by on 28/03/2017 3263
Taska ABC adalah sebuah Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak berdaftar yang terbuka untuk kanak-kanak berumur dua bulan hingga enam tahun dan ia telah beroperasi sejak 3 dekad yang lalu.
Taska ABC terletak di dalam persekitaran yang tenang, damai dan jauh dari kesibukan di dalam bandar. Rumput serta pokok renek yang mengelilingi halaman taska ini sentiasa dijaga dengan baik. Pokok palma yang ditanam di sekitar taman permainan kanak-kanak yang direka khas turut memberikan suatu ketenangan yang unik.
Bangunan banglo yang sebahagian besarnya berwarna perang, hitam, biru tua dan merah ini kelihatan mesra dan selesa. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Puan Jayanthi, iaitu pengasas dan pengetua Taska ABC. Puan Jayanthi adalah seorang yang berkeyakinan, tenang dan peramah.
Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan Taska ABC ialah ‘persekitaran yang tersedia’ taska ini. Di sini kurikulum yang berasaskan Montessori disepadukan dengan pendekatan pembelajaran bertema (thematic) dan berasaskan permainan. Kurikulum dan program-program Taska ABC adalah disediakan dengan baik, berpusatkan kanak-kanak dan holistik. Kelasnya adalah kecil dan dibahagikan mengikut pusat pembelajaran di mana guru yang terlatih dan berdedikasi akan memberikan panduan untuk memastikan pengalaman pembelajaran yang kaya dan seimbang bagi kanak-kanak.
Para guru menggunakan konsep 3E (Explore, Experiment & Experience) agar tidak hanya memupuk, malahan menggalakkan dan menyokong proses pembelajaran kanak-kanak. Ini dapat membantu anak-anak muda mencapai kejayaan dan berasa gembira dalam proses pembelajaran.
Banyak masa telah dihabiskan untuk menghasilkan suatu ‘persekitaran yang tersedia’. Ini termasuklah halaman dan persekitarannya yang telah dijaga dengan baik; set permainan serta meja dan kerusinya yang bersaiz kanak-kanak; serta ruang terbuka yang mencukupi untuk sesi circle time dan bagi kanak-kanak bergerak dengan bebas dan selesa. Segala-galanya telah diatur dan direka dengan tujuan menghasilkan persekitaran optimum yang menyokong dan menggalakkan pembelajaran dan penjelajahan secara berdikari/tanpa bantuan.
Terdapat ruang khas yang disediakan bagi kanak-kanak menyimpan beg dan kasut mereka. Pelbagai rak telah disusun dengan sumber-sumber Montessori dan buku-buku yang terdiri daripada pelbagai tema. Pada dinding juga dipamerkan pelbagai bahan yang bersifat pendidikan dan informatif di samping hasil seni kanak-kanak di sini.
Apabila tiba waktu makan, kami mendapati bahawa kanak-kanak di sini adalah amat bersopan dan mempunyai adab yang baik semasa makan.
Mereka semua bergaul dengan mesra dan tidaklah berasa takut atau malu apabila ditanya mengenai nama dan makanan mereka. Kami memandang Puan Jayanthi dan dia tersenyum, seperti seorang ibu yang bangga. Tanpa sebarang penjelasan, kami memahami maksud di sebalik senyumannya itu.
Puan Jayanthi adalah seorang pendidik Montessori bertauliah dan telah menerima latihan Montessori yang menyeluruh. Dia juga memiliki kelayakan dalam Psikologi Kanak-kanak serta Ijazah Sarjana dalam Pendidikan. Dia merupakan Presiden pertama dan juga ahli seumur hidup Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (The Association of Registered Childcare Providers Malaysia) serta seorang pelatih Program Pembangunan Awal Kanak-kanak bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dia juga memberi kuliah dan perundingan.
Ini adalah cara saya mengembalikan kepada masyarakat atas kasih sayang dan sokongan yang telah saya terima selama ini. Walau bagaimanapun, Taska ABC adalah buah hati dan kegemaran saya dan ia akan kekal begitu untuk selama-lamanya.