu set kemahiran yang boleh mengubah rasa tidak selamat dan membantu mereka menghadapi cabaran untuk mencapai matlamat mereka dan cemerlang dalam kehidupan. Sementara sesetengah kanak-kanak mempunyai ciri ini secara semula jadi, yang lain perlu dipupuk dan diberikan model peranan. Di sini, mereka mendedahkan kanak-kanak kepada peluang dan persekitaran yang kondusif untuk membantu mereka mengekalkan penetapan minda yang berdaya tahan tanpa mengira hal yang mendatangi mereka. Perkara penting dalam peralihan ini adalah apabila berlaku anjakan minda, tiada lagi istilah pulang ke takuk lama. Kanak-kanak akan berasa keyakinan diri mereka makin meningkat dan secara literal, semuanya mungkin dicapai apabila kesedaran ini timbul.
EQ bukan sahaja bermanfaat untuk kanak-kanak; kemahiran ini juga sangat membantu ibu bapa. Pusat ini juga menawarkan khidmat bimbingan keibubapaan untuk ibu bapa yang mengalami kesukaran tentang isu tingkah laku anak-anak mereka dan menghadapi cabaran untuk menguruskan jadual mereka, berasa terbeban dan terpaksa berusaha keras untuk mengekalkan kesihatan perhubungan perkahwinan/keibubapaan, sekadar memberikan beberapa contoh. Ibu bapa dapat menjadualkan sesi strategi untuk mempelajari teknik EQ yang telah terbukti berkesan dan dipercayai agar dapat membantu melahirkan anak yang yakin dan berasa selamat, selain pada masa yang sama menjadikan mereka lebih gembira dan berpuas hati sebagai ibu bapa.