by on 15/02/2023 566
Sorotan Utama |
|
Kini, kita sudah berada pada tahun 2023. Akibat terlalu lama terkurung dalam rumah dalam tempoh PKP Covid-19, pendidikan kanak-kanak pun mengalami beberapa kesan sehingga lari daripada kebiasaan. Kesan ini amat jelas kelihatan di kalangan kanak-kanak prasekolah, di mana ramai antara mereka didapati tidak dapat berenggang dengan gajet masing-masing. Bagi ibu bapa yang mengetahui rangkaian tadika Big Apple, mujurlah tempoh kritikal pendidikan awal anak mereka dijaga dengan baik, terima kasih kepada kurikulum tematik yang berkesan.
Kiddy123 sempat bertemu ramah dengan Cik Yeong, naib presiden Big Apple, Bandar Botanic Klang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, dan berikutlah yang telah kami perolehi.
Big Apple Bukit Puchong baru sahaja mula beroperasi tahun ini pada Januari 2013. Bagaimana pun, Cik Yeong tidak asing pada dunia pendidikan awal kanak-kanak, di mana beliau pernah menjadi pengetua Big Apple Bandar Botanic Klang sebelum ini. Pada tahap peribadi pula, Cik Yeong sebenarnya memilih kerjayanya ini selepas diilhamkan oleh ibunya sendiri, yang juga pernah memegang jawatan naib pengetua untuk sebuah sekolah rendah pada zamannya. Oleh itu, mengajar adalah dalam dirinya, dan juga, yang dalam banyak cara yang lain, ia juga menggambarkan semangatnya sebagai Pengetua Big Apple Bukit Puchong.
Berlokasi di sebuah lot sudut dua tingkat, tadika ini menawarkan pelbagai program rekaan khas serta kemudahan-kemudahan canggih yang bertujuan untuk membawa pembelajaran ke luar bilik darjah. Matlamatnya, seperti yang dijelaskan oleh Cik Yeong, adalah untuk membantu mengalihkan kanak-kanak daripada tarikan skrin dan gajet, yang mungkin telah pun menjadi sebahagian besar kehidupan masing-masing semasa tempoh PKP yang lalu. Pendidikan awal yang baik amat penting untuk mencapai masa depan yang berjaya bagi kanak-kanak hari ini.
Bahan pengajaran yang digunakan di Big Apple mematuhi Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan pendedahan kepada Bahasa Inggeris, Fonik, Mandarin, Bahasa Melayu, Pemerhatian Sains (Science Observation) dan Nombor, kumpulan umur paling muda pun - kanak-kanak berumur 3 tahun - mampu memperolehi asas kukuh yang diperlukan untuk maju ke depan dalam perjalanan pendidikan mereka. Satu fakta menarik tentang tadika ini ialah kanak-kanak kecil yang masih belum dilatih sepenuhnya dalam penggunaan tandas tetap dialu-alukan, di mana konunikasi serta kerjasama antara kakitangan dan ibu bapa adalah faktor utama yang dapat membantu menangani hal ini.
Kanak-kanak berumur 4-6 tahun menerima bimbingan untuk menguatkan pemahaman mereka dalam Bahasa Inggeris, Fonik, Matematik, Mandarin dan Bahasa Melayu. Di sini, penguasaan bahasa amat ditekankan, dan seperti yang dikongsikan oleh Cik Yeong, graduan Big Apple juga mempunyai peluang yang lebih baik untuk diterima masuk ke sekolah rendah Cina (SRJKC). "Pelajar muda kami bukan sahaja muncul cenderung ke arah kejayaan akademik, namun mereka juga lebih berdikari, berikutan mempelajari kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran sosial yang diperlukan."
Apakah yang boleh diperkatakan tentang pendekatan tematik Big Apple dalam mengajar kanak-kanak?. Ia amat menyeronokkan dan juga berkesan, di mana tema ditukar dan/atau diganti dengan yang baru beberapa kali sepanjang tempoh persekolahan. Berikutan semangat tinggi dan usaha pihak guru-guru, gaya pengajaran ini terbukti amat berguna dalam mengajar dan membimbing minda-minda muda yang mudah dibentuk tanpa membosankan atau pun terlalu mencabar mereka. Hasilnya dapat dilihat sendiri dalam bentuk graduan-graduan yang dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah masing-masing.
Big Apple Bukit Puchong menawarkan program terkemuka yang amat bernilai bagi minda dan tubuh muda. Sebagai contoh, dalam fikiran kita, kanak-kanak tadika mungkin tidak dapat mengikuti pelajaran Bahasa Inggeris Cambridge. Namun di tadika ini, terdapat guru yang layak memberi pendedahan awal kepada program bahasa Inggeris yang diiktiraf dunia ini, dengan hasil yang boleh diukur juga!
Junior Speakers (Penceramah Muda) merupakan satu lagi program yang amat meraih perhatian, di mana guru membimbing kanak-kanak supaya dapat menyuarakan pendapat mereka dengan yakin dan bergaya tenang.
E-pembelajaran adalah salah satu ciri dalam landskap pembelajaran Big Apple, begitu juga dengan program terkenal STEAM, yang terdiri daripada Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik untuk menggalakkan pemikiran kritis, inkuiri serta pembelajaran berasaskan pengalaman.
Seterusnya ialah studio seni atau Art Studio yang luar biasa, direka untuk memujuk keluar artis yang tersembunyi dalam diri seorang kanak-kanak, manakala Little Kitchen adalah tempat tukang-tukang masak gourmet kecil dilatih untuk menyediakan, memasak dan menghidangkan makanan yang enak dengan betul sambil belajar tentang keselamatan makanan, kebersihan dan beradab di meja makan
Kita tak mungkin dapat berbincang tentang tadika Big Apple tanpa menyentuh programnya yang bernama Train Your Skills, yang membolehkan kumpulan umur paling muda berlatih berjalan, memegang, bertepuk tangan, dan sebagainya. Sambil mereka membesar dan berkembang, kemahiran hidup lain yang lebih maju akan diperkenalkan, termasuk amalan kebersihan diri dan mengambil bahagian dalam kerja rumah yang mudah.
Waktu luar termasuk bermain dalam kolam renang mudah-alih yang membolehkan kanak-kanak kecil berseronok di bawah pengawasan rapi sambil mereka menguatkan otot dan belajar menyelaraskan bahagian-bahagian tubuh mereka semasa Water Play (Permainan Air). Mereka juga dapat berseronok dengan Sand Play (Permainan Pasir), atau bercucuk tanam dalam sesi Gardening (Berkebun). Terdapat juga papan kapur khas yang membolehkan artis-artis kecil berlatih kemahiran melukis dan mewarna masing-masing. Kemudahan-kemudahan dalaman termasuk bilik muzik yang menakjubkan, serta perpustakaan yang amat menarik sekali yang menawarkan waktu membaca yang tenang, atau peluang untuk bercerita.
Sebagai salah sebuah cawangan yang 'termuda' dalam rangkaian itu, Big Apple Bukit Puchong kini muncul sebagai tadika yang dikenali di kawasan itu dan Cik Yeong berazam untuk mengekalkan nama dan reputasinya yang terkenal!