by on 05/08/2022 724
Sorotan Utama |
|
Aurora Early Years memberikan pengalaman pembelajaran penuh kegembiraan yang jarang dapat diberikan kebanyakan prasekolah lain. Mengambil namanya daripada perkataan “dawn” dari bahasa Latin- masa penuh magis apabila cahaya mula tersebar di langit, mendedahkan dunia yang penuh dengan permulaan yang penuh harapan dan peluang baharu – Aurora Early Years berusaha untuk menjadikan enam tahun pertama kehidupan kanak-kanak sebagai yang terbaik seperti yang diharapkan oleh ibu bapa. Kanak-kanak yang menghabiskan tahun-tahun awal mereka di sini akan mendapati diri mereka meneroka potensi penuh mereka di tadika yang bagaikan rumah kedua, diterangi dengan harapan dan kegembiraan.
Jika anda tercari-cari sekolah yang sesuai dengan keperluan setiap kanak-kanak, Aurora Early Years adalah contoh yang sangat baik. Dengan bilangan kecil pelajar dan komuniti keluarga yang intim, prasekolah ini mempunyai pelbagai faedah daripada saiznya. Pembelajaran sentiasa bermula di mana kanak-kanak itu berada. Sama ada kanak-kanak yang bermotivasi tetapi kurang kemahiran sosial atau kanak-kanak yang lincah dari segi fizikal tetapi lemah dalam membaca, guru-guru di sini melayan setiap kanak-kanak sebagai individu. Mereka sedar bahawa setiap kanak-kanak mempunyai bakat terpendam dan keperluan unik yang memerlukan persekitaran yang dinamik dan penuh rangsangan untuk berkembang. Oleh itu, nisbah guru dan pelajar sentiasa dikekalkan rendah agar kanak-kanak dapat menyertai pembelajaran, keluar dari kepompong mereka dan seterusnya maju ke hadapan dengan penuh keyakinan.
Walaupun guru memberi tumpuan kepada perjalanan "di sini-dan-sekarang (here-and-now)" kanak-kanak, mereka masih fokus kepada masa depan dan menggunakan kurikulum yang direka khas yang membantu pelajar memupuk kemahiran penting untuk kejayaan mereka di sekolah rendah dan seterusnya. Rangka kerja kurikulum menggabungkan Peringkat Asasi Tahun-Tahun Awal (EYFS), dengan beberapa guru di sini yang berpengetahuan dalam pelbagai pedagogi yang telah diselidik dengan baik, seperti Montessori dan Reggio Emilia.
Aurora Early Years menawarkan program bagi kanak-kanak berumur 18 bulan dan seterusnya: Program Playschool (18 bulan hingga 3 tahun), Program Prasekolah (3.5 hingga 6 tahun), Pakej Penjagaan Kanak-Kanak Fleksibel (18 bulan hingga 8 tahun), dan Program Keperluan Khas yang akan diperkenalkan. Sesuai dengan pendekatan pembelajaran holistiknya, setiap program direka bentuk untuk memupuk semua aspek perkembangan kanak-kanak melalui bidang pembelajaran yang luas, termasuk Bahasa dan Literasi, Matematik dan Logik, Seni dan Kreativiti, Muzik dan Pergerakan, Robotik dan Koding, Sains, Pendidikan Fizikal, Kemanusiaan dan Kemahiran Hidup.
Sebaik sahaja kanak-kanak menyertai sekolah ini, hari-hari mereka akan dipenuhi dengan penemuan dan pengembaraan yang menarik. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu untuk meneroka persekitaran mereka, guru-guru sentiasa mengekalkan perkara yang menarik dengan pelbagai aktiviti hands-on seperti permainan, cerita, main peranan, lagu, permainan bertujuan dan latihan yang akan merangsang semua deria. Kanak-kanak juga boleh berlatih matematik dan logik asas melalui Buku Aktiviti Pembelajaran Awal yang direka oleh Aurora, serta bacaan awal melalui siri Adik Cerdik mereka. Di samping itu, kanak-kanak digalakkan untuk meregangkan pemikiran mereka dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah di Papan Pintar. Apabila pembelajaran disepadukan ke dalam pengalaman yang menyeronokkan dan pelbagai, kanak-kanak akan didorong oleh minat mereka untuk mengambil bahagian, dan mereka boleh dengan mudah mengekalkan pengetahuan tanpa merasa seperti menjalankan tugas yang melelahkan. Tanpa disedari, mereka akan dilengkapi dengan asas yang kukuh, kebolehsuaian, dan rasa cinta akan pembelajaran yang kuat yang akan mendampingi mereka dalam sepanjang perjalanan persekolahan dan kehidupan mereka secara keseluruhan.
Ia memerlukan lebih daripada sekadar kurikulum yang betul untuk kanak-kanak berkembang. “Kami telah menyelidik dan mempertimbangkan segala yang kami lakukan di Aurora Early Years, daripada kemudahan yang dibina khas kepada kurikulum yang direka khas, dan lebih-lebih lagi, memastikan setiap kanak-kanak disayangi dan selamat semasa dalam jagaan kami,” kata Cikgu Eznyeta Izhar, seorang guru di Aurora Early Years. Fokus Aurora Early Years adalah nilai-nilai yang ditunjangi oleh keprihatinan, keberanian, hubungan, belas kasihan dan komunikasi untuk memupuk anak-anak yang baik hati, empati yang mampu mencapai kejayaan akademik serta kesedaran sosial.
Aurora Early Years bukan sekadar prasekolah, ia merupakan komuniti pelajar, guru dan keluarga yang bekerjasama secara harmoni untuk memastikan kanak-kanak disokong dalam segala cara untuk berjaya pada tahun-tahun awal perkembangan mereka. Sekolah ini menghargai komunikasi terbuka antara guru dan ibu bapanya melalui School2Me – aplikasi yang membantu kedua-dua pihak menjejaki kemajuan dan aktiviti setiap kanak-kanak – untuk menggalakkan persekitaran yang responsif dan penyayang. Suasana sekolah yang positif ini merupakan salah satu asas terpenting dalam pendidikan Aurora yang bukan sahaja membantu kanak-kanak berkembang maju tetapi juga membuatkan mereka gembira dan teruja untuk kembali ke sekolah pada hari berikutnya!