by on 11/03/2020 4704
Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu semula jadi. Mereka suka memanjat, menyentuh, memerhati dan meneroka yang menjadikan mereka lebih mudah terjatuh. Keadaan ini membimbangkan terutama bagi keluarga yang tinggal di bangunan bertingkat. Lebih-lebih lagi apabila statistik menunjukkan kebanyakan insiden terjatuh dalam kalangan kanak-kanak berlaku dari tempat tinggi. Kawasan yang paling merisaukan adalah balkoni pangsapuri. Bagi mengurangkan kadar kematian, kami menggesa semua ibu bapa dan pemilik rumah supaya menjadikan kediaman lebih selamat untuk kanak-kanak dengan salah satu daripada pepasangan balkoni ini.
Image: Legate
Kemungkinan anda membuat keputusan yang benar-benar silap adalah kecil apabila memilih jeriji tidak tampak. Direka dan dibina dengan kabel besi, penghadang balkoni ini menurunkan risiko kanak-kanak terjatuh dari balkoni. Penghadang ini boleh disuaikan mengikut pilihan kediaman individu dan didatangkan dalam versi boleh alih yang menjadikannya berguna untuk keluarga yang mencari penyelesaian jangka pendek untuk kediaman sewaan mereka. Jeriji tidak tampak tahan lasak dan kukuh kerana diperbuat daripada besi tahan karat, namun ia masih boleh dipotong menggunakan pemotong dawai. Jadi, jeriji ini tidak boleh digunakan untuk menghalang perompak daripada menceroboh masuk. Jeriji tidak tampak mungkin merupakan versi jeriji tradisional yang dimodenkan, tetapi jeriji jenis ini tidak sepenuhnya tidak tampak sebagaimana namanya. Anda masih boleh nampak dawai halus berselirat merentasinya dan anda tidak akan dapat melihat pemandangan kejadian yang berlaku di luar sana dengan amat jelas.
Keselamatan: ★★★★☆
Mampu milik: ★★★☆☆
Estetika: ★★★★☆
Ketahanan: ★★★★☆
Image: Glass Curtains
Glass Curtains® merupakan pagar balkoni boleh ditarik kembali sepenuhnya yang boleh menukarkan ruang yang tidak digunakan menjadi oasis balkoni sepanjang tahun dengan kemungkinan yang tidak terhad. Inovasi unik ini memperoleh paten Eropah yang ekslusif dan direka bentuk untuk kegunaan harian yang mudah, keselamatan maksimum dan ketahanan. Ia bergantung kepada unit kaca sepuhan dan Sistem Pengangkutan Teflon untuk memberikan pelbagai manfaat kepada keluarga. Ujian menunjukkan Glass Curtains® boleh mengurangkan keamatan bunyi bising trafik di luar kepada tahap kebisingan muzik latar belakang yang lembut dan berkesan untuk memastikan bahagian dalam kekal kering walaupun dalam suasana hujan lebat. Disebabkan Sistem Pengangkutan Teflon tidak memerlukan penyelenggaraan, ia menghapuskan keperluan kepada roda getah yang boleh mereput atau galas bebola yang boleh berkarat dan mengalami geseran gelangsar.
Panel kaca berada dalam kedudukan tegap di landasan kerana adanya pemberat di bahagian bawah, menjadikan Glass Curtains® produk yang sangat mantap dan selamat. Tanpa bingkai yang mengganggu pandangan di antara panel kaca garis tipis, penghuni pangsapuri dapat merenung horizon tanpa penghujung. Satu lagi inovasi unik adalah sistem bukaan Flying Door™. Pengguna mempunyai pilihan untuk membuka panel kaca seluruhnya untuk pengudaraan penuh atau beberapa panel boleh dibiarkan di tempatnya sebagai penghadang angin separa. Tambahan lagi, terdapat juga sistem pengunci sisi untuk menyediakan keselamatan tambahan. Ibu bapa wajar berasa yakin bahawa kanak-kanak boleh bergerak ke sana sini dengan bebas dan selamat kerana pagar kaca ini boleh mencegah kecelakaan akibat terjatuh dari pangsapuri bertingkat.
Keselamatan: ★★★★★
Mampu milik: ★★★☆☆
Estetika: ★★★★★
Ketahanan: ★★★★★
Setiap sistem Glass Curtains® telah disesuaikan secara khusus oleh pakar terlatih agar memenuhi keperluan keluarga yang tersendiri. Untuk mendapatkan sebut harga percuma, hubungi Glass Curtains® di http://bit.ly/glasscurtainswhatsapp atau info@glasscurtains.com.my.
Image: Ziptrak
Bidai luaran juga merupakan penyelesaian yang baik untuk keluarga yang mencari perlindungan tambahan. Pengatup Louvre, bidai PVC dan bidai luaran Venetian didatangkan dalam pelbagai pilihan konfigurasi untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Kebanyakan bidai ini adalah versatil tetapi prestasinya tidak begitu baik dalam keadaan cuaca yang teruk. Ia memerlukan pembaikian dan penggantian yang kerap, selain menghalang pandangan.
Manakala Ziptrak® merupakan sistem bidai berpandukan landasan yang sofistikated yang direka bentuk untuk menyediakan perlindungan daripada unsur yang tidak dikehendaki seperti hujan, panas, angin, jerebu dan serangga, serta pada asasnya, insiden terjatuh! Sistem imbangan springnya adalah salah satu yang paling lancar dalam pasaran. Tiada engkol atau tali diperlukan untuk mengoperasikan bidai ini. Hanya tarik turun, tolak ke atas atau lepas dengan mudah dan ia akan kekal pada ketinggian yang dikehendaki. Ziptrak® telah diuji secara tekal untuk menyediakan perlindungan hujan dan angin sepenuhnya. Reka bentuknya mencengkam kemas pada landasan menegak jadi tidak berlaku detaran meskipun angin kencang. Untuk pegangan selamat sepenuhnya, bidai ini juga boleh dikunci apabila ia diturunkan secara keseluruhan. Ziptrak® boleh ditempah hingga sepanjang 6 meter lebar untuk merangkumi bukaan yang besar dan ia tersedia dalam bentuk manual atau mempunyai gear bermotor, menjadikannya penyelesaian yang lebih bergaya dan berkesan.
Keselamatan: ★★★★★
Mampu milik: ★★★☆☆
Estetika: ★★★★★
Ketahanan: ★★★★★
Untuk memanfaatkan balkoni anda dengan sebaik-baiknya, hubungi jururunding Ziptrak® di http://bit.ly/glasscurtainswhatsapp atau lawati https://www.ziptrak.com.au/malaysia/ hari ini.
Image: Madhu Safety Nets
Menambahkan jaring keselamatan pada balkoni anda adalah salah satu langkah pencegahan paling asas yang boleh dilakukan seseorang. Material untuk jaringan boleh dibeli dengan mudah di kebanyakan kedai perkakasan, dipotong mengikut saiz dikehendaki dan mudah dipasang. Ia mungkin tidak menarik dari segi estetik untuk mempunyai jaring yang menyekat pandangan di balkoni, tetapi sekurang-kurangnya terdapat ruang untuk menikmati udara segar di samping memastikan keselamatan kanak-kanak dan haiwan peliharaan ke satu tahap. Wajar diingatkan, jaring mungkin berguna bagi memastikan tiada pengunjung tidak diundang seperti burung datang bertandang, tetapi tiada ujian menunjukkan bahawa ia menyediakan keselamatan kediaman sepenuhnya.
Keselamatan: ★★☆☆☆
Mampu Milik: ★★★★★
Estetika: ★☆☆☆☆
Ketahanan: ★★☆☆☆
Image: Sapphire Balconies
Bagi keluarga yang tinggal di pangsapuri yang mempunyai balkoni, beberapa tip keselamatan kanak-kanak yang perlu diingati termasuklah: memastikan pagar tidak mempunyai bahagian melintang yang membolehkan kanak-kanak memanjat di atasnya; meletakkan perabot dan objek lain yang boleh dipanjat jauh daripada tepi balkoni; memastikan pintu ke balkoni ditutup untuk mencegah kanak-kanak daripada berada di situ. Selain itu, menambahkan bilah menegak atau spindel tambahan bagi mengisi celah antara pagar juga boleh menjadikan balkoni lebih selamat.
Keselamatan: ★☆☆☆☆
Mampu Milik: ★★★★☆
Estetika: ★★☆☆☆
Ketahanan: ★★★☆☆
Bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan kerana terjatuh dari balkoni, tempah sesi rundingan percuma dengan Glass Curtains® atau Ziptrak® di http://bit.ly/glasscurtainswhatsapp , info@glasscurtains.com.my atau https://www.ziptrak.com.au/malaysia/ hari ini.