IGB International School
Kiddy123 Frame
The children's house
Small Wonder Malaysia
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)

ABC Tot, Taman Midah

by on 08/09/2023 295

Also available in : English , 中文版

Highlights

  • Program pendidikan awal yang berdasarkan pendekatan Kecerdasan Pelbagai Berasaskan Cerita, yang dikendalikan khususnya untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun
  • A: Active Tot (Umur 2 tahun)
  • B: Busy Tot (Umur 3 tahun)
  • C: Clever Tot (Umur 4 tahun)

Sebagai salah satu sekolah dalam rangkaian sekolah asas kanak-kanak premium, ABC Tot Taman Midah telah pun membuka pintunya kepada masyarakat di kawasan Cheras dan sekitarnya, supaya anak-anak mereka berpeluang untuk mendapat permulaan terbaik dalam pendidikan awal. Dari usia dua tahun lagi, kanak-kanak akan didedahkan kepada pengajaran nilai moral, kemahiran hidup yang penting, main peranan, dan lain-lain, sambil juga membina kemahiran motor dan kemahiran komunikasi masing-masing. Malah, terdapat juga peluang penerokaan dan penemuan yang menunggu mereka, dalam persekitaran yang selamat, bersih dan sangat kondusif.

ABC Tot, Taman Midah


Ibu bapa tidak lagi memperuntukkan hanya setahun dua, untuk anak mereka masuk tadika dan/atau prasekolah sebelum memulakan sekolah rendah. Kebanyakan ibu bapa moden hari ini cukup memahami tentang jangka waktu pembelajaran kritikal kanak-kanak yang sepatutnya dimanfaatkan dengan pendidikan awal yang berkualiti, sebelum prasekolah bermula. Di sinilah terserlah keistimewaan ABC Tot, di mana keluarga-keluarga tidak berlenggah lagi untuk mendaftarkan anak-anak mereka seawal usia dua tahun, supaya mereka dapat memanfaatkan kurikulum unik yang ditawarkan. Kiddy123 telah pun mendapatkan maklumat sepenuhnya untuk anda!

Pendekatan unik untuk mendidik si-kecil termuda

Pelan pendidikan ABC Tot yang unik, iaitu Pendekatan Kecerdasan Pelbagai berasaskan Cerita (Story-based Multiple Intelligence Approach) bertujuan untuk mendedahkan pelbagai pengetahuan yang berbeza dan ciri-ciri keilmuan khusus bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 4 tahun, dan seterusnya memberi kesan positif kepada mereka dalam pelbagai segi. Metodologi ini juga menyokong hakikat bahawa kanak-kanak semuanya unik, masing-masing dengan tahap perkembangan, pertumbuhan dan peningkatan tersendiri, serta dalam kebolehan dan bakat semula jadi mereka. Para si- kecil yang menghadiri ABC Tot didapati lebih mudah berkembang dan membangun semasa tempoh pembelajaran kritikal mereka.

ABC Tot, Taman Midah


Menarik minat kanak-kanak

Teori Kecerdasan Pelbagai yang terkenal mengimplikasikan bahawa kanak-kanak perlu dibimbing dalam perkembangan beberapa kecerdasan, termasuk Kecerdasan Linguistik-Verbal; Kecerdasan Logik-Matematik; Kecerdasan Visual-Spatial; Kecerdasan Kinestetik Tubuh; Kecerdasan Muzik; Kecerdasan Interpersonal; Kecerdasan Intrapersonal; dan juga Kecerdasan Naturalistik; dan Kecerdasan Kewujudan. Di ABC Tot, guru menggunakan pendekatan yang unik ini dengan cara mengambil intipati cerita terpilih dan menggunakannya semasa merancang latihan dan aktiviti yang menyeronokkan semasa mengajar kelas mereka. Guru-guru di ABC Tot juga dilatih untuk mengenalpasti kecerdasan yang paling menonjol dalam setiap pelajar dan membantu dalam memanfaatkannya supaya lebih terserlah dalam diri kanak-kanak tersebut dari usia yang muda lagi.

ABC Tot, Taman Midah


Kelas yang bersaiz kecil di ABC Tot adalah satu lagi bukti komitmen guru mereka dalam memberi perhatian sewajarnya kepada setiap pelajar mereka, untuk membantu mereka berkembang maju dan seterusnya menuju ke arah kejayaan dalam pendidikan awal mereka.

ABC Tot Taman Midah mematuhi protokol jenama sekolah asas yang terkenal ini dalam laporan bertulis yang dilakukan setiap hari mengenai kemajuan dan pencapaian setiap pelajar. Laporan tersebut kemudiannya dimuat naik ke dalam aplikasi sekolah yang membolehkan ibu bapa mengetahui perkembangan harian anak-anak kesayangan mereka.

Setiap keluarga mungkin mempunyai keperluan yang berbeza dari segi masa dan jadual, justeru itu ABC TOT menghapuskan kegunaan jadual waktu yang tegar, dan sebaliknya, menawarkan garis masa yang fleksibel supaya keluarga dapat membuat pilihan mengikut keselesaan mereka. ABC TOT menawarkan hari persekolahan 2 hari; 3 hari atau 5 hari seminggu, serta pilihan separuh hari atau sehari penuh untuk perkhidmatan penjagaan kanak-kanak mereka. Kemudahan ini telah dapat membantu keluarga merancang dan mengatur masa mereka dengan berkesan untuk kelas anak-anak mereka.

ABC Tot, Taman Midah


Aktiviti dan rutin yang membantu mereka berkembang maju

Kanak-kanak sesungguhnya dapat berkembang maju dengan adanya rutin harian untuk dipatuhi. Lazimnya, mereka juga gemar akan rutin, sebab mereka akan mengetahui apa yang akan mereka lakukan seterusnya. Di ABC Tot, guru membantu pelajar-pelajarnya membina tabiat berguna dan kemahiran hidup yang penting dengan cara yang menarik dan menyeronokkan. Oleh itu, anak-anak kecil tidak mempunyai masalah untuk membina kemahiran dan tabiat yang bermanfaat yang akan membantu mereka melangkah lebih jauh dalam perjalanan mereka menghala ke arah kejayaan. Hari demi hari, kanak-kanak menjalani pelbagai rutin, yang termasuk amalan kebersihan yang baik, menyimpan semula barang mereka dan mengemas selepas setiap aktiviti, memastikan ruang pembelajaran dan bermain sentiasa bersih, dan sebagainya. Bersama dengan amalan-amalan baik ini, banyak aktiviti yang menyeronokkan disediakan untuk kanak-kanak dan mereka akan pulang ke rumah dengan pengetahuan baru yang menarik setiap hari.

ABC Tot, Taman Midah


Keluarga kanak-kanak yang menghadiri ABC Tot pasti menyedari bahawa si-kecil mereka mempunyai sikap yang lebih baik, dan mereka juga lebih menghormati orang lain dan sangat bertanggung jawab walaupun masih kanak-kanak! Demikian adalah kelebihan ABC Tot, di mana ia bermatlamat untuk melahirkan graduan yang mempunyai nilai diri yang sihat, dapat menyesuaikan diri dengan baik, serta memiliki semua kualiti yang diharapkan oleh ibu bapa dalam diri anak-anak mereka.

ABC Tot, Taman Midah


ABC Tot mempunyai program khas yang dipanggil Collaborative Cooking atau Masakan Kolaboratif yang sangat amat digemari! Ia adalah satu aktiviti yang mengajar dan membimbing kanak-kanak kecil dalam pengendalian makanan.

Direka bentuk untuk membantu anak kecil membiasakan diri dengan aktiviti-aktiviti di dapur, program ini dijalankan di ruang dapur yang direka bentuk mesra kanak-kanak. Tidak kira sama ada mereka diberi tugas solo atau bersama pasukan atau kumpulan, kanak-kanak boleh menyediakan hidangan atau snek sambil membelajar tentang makanan yang mereka sedang menyediakan. Akhirnya, mereka dapat membina penghargaan untuk makanan serta usaha yang diperlukan untuk menyediakan makanan. Masakan Kolaboratif juga mengajar kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga kebersihan dapur, keselamatan makanan, kerjasama serta perkongsian tugas di dapur, dan sebagainya.

Kelas seni yang menyeronokkan setiap hujung minggu @ ABC Tot, bersama Mi Art!

Setiap hujung minggu, ABC Tot mengajak para si-kecil untuk menyalurkan daya seni mereka melalui kerjasama istimewa dengan Mi Art, penyedia program seni kanak-kanak terkemuka di negara kita. Mi Art, iaitu singkatan kata untuk Multiple Intelligence Art, mencerminkan komitmen sekolah itu kepada pendekatan uniknya. Kanak-kanak kecil pasti gemar mempamerkan hasil seni mereka, bukankah begitu? Daripada terkejut dengan ‘seni’ di dinding bilik keluarga, atau di atas lantai, atau di mana-mana tempat lain, si-kecil kini boleh menumpahkan kreativiti mereka dalam persekitaran yang direka khas untuk mereka melakukannya, setiap hujung minggu, dalam keselesaan bilik darjah mereka sendiri. Alangkah senang hati ibu dan bapa apabila menyaksikan perkembangan seni dalam anak kesayangan mereka, minggu demi minggu! Kelas Seni Mi Art adalah mengikut peringkat umur seperti berikut: Messy Art ( 3-6 tahun ); Explorer Art (6-9 tahun); dan Adventurer ( 9-12 tahun ).

ABC Tot, Taman Midah

ABC Tot, Taman Midah

No. 1, Jalan Midah 17,
Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur 56100
Malaysia
019-591 1XXX
Show Number
019-591 1341 Please mention you get this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.