on 01/06/2018 4157
Sejak penubuhannya 25 tahun yang lalu, Big Apple Pengkalan, Ipoh telah berjaya membina reputasi yang kukuh untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang sebulat suara dan komprehensif untuk kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 6 tahun. Bertempat di dalam kemudahan yang dibina khas, objektif utama adalah untuk menyediakan tempat yang mampu membantu membina asas pendidikan yang kukuh bagi semua kanak-kanak. Usaha ini bergerak sejajar dengan falsafah pendidikan pusat tersebut iaitu, “Untuk memberi inspirasi dan memupuk fikiran muda.”
Dari fasa nurseri(18 bulan hingga 3 tahun) ke tadika (4 hingga 6 tahun), pusat ini menawarkan kurikulum yang berfokuskan akademik yang seimbang serta kaya dengan aktiviti-aktiviti pengayaan melibatkan sukan dan sebagainya. Pendekatan pembelajaran yang digunakan Big Apple adalah salah satu bentuk pendekatan yang berhasrat untuk membantu kanak-kanak sama ada dari aspek intelektual, fizikal, sosial, kreativiti serta moral.
Kepelbagaian dilihat sebagai kekuatan teras dan saiz sekolah membolehkan program kokurikulum yang lebih kaya dan mantap dianjurkan. Pelbagai program dan aktiviti diadakan bagi menyokong pelajar melalui gabungan kurikulum dan pembelajaran pengalaman, menggunakan pendekatan tematik.
Literasi dan numerasi adalah kunci. Pendekatan yang lebih kukuh dan praktikal diambil supaya kanak-kanak boleh belajar matematik melalui mengira, mengukur, mengiktiraf corak, dan sebagainya. Kanak-kanak disokong oleh sistem fonik serta program yang diiktiraf di peringkat antarabangsa - Cambridge English: Young Learners. Ini memberi ruang kepada kanak-kanak untuk belajar dan memperbaiki Bahasa Inggeris, berkomunikasi dengan berkesan melalui aktiviti membaca, menulis, mendengar serta bercakap. Pembangunan bahasa juga disokong oleh peluang pembelajaran interaktif dalam bahasa Mandarin serta Bahasa Malaysia. Di samping itu, peluang melakukan persembahan pidato ditawarkan melalui program Junior Speaker.
Ia direka untuk membantu kanak-kanak meluahkan buah fikiran mereka dengan lebih baik, lebih jelas serta berkebolehan meningkatkan keyakinan mereka dalam bercakap di tempat awam.
Kurikulum berusaha untuk memenuhi dimensi pembelajaran yang pelbagai dengan memasukkan pelbagai kursus seni dan kursus yang berorientasikan pergerakan. Konteks pembelajaran disepadukan dengan seni dan kraf, muzik dan gerakan, bermain pasir, kegiatan air, memasak dan membakar, berkebun, pendidikan jasmani, latihan praktikal dan lukisan kapur jalan. Guru menggunakan pendekatan pelbagai deria bagi tujuan meransang seluruh aspek kanak-kanak dalam proses pembelajaran yang tidak hanya bergantung kepada usaha penerapan maklumat intelektual. Pelajaran diperkayakan lagi dengan penceritaan, lagu, permainan dan mainan pendidikan dalam usaha untuk menjadikan sesi pembelajaran di dalam bilik darjah lebih menyeronokkan serta terangsang.
Aktiviti pembelajaran disokong oleh E-learning menggunakan iPads dari semasa ke semasa namun usaha untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam setiap pelajaran bukanlah fokus utama. Kanak-kanak mempunyai komitment untuk mencapai keseimbangan dan kecemerlangan. Bagi merealisasikan hasrat ini, Big Apple komited untuk terus menyediakan kemudahan baru bagi memperbanyakkan lagi pilihan-pilihan kurikulum.
Big Apple kini sedang melalui fasa penambahbaikan, di mana makmal sains, dapur, rumah dan banyak lagi kemudahan sedang dibina.
Suasana persekitaran akademik adalah menyokong dan progresif. Guru menggunakan nada yang bertenaga tetapi mesra sama ada di dalam dan di luar bilik darjah ketika mengajar. Saiz kelas adalah kecil, membolehkan pendekatan individu semasa proses pembelajaran. Guru memperkenalkan kemahiran dan konsep yang bersesuaian dengan perkembangan fisiologi serta emosi kanak-kanak. Latihan tambahan juga akan ditawarkan kepada pelajar yang memerlukan sokongan tersebut.
Lawatan sambil belajar, hari sukan, konsert, persembahan serta kem-kem masa cuti semuanya akan dimasukkan dalam jadual kurikulum. Pembelajaran di Big Apple menjangkaui dinding-dinding pusat tersebut bagi memastikan pelajar-pelajar berupaya memperolehi perspektif yang lebih global dan luas. Kem-kem sebelumnya menerapkan aktiviti-aktiviti melibatkan muzik, kesenian dan bermacam-macam lagi yang diajar oleh tenaga pendidik yang telah dijemput dari Amerika Syarikat.
Melihat perjalanan sejarah pusat ini, Big Appe berjaya mengekalkan hubungan yang erat antara keluarga serta masyarakat. Big Apple mempunyai reputasi yang baik dalam mengekalkan atau menjaga hubungan silaturrahim ini untuk kebaikan kanak-kanak itu sendiri supaya fasa peralihan lancar dapat dikekalkan. Program sepenuh hari diperkenalkan bagi memenuhi keperluan ibu bapa yang bekerja.
Di Big Apple Pengkalan, Ipoh perhatian yang teliti diberikan kepada setiap pelajar. Pelajar dibantu membina kekuatan mereka, bakat serta kemahiran mereka yang unik. Sokongan demi sokongan diberi untuk meransang pertumbuhan kanak-kanak di Big Apple. Selama lebih dari dua dekad, Big Apple telah berjaya membantu kanak-kanak untuk berasa yakin untuk menggunakan kemahiran yang mereka telah pelajari serta bakat mereka untuk berjaya dalam hidup. Big Apple kini mempunyai lapan cawangan di Ipoh dan berhasrat untuk membuka cawangan di Klang Valley dengan misi “Menjadi lebih baik dan berbeza.”