by on 03/01/2025 15
Sorotan Utama |
|
Bagi ibubapa beragama Islam yang mencari pendidikan yang menyeluruh bagi anak-anak mereka, Al-Amin Darul Musthofa Early Childhood Centre di Batu Caves adalah pilihan yang bernas.
Terbuka kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, prasekolah ini membekalkan pendidikan berintegrasi yang bermutu tinggi, yang menggabungkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dengan prinsip Montessori Islam, bacaan dan hafalan, dan juga ajaran Nabi Muhammad SAW.
Untuk kanak-kanak 4 tahun, tumpuan diberikan terhadap membina asas yang kukuh dalam matapelajaran seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Sains, dan Jawi. Kanak-kanak belajar melalui aktiviti praktikal, termasuklah seni dan kraf, permainan di luar bilik darjah, dan membaca secara berkumpulan bagi memupuk kreativiti dan interaksi sosial. Sementara itu, kemahiran hidup, Iqra, dan penghafalan Surah dan Dua (Hafazan) turut diintegrasikan bagi memupuk nilai-nilai Islam dalam diri kanak-kanak.
Manakala kanak-kanak yang lebih besar pula mengikut kurikulum dengan matapelajaran seperti ICT dan Koding, serta Bahasa Arab. Kemahiran hidup, menulis, dan membaca secara berkumpulan memupuk daya pemikiran kritis dan pembelajaran kolaboratif, dan Jawi, Iqra, dan Hafazan juga meraupakan sebahagian daripada matapelajaran Pendidikan Islam di sini.
Programme for 4-year-olds |
Program untuk kanak-kanak 5 & 6 tahun |
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Pendidikan Islam Sains Jawi Aktiviti dalam dan luar Kemahiran menulis Pembacaan fokus dan berkumpulan Seni dan kraf Kemahiran hidup praktikal Iqra (Bacaan Quran) Hafazan (Penghafalan Surah dan Dua) Perjumpaan Kindy Cara Hidup Islam Pencerminan waktu petang |
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Pendidikan Islam Sains Jawi Aktiviti dalam dan luar Kemahiran Menulis Pembacaan fokus dan berkumpulan ICT & Koding Kemahiran hidup praktikal Iqra (Quranic Reading) Hafazan (Penghafalan Surah dan Dua) Perjumpaan Kindy Cara hidup Islam Pencerminan waktu petang Bahasa Arab |
Diintegrasi ke dalam program adalah sesi unik seperti Tiny Talents Talk, sebuah aktiviti di mana para pelajar menunjukkan bakat dan minat mereka di atas pentas, seperti menyanyi atau berlakon. Sesi-sesi ini direka khas untuk membantu kanak-kanak meningkatkan keyakinan mereka, kemahiran pidato, dan ekspresi diri.
Bagi memastikan tiada kanak-kanak yang ketinggalan, pusat ini menawarkan program membaca 1:1 untuk menyokong murid-murid dengan memberi perhatian yang bertumpu, manakala program Phonics Acceleration pula membantu kanak-kanak menguasai bahasa dalam masa tiga bulan sahaja.
Pelajaran menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti interaktif, dan sesi perbincangan secara berkumpulan dan juga permainan untuk menyelesaikan masalah meningkatkan semangat kerjasama, di samping membina kemahiran hidup asas.
Sebagai sebuah institusi pendidikan Islam, sekolah ini menyimbangkan akademik dengan agama melalui nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak belajar untuk melakukan solat, wudhu, dan doa, dan mereka juga belajar tentang kepentingan kebersihan sebagai seorang penganut Islam.
Semasa Sirah Rasul dan Solawat, kanak-kanak diperkenalkan kepada kehidupan Nabi Muhammad SAW dan para ahli keluarga Nabi sebagai contoh yang terbaik dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.
Sesi Recap & Tell pada waktu petang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengimbas kembali apa yang telah mereka lakukan pada waktu pagi, dan berkongsi dengan rakan-rakan tentang apa yang telah dipelajari. Menerusi cara ini, kanak-kanak boleh meluahkan perasaan dan fikiran mereka secara aktif, sambil menerima pandangan yang positif dari guru-guru dan rakan-rakan.
Al-Amin Darul Musthofa menawarkan program separuh hari dan sepenuh hari, dengan pilihan lanjutan sehingga pukul 7 petang - jadi ianya amat sesuai untuk ibubapa yang bekerja.
Pusat ini juga percaya bahawa proses pembelajaran tidak tertakluk kepada bilik darjah sahaja, oleh itu murid-murid bebas meneroka minat yang berlainan dan mebina kemahiran baru menerusi persatuan seperti Kelab Pertanian, Kelab Tarian Sukan, Persatuan Memasak, dan Taekwondo. Masa kanak-kanak selepas waktu persekolah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menggayakan, sama ada membaca, menulis, ataupun aktiviti STEM.
Al-Amin Darul Musthofa dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang moden, selaras dengan programnya. Keluasan pusat ini merangkumi lebih 3,000 kaki persegi dan premis sekolah dipagar dan dikawal 24 jam sehari, bagi memastikan kanak-kanak dapat berkembang dalam persekitaran yang selamat.
Apabila anda melangkah masuk ke kawasan sekolah, anda akan dapat melihat bilik-bilik darjah yang luas dan lengkap dengan penghawa dingin, tv digital dan bahan-bahan multimedia, dan juga kemudahan seperti makmal ICT, perpustakaan, pentas mini, dan dewan serbaguna. Taman permainan berukuran 720 kaki persegi, dan kawasan permainan luar membekalkan ruang yang secukupnya untuk aktiviti fizikal.
Pusat ini mengikut protokol kebersihan dan keselamatan yang rapi, termasuklah sanitasi dan pembersihan harian, semakan suhu badan, dan praktis kebersihan seperti mengalakkan kanak-kanak untuk membasuh tangan. Dari segi makanan pula, pusat ini membekalkan makanan yang berkhasiat yang bebas dari bahan awet dan MSG, dari katerer makanan halal.
Guru-guru merupakan tunjang institusi pendidikan dan di Al-Amin Musthofa, mereka dipilih secara teliti supaya mampu memberi mutu pendidikan yang tertinggi untuk setiap kanak-kanak. Selain sijil akademik, guru-guru di sini juga mahir dalam halehwal agama dan cekap dalam pengajaran kelas Quran.
Nisbah bilik darjah dikekalkan pada angka yang rendah, iaitu 1 guru ke 9 murid untuk kanak-kanak yang kecil, dan 1: 15 untuk kanak-kanak yang lebih besar. Guru-guru juga menghadiri kursus dan latihan untuk memastikan mereka sentiasa dikemas kini tentang pedagogi dan pendidikan Islam yang terkini.
Al-Amin Darul Musthofa Early Childhood Centre membekalkan persekitaran yang selesa untuk kanak-kanak supaya mereka dapat berkembang dari segi akademik, sosial, dan agama. Menggabungkan pendidikan Islam yang moden dengan pembelajaran abad ke-21, pusat ini menyediakan murid-muridnya dengan kemahiran dan nilai-nilai yang diperlukan untuk kejayaan di masa hadapan.